Seperti biasa, cikgu yang akan terlebih eksited bila tiba musim cuti sekolah berbanding pelajar! CN buat apa cuti sekolah ni? Hmm..setakat ini sudah tentu aktiviti wajib cuti sekolah CN adalah setlekan marking PT3 Geografi & siapkan laporan Toyota Eco Youth ketika bercuti di kampung hokayy. Ingat nak tambah lagi dengan update blog banyak-banyak ! Harap-harap berkesempatan..
Tahun 2017 merupakan tahun terakhir matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) untuk SPM. Selepas ini subjek TMK digantikan dengan subjek Sains Komputer yang 70% berbeza dari TMK. Lagi dasyat dan lagi power hokay. Jadi, sempena tahun terakhir matapelajaran TMK ini, CN share sikit beberapa gambar semasa hari Pentaksiran TMK 2017 oleh Pentaksir Daerah.
Pentaksiran TMK 2017 ini bertujuan untuk memantau sama ada pentaksiran yang dibuat oleh guru matapelajaran ikut spec seperti arahan Lembaga Peperiksaan. Selain itu, melalui pentaksiran ini juga, pelajar akan lebih memahami konsep dan amali dalam dalam matapelajaran TMK.
Macam pelajar-pelajar CN ini yang merupakan calon SPM 2017, mereka memang bersungguh-sungguh semasa pentaksiran berlangsung. Kemain duk hafal macam-macam kalah Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lepas tau.
Fail Pentaksiran TMK 2017 |

Welfie dulu uolss |
Macam pelajar-pelajar CN ini yang merupakan calon SPM 2017, mereka memang bersungguh-sungguh semasa pentaksiran berlangsung. Kemain duk hafal macam-macam kalah Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lepas tau.
Calon TMK 2017 |
Apa-apa pun, semoga semua calon SPM 2017 terutama calon matapelajaran TMK, CN doakan semoga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang. Amin..
Calon TMK 2017 ketika pentaksiran |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mungkin bagi sesetengah orang akan rasa malu bila bertembung dengan orang yang memakai baju atau shawl yang sama. Bagi CN tu perkara biasa sebab CN pun beli barang dekat kedai-kedai biasa je. Butik mahal pun keluarkan baju yang sama design dengan banyak inikan pula kedai baju biasa. Jadi bila terjumpa dengan kes pelajar tegur CN "Cikgu, shawl kita sama la", apa lagi, bawak keluar henpon dan welfie la. Rare kot nak sama shawl dengan pelajar ! Hehehehe
Shawl weoulss sama hokay |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 –
Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala
Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program
tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan |
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."

Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik |
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan |
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN akan cerita detail tentang program Jom Jimat Elektrik ini di entry akan datang ye. Layan dulu teaser program Jom Jimat Elektrik yang berjaya dibuat oleh Team Eco Panglima dari SMK Telok Panglima Garang ini.
Team Eco Panglima dari SMK Telok Panglima Garang |
Antara guru pembimbing Team Eco Panglima |
Jom Jimat Elektrik bersama Team Eco Panglima dari SMK Telok Panglima Garang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Menjadi guru bukanlah tugas mudah. Memang nampak macam senang je keje ni, masuk kelas mengajar kemudian tengah hari dah balik! Tapi hakikatnya, hanya cikgu yang faham tugas 'sebenar' seorang cikgu. Hakikatnya, tiada pekerjaan yang mudah sebenarnya. Menjadi surirumah pun susah tau !
Cikgu Norazimah yang bangga menjadi cikgu ;) |
Panduan untuk cikgu dan bakal cikgu
Disini merupakan panduan untuk cikgu dan bakal cikgu yang CN dapat dari group whatsapp. Harap dapat membantu cikgu-cikgu dan bakal cikgu berdepan segala cabaran bergelar seorang cikgu.
1. Jangan over dos kerja sebagai guru. Ramai yang sakit jiwa, stress dan mati mengejut. Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu. Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala.
2. Guru bukan aktivis badan kebajikan tapi 'Pembina Modal Insan'... Nasib mu belum pasti dapat pembelaan. Ianya bukan auta tapi fakta. Pilihlah pengerusi kelab staf yang berani menyuarakan masalah dalaman. Jangan lantik tujuan pekena kawan-kawan. Kelab Staf bukan sekadar konsultan menyambut hari guru dan jamuan. Suarakan yang hak dan isu kebajikan rakan-rakan.
3. Pemegang jawatan di sekolah, PPD, JPN dan KPM tidak mampu melakukan perubahan. Menyelesaikan isu kecil pun mereka terikat dasar dan punca kuasa peraturan. Anda mungkin terkontang kanting kemudian. Segelintir cuma mereka yang tidak mengutamakan pangkat kedudukan. Suatu hari anda akan merasai kebenaran pepatah 'habis madu sepah dibuang bertaburan'. Ketika memerlukan sokongan, rakan sekolah hilang lari bertempiran. Sikap 'enau dalam belukar' akan kelihatan. Yakinlah ini kenyataan!
