Seperti biasa, bulan Januari amat memenatkan dan terlalu sibuk buat guru-guru. Sesi persekolahan bermula dengan pelbagai perancangan dan dokumen perlu disediakan. Itu belum lagi tugas sebagai guru kelas dengan pelbagai persiapan keceriaan kelas, update maklumat murid dalam buku jadual kedatangan dan sistem APDM. Fuh ! Minggu kedua persekolahan pula bermula dengan latihan merentas desa 2 kali dan seterusnya merentas desa Jumaat ini. Semoga kurus hendaknya Cekgu Norazimah di bulan Januari ini. Aminn....
Cekgu Norazimah berehat sebentar dengan swafoto |
Ajak geng stop buat keje sambil swafoto |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Untuk para guru yang mengajar matapelajaran Geografi Tingkatan 3. Disini CN kongsikan Rancangan Mengajar Tahunan Geografi Tingkatan 3 sebagai panduan. Jika berminat untuk mendapatkan softcopy dalam bentuk Microsoft Word, boleh la email CN ke norazimah15@gmail.com.
Rancangan Mengajar Tahunan Geografi Tingkatan 3 2018.
2018 RPT GEO T3 ISI by Cekgu Norazimah on Scribd
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah Encik Suami yang kaki pancing ! Tiap-tiap bulan ada je trip memancingnya. Kalau dapat ikan besar, kemain show off hantar whatsapp gambar bersama ikan besar ke semua group whatsapp dia hokay!! Kali ini Puan Isteri dengan sporting terus share gambar Encik Suami yang kaki pancing ni masuk dalam blog. Awesome tak hasil pancingan Encik Suami ni? Hehehe..
Encik Suami bersama hasil pancingan |
Siap ada uniform lagi hokay ;) |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Surat pengesahan majikan diperlukan jika anda memohon untuk pinjaman dari bank komersial. Disini CN kongsikan format surat pengesahan majikan yang simple tapi lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan oleh bank. Semoga membantu.
Surat pengesahan majikan untuk pegawai kerajaan
Tarikh:
Kepada yang berkenaan,
Tuan/Puan,
SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR
PERKHIDMATAN
Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah
merupakan pegawai kami di XXX.
Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:
1.
Nama :
2.
No. Kad Pengenalan :
3.
No. Gaji :
4.
Tarikh Mula Berkhidmat :
5. Jawatan/Gred :
6. Status
Jawatan : Tetap/Sokongan/Kontrak
7.
Gaji Bersih :
8. Gaji Pokok (termasuk
elaun) :
9. Pinjaman
kerajaan :
10. Pinjaman
perumahan kerajaan :
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dekat instagram CN tak habis-habis budak-budak 5TMK ni duk upload gambo masa last paper SPM iaitu TMK bulan lepas. Rindu la tuh ! CN dah cakap lepas habis SPM confirm rindu zaman pakai baju sekolah kena bebel dengan cikgu. Kena tulah la tu, tak sampai sebulan dah rindu sekolah ! Hahaha ! (gelak jahat)
Muka excited habis SPM ! |
Budak-budak ni kan sibuk je suruh diambil gambar sebab nak masuk dalam cekgunorazimah.com |
Sujud syukur tanda kesyukuran berjaya habiskan SPM |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minggu lepas CN dijemput ke jamuan akhir tahun kelas 4 Sains Komputer (SK) di rumah guru kelas mereka iaitu Cikgu Fifie. Memang meriah dengan pelbagai jenis menu di jamuan akhir tahun kelas 4SK ini. Sudah tentu menu utama adalah ayam bakar yang dibakar dengan sos perapan yang sedap oleh budak-budak ni bersama Cikgu Fifie. CN datang dengan senang hati makan je..best owh..
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Ok lah, layan jela beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa jamuan akhir tahun kelas 4SK tersebut. Tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab anak bujang CN, Irfan Hensem yang mengikut demam masa tu. Layankan jela anak bujang demam yang nak makan macam-macam tu.
Gambar beramai-ramai di jamuan akhir tahun kelas 4 SK |
Bersama birthday gurl yang kebetulan jatuh pada hari yang sama jamuan tersebut dibuat iaitu Syahmina & Ain |
Cikgu-cikgu bersama anak masing-masing dengan Thaneen & Thines |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Entah kenapa, bila tiba musim cuti sekolah, ada je fitnah buat golongan cikgu ni. Paling geram yang membuatkan CN sampai tulis blogpost ni tentang isu cikgu guna duit PIBG sekolah buat jamuan akhir tahun mewah. Hello..cikgu pun ada Kelab Guru & Kakitangan yang mengutip dana untuk majlis2 meraikan cikgu! Biasanya cikgu siap topup lagi duit sumbangan PIBG tau.
