Seperti biasa, bulan Januari amat memenatkan dan terlalu sibuk buat guru-guru. Sesi persekolahan bermula dengan pelbagai perancangan dan dokumen perlu disediakan. Itu belum lagi tugas sebagai guru kelas dengan pelbagai persiapan keceriaan kelas, update maklumat murid dalam buku jadual kedatangan dan sistem APDM. Fuh ! Minggu kedua persekolahan pula bermula dengan latihan merentas desa 2 kali dan seterusnya merentas desa Jumaat ini. Semoga kurus hendaknya Cekgu Norazimah di bulan Januari ini. Aminn....
Cekgu Norazimah berehat sebentar dengan swafoto |
Ajak geng stop buat keje sambil swafoto |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk para guru yang mengajar matapelajaran Geografi Tingkatan 3. Disini CN kongsikan Rancangan Mengajar Tahunan Geografi Tingkatan 3 sebagai panduan. Jika berminat untuk mendapatkan softcopy dalam bentuk Microsoft Word, boleh la email CN ke norazimah15@gmail.com.
Rancangan Mengajar Tahunan Geografi Tingkatan 3 2018.
2018 RPT GEO T3 ISI by Cekgu Norazimah on Scribd
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah Encik Suami yang kaki pancing ! Tiap-tiap bulan ada je trip memancingnya. Kalau dapat ikan besar, kemain show off hantar whatsapp gambar bersama ikan besar ke semua group whatsapp dia hokay!! Kali ini Puan Isteri dengan sporting terus share gambar Encik Suami yang kaki pancing ni masuk dalam blog. Awesome tak hasil pancingan Encik Suami ni? Hehehe..
Encik Suami bersama hasil pancingan |
Siap ada uniform lagi hokay ;) |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Surat pengesahan majikan diperlukan jika anda memohon untuk pinjaman dari bank komersial. Disini CN kongsikan format surat pengesahan majikan yang simple tapi lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan oleh bank. Semoga membantu.
Surat pengesahan majikan untuk pegawai kerajaan
Tarikh:
Kepada yang berkenaan,
Tuan/Puan,
SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR
PERKHIDMATAN
Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah
merupakan pegawai kami di XXX.
Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:
1.
Nama :
2.
No. Kad Pengenalan :
3.
No. Gaji :
4.
Tarikh Mula Berkhidmat :
5. Jawatan/Gred :
6. Status
Jawatan : Tetap/Sokongan/Kontrak
7.
Gaji Bersih :
8. Gaji Pokok (termasuk
elaun) :
9. Pinjaman
kerajaan :
10. Pinjaman
perumahan kerajaan :
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dekat instagram CN tak habis-habis budak-budak 5TMK ni duk upload gambo masa last paper SPM iaitu TMK bulan lepas. Rindu la tuh ! CN dah cakap lepas habis SPM confirm rindu zaman pakai baju sekolah kena bebel dengan cikgu. Kena tulah la tu, tak sampai sebulan dah rindu sekolah ! Hahaha ! (gelak jahat)
Muka excited habis SPM ! |
Budak-budak ni kan sibuk je suruh diambil gambar sebab nak masuk dalam cekgunorazimah.com |
Sujud syukur tanda kesyukuran berjaya habiskan SPM |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minggu lepas CN dijemput ke jamuan akhir tahun kelas 4 Sains Komputer (SK) di rumah guru kelas mereka iaitu Cikgu Fifie. Memang meriah dengan pelbagai jenis menu di jamuan akhir tahun kelas 4SK ini. Sudah tentu menu utama adalah ayam bakar yang dibakar dengan sos perapan yang sedap oleh budak-budak ni bersama Cikgu Fifie. CN datang dengan senang hati makan je..best owh..
