#SamaSamaOng | Jom gunakan hashtag #SamaSamaOng jika anda makan di Boat Noodle dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Jom layan gambar geng cikgu makan besar di Boat Noodle gituw.
Muka kekenyangan gituw |
Weouls seronok sangat dapat makan besaq di Boat Noodle |
Tenung je duluuuu |
Sampai pejam mata seronok dapat cawan limited edition sempena CNY |
Yeah, Boat Noodle memang best ! |
Siap tapau air hokay buat bekal ke rumah |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Computational Thinking & Computer Science Teaching Certificate Programme (CTCS) | Alhamdulillah akhirnya dapat juga sijil kursus Computational Thinking & Computer Science Teaching Certificate Programme (CTCS) di UiTM Shah Alam 2 tahun yang lalu. Memang best kursus CTCS ni. Walaupun jadual padat dari 8.00 pagi sampai 6.30 petang, tak terasa penat sebab seronok belajar benda yang kita suka. Lagipun coursemate CN iaitu batch 4 memang best dan sporting. Dengan lecturer yang sempoi menjadikan kursus CTCS ni sangat best. CN pun terasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu belajar dari 8.00 pagi sampai 6.30 petang selama 4 hari, memang awesome ! Hehehe..
Menerima sijil di PPD Kuala Langat |
Sijil CTCS |
Antara 10 orang guru yang mengikuti kursus CTCS dari Daerah Kuala Langat |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ekspedisi Pendakian Bukit Jugra Anjuran BSMM Kuala Langat | Alhamdulillah, 16 Februari yang lalu, CN berkesempatan join Ekspedisi Pendakian Bukit Jugra Anjuran BSMM Kuala Langat untuk tahun 2019. Tahun-tahun yang lepas tak dapat join atas masalah tertentu, tahun ini memang CN bertekad untuk join walaupun tak berapa sihat kerana diserang migrain. Melibatkan beberapa sekolah menengah dan kebangsaan di Kuala Langat, memang meriah eskpedisi tersebut. SMKTPG iaitu sekolah CN sahaja melibatkan 86 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 dan 11 orang guru.
Disini CN kongsikan beberapa keping gambar semasa hari kejadian yang sememangnya enjoy walaupun penat. Balik rumah masing-masing cikgu mengadu sakit kaki! Heheheh...
Disini CN kongsikan beberapa keping gambar semasa hari kejadian yang sememangnya enjoy walaupun penat. Balik rumah masing-masing cikgu mengadu sakit kaki! Heheheh...
Muka ceria cikgu-cikgu sebelum memulakan ekspedisi |
Gambar beramai-ramai sebelum memulakan ekspedisi. Ini adalah team SMKTPG |
Video rehat sebentar di tengah hutan |
Muka ceria masa ekspedisi baru bermula. Masa ni masing-masing kecoh bercerita dan ketawa |
Sempat bergambar lagi sementara tunggu peserta yang lain bergerak. Team SMKTPG berada di hadapan sekali tau |
Cikgu-cikgu maintain anggun walaupun peluh merecik2 hokay |
Berehat sebentar di checkpoint pertama dimana beradanya pokok meranti laut yang jarang-jarang ditemui di hutan Malaysia |
Pantang nampak pokok pelik mesti nak bergambar! Hehehe |
Gambar beramai-ramai di hadapan gerbang Jugra di puncak Bukit Jugra |
Walaupun penat, masih seronok bergambar cikgu-cikgu SMKTPG |
Walaupun penat, masih seronok bergambar cikgu-cikgu SMKTPG |
Cikgu-cikgu di hadapan Rumah Api Bukit Jugra |
Bergambar di hadapan Rumah Api Pokok Jugra |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hah, jangan tak percaya. Salah satu cara CN beli jiwa anak murid CN adalah dengan bergambar dengan mereka & upload di media social CN. Memang seronok budak-budak ni bila tengok gambar mereka di instagram cikgu tau. Bila pelajar seronok dengan cikgu, nak bagi homework banyak-banyak pun dorang hokay gituw! Hehehe...
CN bersama pelajar 3 Gigih SMKTPG |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Search & Sort Algorithm | Salah satu topik Asas Sains Komputer Tingkatan 3 adalah Algoritma. Untuk topik algoritma kali ini, pelajar perlu memahami konsep Linear Search, Binary Search, Bubble Sort dan Bucket Sort. Untuk pemahaman yang lebih jelas, CN menggunakan teknik Role Play iaitu salah satu Pembelajaran Abad 21(PAK21). Melalui teknik role play ini, pelajar lebih memahami konsep yang diajar serta mendidik pelajar supaya lebih kreatif. Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri beberapa video aktivti role play anak murid CN ini.
Role Play Search & Sort Algoritma
CN bersama pelajar 3KRK1 |
Aktiviti Role Play 3 KRK 1
Video Role Play Bucket Sort Algoritma
Video Role Play Bubble Sort Algoritma
Video Role Play Binary Search Algoritma
Video Role Play Linear Search Algoritma
CN bersama pelajar 3 Amanah |
Aktiviti Role Play 3 Amanah
Video Role Play Binary Search Algoritma
Video Role Play Linear Search Algoritma
Video Role Play Bucket Sort Algoritma
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Alhamdulillah, hari ini merupakan birthday Encik Suami tersayang! Inilah dia teman gaduh & sweet CN, Encik Suami! Dalam diam, sudah 8 tahun Encik Suami menjadi teman gaduh & manja CN. Dialah tempat CN melepaskan marah, geram, stres & dalam masa yang sama tempat bermanja. Dialah yang sangat memahami CN. Redha dengan tingtong CN! Paling penting, tahan telinga dengan bebelan CN ! Terima kasih Encik Suami ! Happy Birthday Encik Suami, semoga pertambahan usia ini mematangkan dirimu menghadapi cabaran & dugaan hidup masa kini. Semoga menjadi suami & ayah terbaik buat CN & anak-anak. I Love U!