Memang terkilan dengan golongan yang tak pernah pergi mesyuarat PIBG tapi meroyan di FB tentang ketidakpuasan penggunaan duit PIBG ni. Selalunya bila meeting PIBG, yang meramaikan majlis adalah cikgu, di mana ibu bapanya? Hal yang sama juga bila buat program anjuran PIBG, yang bersungguh-sungguh buat keje adalah guru. Ibubapa cuma 5% yang menyumbang tenaga. CN cerita ni dari pengalaman CN sendiri sebagai Setiausaha PIBG. Belum pernah rekod di Malaysia, Setiausaha PIBG dari kalangan ibu bapa rasanya. Jika ada mohon betulkan statement CN ini.
Memang terkilan dengan golongan yang tak pernah pergi mesyuarat PIBG tapi meroyan di FB tentang ketidakpuasan penggunaan duit PIBG ni. Selalunya bila meeting PIBG, yang meramaikan majlis adalah cikgu, di mana ibu bapanya? Hal yang sama juga bila buat program anjuran PIBG, yang bersungguh-sungguh buat keje adalah guru. Ibubapa cuma 5% yang menyumbang tenaga. CN cerita ni dari pengalaman CN sendiri sebagai Setiausaha PIBG. Belum pernah rekod di Malaysia, Setiausaha PIBG dari kalangan ibu bapa rasanya. Jika ada mohon betulkan statement CN ini.
CN & kawan-kawan yang merupakan guru kelas & terpaksa mengutip duit sumbangan PIBG dari ibubapa yang mempunyai pelbagai kerenah |
Baru-baru ni timbul pula isu Sumbangan PIBG adalah pilihan, ibu bapa ada hak untuk tidak menyumbangkan duit. Ok, let say duit PIBG tidak dikutip, mana nak carik duit beli kerusi baru yang biasanya tak sampai setengah tahun dah patah? Siapa yang patahkan kerusi? Cikgu? Sudah tentu tidak! Pelajar dari anak2 golongan yang tak nak bayar sumbangan PIBG ni yang biasa patahkan. Itu baru kerusi. Belum lagi CN cerita tentang kegunaan duit PIBG untuk membantu meningkatkan prasarana sekolah.
Bila suruh buat cadangan meningkatkan prasarana sekolah, kemain kebabom cadangan diberi. Nak kelas aircond, nak tambah kipas baru, nak kerusi selesa dan bla bla bla. Tapi bila mintak sumbangan, krik krik krik je...
Buka la mata wahai ahli PIBG seluruh Malaysia. Contohi lah SJKC yang gah bentuknya hasil sumbangan PIBG. Kelas berhawa dingin hasil sumbangan PIBG. Semua ni untuk siapa? Untuk anak-anak kita semua. Jangan lah berkira wang & tenaga untuk sekolah anak anda. Jangan jadikan FB sebagai medan untuk memfitnah cikgu-cikgu yang bersungguh-sungguh berkorban tenaga & wang untuk anak-anak anda juga.
CN berterima kasih sangat kepada ibu bapa ahli PIBG yang tidak lokek menyumbangkan tenaga & wang ringgit untuk sekolah. Golongan ibu bapa inilah yang biasanya mempunyai anak-anak yang hebat kerana ibu bapanya hebat. Sudah la bebelan CN kali ini. Tak boleh bebel banyak, nanti kena kecam !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Walaupun dalam kalendar sudah menunjukkan cuti sekolah. Namun cikgu-cikgu masih gigih ke sekolah dengan pelbagai program. Kali ini CN mengangkut anak-anak, Irfan Hensem & Dhia Zahra ke sekolah kerana ada kelas tambahan untuk pelajar CN. Bila Dhia Zahra buat perangai, sambil dukung budak tu CN mengajar tau. Inilah dugaan bila pengasuh anak tiada. Mujur bilik komputer selesa dengan air cond, kuranglah meragam budak-budak ni.
CN mendukung Dhia semasa mengajar |
Tertido budak kecik tu keletihan tau. Abang Irfan Hensem pula kebetulan demam, memang terbaring jela.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~