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Gambar beramai-ramai di jamuan akhir tahun kelas 4 SK |
Bersama birthday gurl yang kebetulan jatuh pada hari yang sama jamuan tersebut dibuat iaitu Syahmina & Ain |
Cikgu-cikgu bersama anak masing-masing dengan Thaneen & Thines |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Entah kenapa, bila tiba musim cuti sekolah, ada je fitnah buat golongan cikgu ni. Paling geram yang membuatkan CN sampai tulis blogpost ni tentang isu cikgu guna duit PIBG sekolah buat jamuan akhir tahun mewah. Hello..cikgu pun ada Kelab Guru & Kakitangan yang mengutip dana untuk majlis2 meraikan cikgu! Biasanya cikgu siap topup lagi duit sumbangan PIBG tau.
Memang terkilan dengan golongan yang tak pernah pergi mesyuarat PIBG tapi meroyan di FB tentang ketidakpuasan penggunaan duit PIBG ni. Selalunya bila meeting PIBG, yang meramaikan majlis adalah cikgu, di mana ibu bapanya? Hal yang sama juga bila buat program anjuran PIBG, yang bersungguh-sungguh buat keje adalah guru. Ibubapa cuma 5% yang menyumbang tenaga. CN cerita ni dari pengalaman CN sendiri sebagai Setiausaha PIBG. Belum pernah rekod di Malaysia, Setiausaha PIBG dari kalangan ibu bapa rasanya. Jika ada mohon betulkan statement CN ini.
Memang terkilan dengan golongan yang tak pernah pergi mesyuarat PIBG tapi meroyan di FB tentang ketidakpuasan penggunaan duit PIBG ni. Selalunya bila meeting PIBG, yang meramaikan majlis adalah cikgu, di mana ibu bapanya? Hal yang sama juga bila buat program anjuran PIBG, yang bersungguh-sungguh buat keje adalah guru. Ibubapa cuma 5% yang menyumbang tenaga. CN cerita ni dari pengalaman CN sendiri sebagai Setiausaha PIBG. Belum pernah rekod di Malaysia, Setiausaha PIBG dari kalangan ibu bapa rasanya. Jika ada mohon betulkan statement CN ini.
CN & kawan-kawan yang merupakan guru kelas & terpaksa mengutip duit sumbangan PIBG dari ibubapa yang mempunyai pelbagai kerenah |
Baru-baru ni timbul pula isu Sumbangan PIBG adalah pilihan, ibu bapa ada hak untuk tidak menyumbangkan duit. Ok, let say duit PIBG tidak dikutip, mana nak carik duit beli kerusi baru yang biasanya tak sampai setengah tahun dah patah? Siapa yang patahkan kerusi? Cikgu? Sudah tentu tidak! Pelajar dari anak2 golongan yang tak nak bayar sumbangan PIBG ni yang biasa patahkan. Itu baru kerusi. Belum lagi CN cerita tentang kegunaan duit PIBG untuk membantu meningkatkan prasarana sekolah.
Bila suruh buat cadangan meningkatkan prasarana sekolah, kemain kebabom cadangan diberi. Nak kelas aircond, nak tambah kipas baru, nak kerusi selesa dan bla bla bla. Tapi bila mintak sumbangan, krik krik krik je...
Buka la mata wahai ahli PIBG seluruh Malaysia. Contohi lah SJKC yang gah bentuknya hasil sumbangan PIBG. Kelas berhawa dingin hasil sumbangan PIBG. Semua ni untuk siapa? Untuk anak-anak kita semua. Jangan lah berkira wang & tenaga untuk sekolah anak anda. Jangan jadikan FB sebagai medan untuk memfitnah cikgu-cikgu yang bersungguh-sungguh berkorban tenaga & wang untuk anak-anak anda juga.
