Ahli RELA
Irfan ahli RELA paling muda di Malaysia??
Jangan percaya pulak Irfan ni dah jadi ahli RELA ye. Syarat untuk menjadi ahli RELA adalah berumur 18 tahun dan ke atas, Budak kecik ni tak layak lagi, cuma boleh melaram dengan topi atuknya jer.
Kepada anda yang layak untuk menyertai RELA, boleh la mendaftar keahlian RELA secara online di sini. Banyak kelebihan yang anda akan dapat.
"Dari Rakyat Bersama Rakyat Untuk Rakyat"
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem
Saat terindah pastinya dapat bergurau senda dan bermain dengan anak bujang tersayang setelah penat bekerja. Walaupun penat balik keje, dapat bergurau dan berwelfie dengan Irfan memang sangat-sangat indah. Hilang penat keje bila tengok anak tersayang ketawa riang.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ini anak jawa (Iki bocha jowo)
Walaupun CN bukan berketurunan jawa, tapi Encik Suami memang pure jawa. Nak tak nak, CN mesti belajar bahasa jawa supaya tidak dijadikan bahan untuk dikenakan.
Irfan adalah berdarah campur Jawa Itali + Banjar + Bajau. Jadilah rupa seperti gambar di atas...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Aktiviti Menarik Untuk Anak
Hujung minggu dan cuti umum adalah masa yang paling CN tunggukan. Ini kerana, ketika cutilah CN dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama Irfan dan Qilah. Si Qilah ni balik ke rumah opah bila cuti jer. Ok, minggu ni permainan untuk si kecik yang aktif ni adalah susun kerusi dan main kawen-kawen! Qilah ni pandai bergaya pengantin tau. Siap buat senyuman sweet macam pengantin lagi ! Irfan pulak berlagak macho dan tak habis-habis dengan gaya ultraman dia tu. Takkan la pengantin bergaya ultraman kan? Tak cool betul anak bujang sorang ni..hehe
Ok, lepas main kawen-kawen, kita beryoga pulak sebab CN makin chubby sekarang ni. Tapi gaya yoga si kecik dua orang ni agak hover. Kemain menonggeng budak-budak ni. Lain yang CN ajar lain pulak yang bebudak 2 orang ni buat. Sabo jela.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Main buih di Morib
Dah macam aktiviti wajib di hujung minggu melepak di Morib. Tak kisah la apa aktiviti, picnic ker, tengok2 laut ke or main buih, yang penting adalah bawak Irfan berseronok dan bersosial di Morib. Irfan pulak dah kenal dan tahu dekat mana port favorite dia tau. Kalau sampai jer, mata dia akan terus terarah ke kawasan buih banyak2. Lepas tu buat muka comey minta sponsor sewakan alat main buble tu.
Tips Parenting
Bagi ibu yang bekerjaya,memang agak sukar untuk meluangkan masa untuk main bersama anak. Yela, pegi keje awal pagi dan balik malam. Entah bila nak bermain dengan anak kan?
Apa yang CN pastikan lakukan setiap hari adalah guna masa hantar dan ambil anak di rumah pengasuh dengan sebaiknya. Biasanya masa ambil Irfan dari rumah pengasuh, semasa dalam kereta CN akan berborak sambil nyanyi2 bersama Irfan. Anak yang selalu berborak bersama ibunya akan rasa lebih yakin dan keletah berkata-kata. CN akan selalu bertanya apa yang Irfan buat di rumah pengasuh. Walaupun tak berapa faham apa yang dikatakannya, CN ye kan jer. Irfan pulak akan bercerita sampai muncung2 mulut dia tau.
Selain tu, kalau rasa malas nak masak bila penat balik keje. CN akan bawak Irfan makan diluar sambil berborak-borak dengan Irfan. Ala-ala dating gituww. Best owh dating dengan anak teruna sendiri. Jalan2 pegang tangan. InsyaAllah, CN akan cuba teruskan amalan dating dengan Irfan sampai dia besar nanti. Mesti sweet jer tengok anak teruna jalan2 pegang tangan dengan mamanya. Kan2??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah..Irfan dari kecik memang tak ada masalah makan. Dia memang seorang yang kuat makan ! Lagi-lagi kalau makanan faveret dia spageti atau adik beradik mee, memang confirm habis !
Bagaimana proses nebulizer?