Ini anak jawa (Iki bocha jowo)
Walaupun CN bukan berketurunan jawa, tapi Encik Suami memang pure jawa. Nak tak nak, CN mesti belajar bahasa jawa supaya tidak dijadikan bahan untuk dikenakan.
Irfan adalah berdarah campur Jawa Itali + Banjar + Bajau. Jadilah rupa seperti gambar di atas...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Aktiviti Menarik Untuk Anak
Hujung minggu dan cuti umum adalah masa yang paling CN tunggukan. Ini kerana, ketika cutilah CN dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama Irfan dan Qilah. Si Qilah ni balik ke rumah opah bila cuti jer. Ok, minggu ni permainan untuk si kecik yang aktif ni adalah susun kerusi dan main kawen-kawen! Qilah ni pandai bergaya pengantin tau. Siap buat senyuman sweet macam pengantin lagi ! Irfan pulak berlagak macho dan tak habis-habis dengan gaya ultraman dia tu. Takkan la pengantin bergaya ultraman kan? Tak cool betul anak bujang sorang ni..hehe
Ok, lepas main kawen-kawen, kita beryoga pulak sebab CN makin chubby sekarang ni. Tapi gaya yoga si kecik dua orang ni agak hover. Kemain menonggeng budak-budak ni. Lain yang CN ajar lain pulak yang bebudak 2 orang ni buat. Sabo jela.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Main buih di Morib
Dah macam aktiviti wajib di hujung minggu melepak di Morib. Tak kisah la apa aktiviti, picnic ker, tengok2 laut ke or main buih, yang penting adalah bawak Irfan berseronok dan bersosial di Morib. Irfan pulak dah kenal dan tahu dekat mana port favorite dia tau. Kalau sampai jer, mata dia akan terus terarah ke kawasan buih banyak2. Lepas tu buat muka comey minta sponsor sewakan alat main buble tu.
Tips Parenting
Bagi ibu yang bekerjaya,memang agak sukar untuk meluangkan masa untuk main bersama anak. Yela, pegi keje awal pagi dan balik malam. Entah bila nak bermain dengan anak kan?
Apa yang CN pastikan lakukan setiap hari adalah guna masa hantar dan ambil anak di rumah pengasuh dengan sebaiknya. Biasanya masa ambil Irfan dari rumah pengasuh, semasa dalam kereta CN akan berborak sambil nyanyi2 bersama Irfan. Anak yang selalu berborak bersama ibunya akan rasa lebih yakin dan keletah berkata-kata. CN akan selalu bertanya apa yang Irfan buat di rumah pengasuh. Walaupun tak berapa faham apa yang dikatakannya, CN ye kan jer. Irfan pulak akan bercerita sampai muncung2 mulut dia tau.
Selain tu, kalau rasa malas nak masak bila penat balik keje. CN akan bawak Irfan makan diluar sambil berborak-borak dengan Irfan. Ala-ala dating gituww. Best owh dating dengan anak teruna sendiri. Jalan2 pegang tangan. InsyaAllah, CN akan cuba teruskan amalan dating dengan Irfan sampai dia besar nanti. Mesti sweet jer tengok anak teruna jalan2 pegang tangan dengan mamanya. Kan2??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah..Irfan dari kecik memang tak ada masalah makan. Dia memang seorang yang kuat makan ! Lagi-lagi kalau makanan faveret dia spageti atau adik beradik mee, memang confirm habis !
Bagaimana proses nebulizer?
No DNA test required ! Comel bebenor kan? CN pun takmo kalah, nak gak share gambo Irfan & Encik Suami ... like father like son ... hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
10 sebab kenapa si kecil memberontak menjadi tajuk entry CN kali ini. Ini kerana Si kecil Irfan makin membesar dengan perangai yang sangat mencabar kewibawaan CN. Biasalah, dengan students di sekolah, CN boleh bersabar dari memukul sebab anak orang, tapi dengan anak sendiri ni, laju jer tangan membabap ! Memang menyesal lepas babap dia, tapi itulah, tindakan spontan ! hehehe
Irfan ni perangai dia, kalau dia marahkan kita atau tak puas hati dengan kita, dia akan mencampakkan apa sahaja barang yang ada depan dia. Sebab tu pinggan dan cawan kaca sudah banyak berderai sebab si kecik ni ! Ramai cakap Irfan memberontak sebab dia membesar tanpa CN disisi, yela, dulu kan CN di KL dan Irfan di kampung bersama nenek. Jumpa pun hujung minggu. Maybe sebab nk balas dendam, dia selalu memberontak dengan mama nya. Aduhai si anak...
CN terjumpa artikel tentang sebab kenapa si kecil memberontak untuk pengetahuan diri sendiri sebagai seorang mama dan juga untuk perkongsian bersama pembaca tersayang.
10 sebab kenapa si kecil memberontak
Salam mesra..
Lagi2 entry tentang wedding adik ipar CN yang masih hangat ceritanya. Masih lagi cerita tentang side perempuan. Malam berinai bertemakan purple+kuning. Gorges ! Gambar diambil oleh Encik Suami. Konon2 photographer ler mlm tu sampai taknk join we all pakai baju raya. Boleh lak dia pakai kemeja kotak2..alasan sama dengan Irfan ! Irfan kisahnyer semua baju melayu dah tak muat, terpaksa lah pakai baju kotak2. Isy2..susah bebenor nk paksa Encik Suami pakai baju sama dgn CN, banyak benor alasannya..ahaks ~
Salam mesra.
CN bersukacita berkongsi dengan anda pembaca setia gambo2 masa balik kampung seterusnya jejalan di Penang best. Esklusif tau sebab dalam blog jer ada banyak gambo. Tempat lain takde ! hehe
Dalam entry SINI CN bercerita mengenai pengalaman pertama Irfan naik feri. Kali ni CN share dengan anda aktiviti kami di Penang. Cuma sehari sahaja kami sekeluarga di Penang, yela, bukan jauh pun Parit Buntar dengan Penang, takkan nk tdo kat sana pulak kan. Habis bajet..ahaks~~