Cikgu, mak tiri & ayah saya dah bercerai! | Sayu hati seorang guru menceritakan kisah anak muridnya yang hidup sendirian kerana ayah kandung dan ibu tirinya bercerai. Hatimu kuat wahai anak.
"Hati cikgu mana yang tak tersentuh bila berjumpa dengan seorang murid yang begitu cekal mengharungi hidup sendirian tanpa kedua ibu bapa yang tersayang.. jika mengharapkan mak tirinya, mungkin kisah dongeng bawang putih bawang merah itu benar-benar wujud dalam kehidupannya..
Baca kisah cikgu ini mengenai anak muridnya yang tinggal sendirian selepas penceraian ayah dan mak tirinya.. jangan lupa sediakan tisu..sebarkan kisah kecekalan anak ini.."
"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".
Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga.
Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.
"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.
"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.
"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.
"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!
Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.
"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde".
"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.
"Ok cikgu", dia jawab ringkas.
"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku
"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.
"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku.
"Sendiri", jawabnya lagi.
Allahu
Mataku berkaca.
"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.
***********************************
Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya.
Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.
Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.
Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.
Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.
Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.
Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.
***********************************
"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.
"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.
"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.
Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.
"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".
Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"
"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.
"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.
"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah.
"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"
"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor.
"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.
"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.
"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.
Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".
Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah!
"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!
"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!
***********************************
Wahai Anak.
Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?
Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.
Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.
Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.
Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakabar...
Anak..
Kita ini biar miskin harta
Jangan miskin akhlak
Biar kurang pandai
Jangan kurang ajar
Biar terlebih adab
Jangan terlebih biadab.
Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa.
Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Aktiviti Kelab Rekacipta & Inovasi Minggu 2 | Sebelum ini CN pernah bercerita tentang aktiviti minggu pertama Kelab Rekacipta & Inovasi iaitu mencipta roco copter. Untuk perjumpaan kali kedua ini pulak, aktiviti kelab adalah pertandingan mencipta resepi berasaskan roti. Pertandingan ini mengikut kumpulan. CN menerima 5 penyertaan dan semua makanan berasaskan roti ini memang sedap hasil tangan ahli kelab sendiri. Setiap penyertaan menerima sijil penyertaan & hadiah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Siapakah pemenangnya? Nanti entry CN selepas ini hokay.
Agar-agar roti yang berwarna-warni |
Antara resepi kreatif iaitu puding roti caramel hijau epal. Memang sedap ! |
Roti sandwich yang cantik hiasannya dari pelajar lelaki tau |
Puding roti bersama sos caramel yang sedap |
Judges pada hari tersebut. Termasuk judges cilik yang bijak memilih pemenang hokay. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar hiasan pentas MTQ | Alhamdulillah, SMK Telok Panglima Garang telah berjaya menganjurkan Karnival Dakwah Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Daerah Kuala Langat. Paling membanggakan adalah hiasan pentas utama yang mendapat pujian dari pelbagai pihak. Tahniah kepada rakan-rakan guru bahagian hiasan pentas yang sangat kreatif & komited dalam menjalankan tugas. Ramai yang menyatakan hiasan pentas utama MTQ bertaraf negeri gituw. Jom lihat beberapa keping gambar hiasan pentas MTQ.
Hiasan pentas utama MTQ untuk Karnival Nasyid & Majlis Penutup |
Hiasan pentas utama MTQ untuk Karnival Nasyid & Majlis Penutup |
Hiasan pentas untuk Tilawah Al-Quran |
Hiasan pentas untuk syarahan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Welfie | Welfie adalah aktiviti wajib apabila CN dan adik-adik bersama. Almaklumlah, kitorang adik beradik semua perempuan. Lepastu semua pulak suka perasan cantik. Masing-masing suka diambil gambar tetapi tidak suka mengambil gambar ! Selalu yang manjadi mangsa memegang henpon ketika berwelfie sudah tentu adik bongsu! Kesian kan adik bongsu CN sorang ni? Hehehe
Sebab dia adik, selalu jadi mangsa kena pegang henfon ketika berwelfie
|
Cik Aqila jadi mangsa orang depan muka semenggah bila welfie |
Cara terbaik supaya muka cantik ketika memegang henpon semasa berwelfie adalah potong gambar separuh supaya nampak konon2 cantik. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sesaat bersama seabad serasa | Inilah tema untuk majlis perpisahan bersama pengetua SMK Telok Panglima Garang yang berpindah ke PPD sebagai SIP+ setelah 2 tahun 4 bulan berkhidmat sebagai pengetua di SMKTPG. Sesungguhnya, banyak kenangan bersama Tn. Pengetua yang sememangnya seorang yang ceria, sporting & sentiasa turun padang bersama cikgu-cikgu. Cara Tn. Pengetua mengarah cikgu 'lembut' dan senang untuk diikut. Paling CN respect, mudah menerima pendapat orang bawahan. Bukan calang orang yang boleh berbuat demikian. Itulah Tn. Salahuddin Bin Hassan Jaba'ie. Seorang pengetua yang sangat CN respect & paling best sepanjang 8 tahun service CN sebagai guru.