4. Berubah kerajaan persekutuan atau 10 kali Menteri Pendidikan berganti jawatan, belum tentu kita ada pembelaan. Pilihan yang ada, kerjalah dengan kegembiraan. Usah risau dengan sistem dan dasar tak ketahuan. Yang boleh ikut, kita ikut. Jika anda tidak mampu mengubah angin, laraskan layar anda!
5. Pemimpin sekolah harus berani berubah. Jangan terlalu rigid, belajarlah bertoleransi, bina karektor disegani dan disayangi. Anda pasti lebih dihormati. Persaraan dan kehilangan akan dirasai. Malangnya ramai yang mencipta jurang benci, macam kuku besi, alahai sedih sekali.
6. Markah prestasi usah kecewa jika tidak memuaskan hati. Bekerjalah dengan penuh komitmen dan rendah diri. Sentiasa syukur dan redha. Jangan merungut atau kecewa, mungkin itu bukan hak kita. Kerjalah dengan ikhlas, jangan dengki atau tikam kawan untuk tunjuk prestasi kepada majikan. Usah fikir target APC dan imbuhan. Paling utama biar hati gembira, hubungan silatulrahim mesra berkekalan.
7. Sokong dan hargai rakan taulan. Berikan ucapan tahniah kepada mereka yang terima anugerah prestasi atau kemajuan. Ingati harijadi rakan dan doakan mereka kejayaan. Salurkan aura positif kepada sahabat kenalan. Doakan mereka kerana itulah senjata paling berkesan.
8. Hakikat kebenaran, Kajian kami mengesahkan 90% persekitaran pendidikan berada pada tahap negatif dan membimbangkan. Semangat menurun akibat sikap dalaman. Sokongan dan penghargaan kurang diberikan. Persaraan awal semakin jadi pilihan. Banyak keluhan pentadbiran rigid, tidak terbuka terhadap teguran, mesyuarat kerap, lama dan membosankan. Ada pentadbir mula lemas dalam kuasa pinjaman. Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.
9. Targetlah umrah atau ibadah haji se awal usia. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana... percayalah janji tuhan mana ada dusta!
Cuti sekolah jalanlah sepuasnya. Ianya ubat minda dan kesihatan untuk menghilangkan tekanan dalaman. CRK kita 7 hari sahaja, sapulah cuti sekolah jalan2 cari makan yang memang hak kalian.
10. Tuisyen dan kelas tambahan, tak salah anda minta bayaran. Masa bekerja atau mengajar sudah padan. Teringin buat kelas tambahan...silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran.
11. Semasa di sekolah kerjalah sehabis baik, Menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jangan pandang belakang, jalan terus ke depan, buat apa yang anda suka dan cuba usaha menambah pendapatan, asal halal, bermanfaat dan jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mereka nak kita gagal dalam kehidupan.
12. Jika tiada masalah kewangan dan beban hutang...pencenlah awal sebagai pilihan.
Ambil yang Positive jer ok...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sains Komputer adalah matapelajaran baru menggantikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk SPM. Dibawah bidang Sains Teknologi dan Matematik, Sains Komputer merupakan matapelajaran yang memerlukan pelajar membuat kerja kursus berkaitan programming dan database. Memang sangat mencabar. Selain kerja kursus untuk SPM, pelajar yang mengambil matapelajaran Sains Komputer juga memerlukan menyiapkan projek Java menggunakan GUI (Graphical User Interface).
Video dibawah adalah pembelajaran ketika pelajar membuat Java Project with GUI.
Video dibawah adalah pembelajaran ketika pelajar membuat Java Project with GUI.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kadang-kadang seronok tengok instagram Instafemes berOOTD dengan pelbagai pakaian dan gaya yang menarik. Bukan tak teringin, lagi-lagi berOOTD bersama si aktif Irfan Hensem & Dhia Zahra, barulah real parenting blogger kan? Tapi itulah, nampak tak semenggah gambar OOTD weouls sebab anak-anak CN ni suka buat muka. Tak si abang, adik yang akan buat muka. Macam gambar bawah ni si adik taknak pandang kamera manakala abangnya pulak buat muka serius macam tu! Geram betul ! Jadilah maknya syok sendiri konon-konon berOOTD. Please jangan kecam CN hokay😉
Cikgu Norazimah OOTD bersama si aktif Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok betul bila beraya ke rumah kampung yang mempunyai kebun sayur keliling rumah. Bila nak balik siap dibekalkan nenas yenki tau. Daun kesum tu pulak CN yang minta sebab pokoknya sangat banyak menjalar tepi rumah. Siap pakej dapat yang siap akar untuk ditanam di rumah. Harap-harap hiduplah pokok kesum CN ni. Sedap woo masak asam pedas letak daun kesum ni. Nyum..nyum !
Hasil kebun iaitu nenas yenki & daun kesum |
Nenas yenki yang gemok-gemok |
Penuh 1 plastik besar daun kesum tau |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, agenda wajib setiap tahun selepas CN berpindah sekolah adalah gathering Hari Raya bersama bff dari SMK St Mary di rumah Cikgu Liana. Tahun ini pulak Cikgu Rafeah & Cikgu Nor tak dapat join. Rindu betui dengan Cikgu Rafeah sebab memang akan berjumpa setahun sekali je.