CN berterima kasih sangat kepada ibu bapa ahli PIBG yang tidak lokek menyumbangkan tenaga & wang ringgit untuk sekolah. Golongan ibu bapa inilah yang biasanya mempunyai anak-anak yang hebat kerana ibu bapanya hebat. Sudah la bebelan CN kali ini. Tak boleh bebel banyak, nanti kena kecam !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Walaupun dalam kalendar sudah menunjukkan cuti sekolah. Namun cikgu-cikgu masih gigih ke sekolah dengan pelbagai program. Kali ini CN mengangkut anak-anak, Irfan Hensem & Dhia Zahra ke sekolah kerana ada kelas tambahan untuk pelajar CN. Bila Dhia Zahra buat perangai, sambil dukung budak tu CN mengajar tau. Inilah dugaan bila pengasuh anak tiada. Mujur bilik komputer selesa dengan air cond, kuranglah meragam budak-budak ni.
CN mendukung Dhia semasa mengajar |
Tertido budak kecik tu keletihan tau. Abang Irfan Hensem pula kebetulan demam, memang terbaring jela.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sabtu lepas telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Makan Malam Kelab Guru SMK Telok Panglima Garang bertemakan Elegance & Classy dengan motto 'A Night To Remember' di BoraOmbak Marina Putrajaya. Memang meriah ditambah dengan persembahan artis Gmie Screen yang merupakan bekas pelajar SMK Telok Panglima Garang, Kompang 5 beradik yang viral dan persembahan tarian dari Kuseridancegroup. Hah ! Grand hokay majlis makan malam sekolah CN sebab cikgu-cikgu sahaja mencecah 200 orang. Ballroom di BoraOmbak Marina Putrajaya ni memang cantik dan luas. Nampak sangat eksklusif.
CN dan kawan2 bergambar di hadapan BoraOmbak |
Majlis Makan Malam Kelab Guru di BoraOmbak Marina Putrajaya
Overall makanan di BoraOmbak tidak mengecewakan. CN sangat suka dessertnya terutama bread pudding, sedap sangat ! Tomyam campur pun sedap dan pekat sama seperti di restoran seafood. Kenyang perut malam tu duk mengunyah je sambil tengok persembahan tau. Diet? Tolak tepi hokay !
Kambing gril di BoraOmbak Marina Putrajaya |
Oklah, meh sini CN share beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh henpon CN. Banyak gambar syok sendiri je..well..biasalah, CN kan? Hehehe..
Lokasi BoraOmbak Marina Putrajaya
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Betul ke ada statement menyatakan selfie itu satu penyakit? Bagi CN, orang yang suka berselfie dan share gambarnya di media social adalah orang yang berani. Konfiden hokay share gambar dia 'perasan' cantik tu dekat public. Itu pun penyakit ye? Ops !
Biar apa pun orang kata, bagi CN selfie itu satu terapi. Rasa bahagia dapat selfie tau. Siapa ada perasaan yang sama masa berselfie macam CN meh sep sikit !
Biar apa pun orang kata, bagi CN selfie itu satu terapi. Rasa bahagia dapat selfie tau. Siapa ada perasaan yang sama masa berselfie macam CN meh sep sikit !
Cikgu Norazimah suka berselfie |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rojak Corner adalah destinasi wajib singgah CN dan Encik Suami untuk lunch atau hi-tea bila balik sekolah. Almaklumlah, kadang-kadang keletihan yang melampau ditambah dengan lapar menyebabkan Rojak Corner menjadi pilihan. Order dan bayar ! Balik rumah dah boleh tidur ! Eh !
Rojak sedap di Rojak Corner Telok Panglima Garang |
Rojak Corner di Telok Panglima Garang
Rojak Corner menjadi pilihan bukan sahaja CN malah pekerja-pekerja industri sekitar Telok Panglima Garang kerana rojaknya yang sedap. Bukan sahaja rojak, CN suka sangat set nasi putih+sup+telur dadar+cili kicap sedap. Memang menyelerakan. Harga makanan di Rojak Corner juga boleh tahan.
Jadi jika anda mencari tempat lunch atau hi-tea sedap di Telok Panglima Garang, apa kata cuba ke Rojak Corner Telok Panglima Garang, memang tidak mengecewakan.
Lokasi Rojak Corner Telok Panglima Garang
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~