RUMAWIP | Berita baik buat warga kota yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan Rumawip harus dipuji ! Rumah Wilayah Persekutuan atau Rumawip adalah rumah mampu milik khas buat warga kota yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ekoran peningkatan kos sara hidup dan peluang memiliki rumah sendiri yang semakin sukar.
Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur
Program RUMAWIP ini harus dipuji kerana taraf hidup yang semakin tinggi di kota raya amat membebankan golongan bawah dan pertengahan. CN teringat masa mula-mula kerja dulu sebelum posting sebagai cikgu, hari-hari terpaksa berulang-alik Klang-Kuala Lumpur kerana tinggal di rumah ibu di Klang manakala bekerja di KL. CN tidak mampu untuk menyewa rumah di KL yang agak mahal ketika itu.
Ramai orang tidak mampu membeli rumah di kota raya Kuala Lumpur kerana harga yang mahal. Tapi kini, dengan RUMAWIP inisiatif dari DBKL telah meringankan beban ramai orang dengan mendapatkan rumah mampu milik di kota raya.
Rumawip, rumah mampu milik Wilayah Persekutuan |
Uniknya Rumawip berbanding rumah kos rendah lain adalah ianya berharga RM300,000 dan ke bawah dimana dibawah harga pasaran dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi. Lokasinya di pusat bandar berhampiran dengan kemudahan awam, sekolah dan pasar raya serta lengkap dengan fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera lita tutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kenderaan setiap unit !
Antara projek Rumawip yang telah siap iailah Residensi Suasana Lumayan di Bandar Sri Permaisuri dengan 900 unit dan Projek Residensi Rampai di Setapak sebanyak 161 unit.
Syarat Permohonan Untuk RUMAWIP
>> Gaji pemohon bawah RM10,000 bagi yang bujang dan RM15,000 bagi yang berkeluarga, bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat selain sekatan penjualan selama 10 tahun untuk mencegah spekulasi hartanah
>> Keutamaan kepada yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan dan pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli, ia tidak boleh disewakan kepada pihak lain
>> Pembeli tidak diisytiharkan muflis
Cara memohon Rumawip |
Cara memohon Rumawip, Rumah Mampu Wilayah Persekutuan
Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal Rumawip <<https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan>>
Setakat ini, Rumawip tidak menyediakan kemudahan pembiayaan dan tidak mempunyai panel bank. Pembeli perlu menyediakan pembiayaan pinjaman melalui bank manakala penjawat awam pula menerusi Lembaga Pembiayaan Sektor Awam.
Jadi apa lagi warga kota, jom rebut peluang keemasan ini dengan memohon Rumawip sekarang juga ! Selain Rumawip, pelbagai lagi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meringankan beban rakyat seperti bas percuma, kad ceria dan macam-macam lagi. Kini tinggal di Kuala Lumpur bukan lagi satu beban buat rakyat.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~