Macam jauh je KL-Kuala Langat tu kan sampai setahun sekali baru jumpa? Almaklumlah, kawan-kawan CN ni kebanyakannya wife weekend, nak jumpa weekday tu memang susah sebab keje kan. Kebetulan Sabtu lepas kawan-kawan CN ni ada kursus, jadi tak balik kampung la. Rezeki CN la dapat beraya dengan kawan-kawan sebab kebetulan kena ambil running kit AIA Night Run di Atria Shoping Gallery hari Sabtu tu, dari Atria memang dekat sangat dengan rumah Cikgu Liana ni 😀
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Sejarah telah berakhir dan kini PT3 Geografi sedang berlangsung sehingga hujung bulan ini. Seperti biasa, Cikgu Norazimah menjadi pilihan pelajar sebagai orang sumber. Almaklumlah, Cikgu Norazimah ni konon-kononnya tak garang dan sporting. Paling hover, nak welfie dengan henpon cikgu tau. Balik rumah sibuk whatsapp cikgu mintak gambo, alahai la...
Antara koleksi gambar bersama pelajar dengan CN sebagai Orang Sumber |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amvoi Pak Talib, kemain berposing ye? Kalah weouls anak-anaknya bila sesekali si ayah bergaya untuk bergambar ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Disini CN menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai penulisan dan perkongsian CN di www.cekgunorazimah.com serta media sosial seperti di FB & Instagram ada menyinggung perasaan pembaca tersayang. CN hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. #KosongKosong ye. Dan jika anda pulang beraya ke kampung, hati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang !
Ucapan Raya
Gambar sumber SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Scratch merupakan bahasa pengaturcaraan yang akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 yang mengambil matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Apa yang menarik tentang Scratch ini adalah ia sangat interaktif dan akan menghasilkan output yang sangat menarik. Anak CN sendiri iaitu Irfan Hensem & Dhia Zahra suka sangat hasil kerja CN menggunakan Scratch ini.
Skor untuk objek jatuh di dalam Scratch
Kali ini CN akan berkongsi dengan anda scripts yang melibatkan skor untuk sprite yang bergerak mengikut keyboard left & right. Ala-ala macam mini game gituw. Untuk tutorial kali ini, CN menggunakan sprite monyet dan pisang yang sedia ada. Dalam script ini anda akan bermain dan mendapat skor jika monyet terkena pisang.
Untuk sprite pisang melibatkan variable baru iaitu Score. Manakala script monyet sangat simple, hanya gunakan control when left/right arrow key pressed.
Untuk sprite pisang melibatkan variable baru iaitu Score. Manakala script monyet sangat simple, hanya gunakan control when left/right arrow key pressed.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Scratch merupakan bahasa pengaturcaraan yang akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 yang mengambil matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Apa yang menarik tentang Scratch ini adalah ia sangat interaktif dan akan menghasilkan output yang sangat menarik. Anak CN sendiri iaitu Irfan Hensem & Dhia Zahra suka sangat hasil kerja CN menggunakan Scratch ini.
Sprite bergerak ikut cursor
Kali ini CN akan berkongsi dengan anda scripts untuk menghasilkan sprite yang bergerak-gerak mengikut cursor. Sprite adalah objek di dalam Scratch yang boleh anda pilih sama ada menggunakan fail gambar sedia ada atau pun gambar anda sendiri. Untuk tutorial kali ini, CN menggunakan sprite ikan yang sedia ada.
Untuk menjadikan ikan bergerak mengikut cursor yang digerakkan, CN menggunakan sensing touching ke mouse-pointer.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah akibat bila henpon cikgu yang konon-kononnya kamera cantik di tangan pelajar. Laju je tekan button camera & snap-snap. Siap pakej mintak no fon cikgu mintak tolong send dekat wasap lagi. Nasib la korang dapat cikgu sporting macam ni tau.
Nah, cikgu siap pakej masuk dalam blog lagi !
Nah, cikgu siap pakej masuk dalam blog lagi !
CN & pelajar CN yang suka benor bergambo |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Scratch merupakan bahasa pengaturcaraan yang akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 yang mengambil matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Apa yang menarik tentang Scratch ini adalah ia sangat interaktif dan akan menghasilkan output yang sangat menarik. Anak CN sendiri iaitu Irfan Hensem & Dhia Zahra suka sangat hasil kerja CN menggunakan Scratch ini.
Broadcasting dalam Scratch
Kali ini CN akan berkongsi dengan anda scripts untuk menghasilkan perbualan antara sprite. Sprite adalah objek di dalam Scratch yang boleh anda pilih sama ada menggunakan fail gambar sedia ada atau pun gambar anda sendiri. Untuk tutorial kali ini, CN menggunakan sprite kucing dan itik yang sedia ada.
Broadcasting di dalam control digunakan untuk menjadikan perbualan mengikut urutan. Di tutorial di bawah, CN menggunakan broadcasting untuk sprite kucing manakala sprite itik menerima sahaja.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~