CN & rakan-rakan bergambar bersama Pengetua di majlis perpisahan di Amverton Golf Cove Resort |
Selfie bersama pengetua yang sporting. Semoga pengetua gembira di tempat baru |
Majlis perpisahan bersama pengetua di perhimpunan rasmi sekolah |
Majlis perpisahan pengetua yang penuh dengan tangisan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sains Komputer Tingkatan 4 | Berikut merupakan contoh soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sains Komputer (SK) Tingkatan 4 sebagai panduan kepada guru-guru matapelajaran Sains Komputer. Matapelajaran Sains Komputer ini merupakan tahun kedua untuk 2018 yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4. Semoga perkongsian ini membantu para guru dan juga pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. Semoga berjaya !
Buku Program MTQ (Karnival Tadarus Al-Quran) | Alhamdulillah, akhirnya siap juga buku program MTQ yang bikin CN stress dan migrain. Nampak macam mudah buat buku program ni, tapi hanya mereka yang pernah buat sahaja yang faham perasaan AJK Buku Program ni. Stress tau, lagi-lagi bila buku program dah siap print, boleh pulak ada perubahan last minit. Print kaler hokay, mau tak stress ! Tu belum lagi bila nak print, allignment lari la, tak support la. Macam-macam lagi lah !
Jadi, untuk anda yang menjadi AJK Buku Program, disini CN kongsikan hasil kerja CN. Jika berminat untuk mendapatkan original copy iaitu dalam bentuk Publisher, email CN di norazimah15@gmail.com.
Jadi, untuk anda yang menjadi AJK Buku Program, disini CN kongsikan hasil kerja CN. Jika berminat untuk mendapatkan original copy iaitu dalam bentuk Publisher, email CN di norazimah15@gmail.com.
Contoh Buku Program MTQ
Buku Program MTQ 2018 Final by Cekgu Norazimah on Scribd
Best ke makan di Boat Noodle | CN sendiri pun tak faham kenapa bila stress je mesti nak makan dekat Boat Noodle. Lepas makan tu terus rasa bahagia tau. Dah macam kena jampi pulok ! Ada ke orang yang mempunyai perasaan yang sama dengan CN? 😆
Makan di Boat Noodle sebab stress kena keje hari Ahad |
Best ke makan di Boat Noodle?
Ramai yang bertanya kepada CN, best ke makan di Boat Noodle? Dan jawapan CN sudah tentu best ! Semua menu di Boat Noodle menepati tekak CN. Cawangan Boat Noodle paling best pulak sudah tentu di Gamuda Walk yang terletak di Kota Kemuning Shah Alam. Tempatnya lapang & tak perlu beratur panjang untuk menunggu tempat macam di IOI City Mall, AEON Bukit Tinggi dan banyak tempat lagi.
Makan di Boat Noodle bersama adik-adik sebab stress Encik Suami pegi trip mancing tinggalkan weouls |
Makan di Boat Noodle lagi sebab stress gaji masuk awal sangat ! Eh ! |
Tapi kan, memang best luangkan masa bersama keluarga makan-makan di Boat Noodle sambil agenda utama sudah tentu welfie ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Badminton Talent Development Programme by Perodua | Perodua & the Malaysian Ministry of Education have jointly launched the Badminton Talent Development Programme to find & nurture badminton talents. Around 70 schools nationwide have been identified as badminton development centres under the programme, with each having been allocated two coaches to train around 40 children !
Badminton Talent Development Programme by Perodua
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keputusan STPM 2017 | Keputusan STPM 2017 akan di keluarkan pada 6 Mac 2018. Calon-calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12.00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. CN ucapkan semoga berjaya kepada semua calon-calon STPM 2017.
Keputusan STPM 2017
Semakan Keputusan STPM Secara Online
Keputusan STPM boleh disemak melalui SMS dengan menaip seperti format di bawah :
STPM RESULT<jarak><No.Kad Pengenalan> dan SEND ke 15888.
Manakala semakan secara online pula boleh layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di :
http://www.mpm.edu.my/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahun 2018 merupakan tahun ketiga CN sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta & Inovasi. Jika sebelum ni, aktiviti kelab lebih kepada ciptaan menggunakan komputer disebabkan oleh kedua-dua guru penasihat adalah cikgu komputer, tahun ini kami cuba kelainan dengan aktiviti selain berpandukan komputer. Mencipta 'roto copter' adalah aktiviti pertama Kelab Rekacipta & Inovasi pada tahun ini. Walau bagaimanapun, elemen komputer mesti ada dimana pelajar dikehendaki untuk meng'Google' cara-cara menghasilkan roto copter. Dalam masa tak sampai 30 minit, berpuluh-puluh roto copter berjaya dihasilkan.
Apa lagi, sesi photoshoot dan videoshoot la dengan hasil ciptaan pelbagai bentuk roto copter ahli Kelab Rekacipta & Inovasi ini. Next perjumpaan, lagi gempaq hokay. Tunggu taw.
Apa lagi, sesi photoshoot dan videoshoot la dengan hasil ciptaan pelbagai bentuk roto copter ahli Kelab Rekacipta & Inovasi ini. Next perjumpaan, lagi gempaq hokay. Tunggu taw.