Teman gaduh & sweet |
Dating di Zoo Taiping semasa anniversary ke 8 gituw |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Rajinnya bekas pelajar CN sorang ni datang ke sekolah. Asal dia cuti je mesti nampak muka dia dekat makmal komputer hijau tu. Alasan bosan dekat rumah, yela, masih single tak ada awek lagi kan. Kita tengok bila dia dah ada awek nanti, singgah lagi tak ke makmal komputer hijau tu nanti! Eh!
cc: Sadru Irfan
cc: Sadru Irfan
Terima kasih Sadru belanja cikgu Dominos ! |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Beg stoma mana terbaik | Sejurus selepas ayah CN menjalani pembedahan mengeluarkan sementara kolonnya, CN diberitahu untuk membeli sendiri beg stoma. Memang pening kepala sebab tiada maklumat jelas tentang apa itu beg stoma. Mujur ramai rakan yang bekerja dalam bidang perubatan berkongsi tentang beg stoma dan harga serta tempat untuk dibeli. Teruskan bacaan untuk mengetahui beg stoma mana terbaik pilihan CN.
Beg Stoma Terbaik Pilihan CN
Beg stoma terbaik pilihan CN adalah jenis 2 pieces iaitu tapak dan beg yang berasingan. Ini kerana, anda tidak perlu menukar tapak yang diletakkan pada kulit perut dengan kerap. Apabila menggunakan jenis 2 pieces, masalah kulit sensitif pada pelekat dapat dikurangkan. Walaupun harganya agak mahal berbanding 1 pieces, ia lebih selesa untuk ayah CN.
Stoma Bag Pilihan CN untuk ayah
ConveTec (tapak) RM112.30 |
Rupa ConveTec (tapak) |
Convatec Drainable Pouch RM68.90 |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Kelab Rekacipta & Inovasi Sesi 2019 | Seperti biasa, CN rasanya tetap dan berpencen sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta & Inovasi Sesi Pagi. Awal bulan telah berlangsungnya mesyuarat agung Kelab Rekacipta dan Inovasi & disini CN kongsikan gambar AJK kelab yang akan membantu CN sepanjang tahun ini. Apa projek tahun ini? Tungguuuuu..
Kelab Rekacipta & Inovasi Sesi Pagi 2019
Kelab rekacipta & inovasi sesi 2019 |
AJK Kelab Rekacipta & Inovasi Sesi Pagi 2019 |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Cheese tart comel | Gembira dan ceria hati cikgu bila pagi-pagi datang ke sekolah dapat cheese tart comel dari pelajar sempena birthdaynya. Bukan sahaja comel tapi sedap tau. Terima kasih Syafiah Athirah @ Pe'ah! Happy birthday yang ke 17 😉
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
SMK Telok Panglima Garang | Hah, jangan terkejut sebab SMK Telok Panglima Garang ada meriam tau! Excited anak-anak CN bila tengok ada replika meriam dekat sekolah mamanya. Apa lagi, bergaya lah konon-konon dia guna meriam tu. Over kan? Hehehe...
Irfan bergaya dengan replika meriam di sekolah mama |
Amboi Irfan Hensem & Dhia Zahra ni |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Luluhnya hati bila tahu ayah mengidap kanser kolon stage 4! Sel kanser telah merebak sampai ke paru-paru. Ya Allah! CN & adik-adik cuba sehabis baik taknak sedih depan ayah. Sentiasa positifkan ayah bahawa dia boleh sihat macam biasa. Ya! Sokongan keluarga sangat penting untuk pesakit kanser. Buktinya, baru sehari operate ayah dah boleh berjalan aktif & membebel macam biasa!
Semoga ayah terus kuat & positif melawan sel kanser ni ye |
Kronologi Kanser Kolon Stage 4
1. Dari bulan Julai 2018 ayah sudah mengadu tak boleh makan banyak. Bila makan je muntah & cirit-birit. Refer ke klinik doktor cakap sebagai gastrik.
2. Sakit berlarutan sehinggalah ayah warded di Hospital Parit Buntar pada 9 November 2018 disebabkan berak berdarah. Tapi laporan doktor cuma menyatakan bahawa ayah kurang darah (anemia).
3. 17 Disember 2018, ayah dapat panggilan dari Hospital Taiping untuk datang appointment kerana pihak hospital baru menerima laporan perubatan bulan lepas dari Hospital Parit Buntar.
4. 18 Disember 2018, ayah kena warded di Hospital Taiping untuk rawatan selanjutnya. Menurut doktor, ciri-ciri sakit ayah berkemungkinan kanser! Ya Allah, kami adik beradik sentiasa berdoa semoga andaian doktor itu salah.
Semoga ayah terus kuat & tabah melawan sel kanser yang jahat ni! |
5. 21/12/2018, hasil laporan dari ct scan, ayah disahkan kanser kolon stage 4 kerana sel kanser telah merebak ke paru-paru! Ya Allah, lemah kami mendengarnya. Tapi cuba sekuat mungkin tidak menangis depan ayah. Kami cuba bergurau & positifkan ayah bahawa kanser ni tak ada apa-apa.
Ayah yang masih lemah selepas operation |
Sebahagian kecil usus yang dikeluarkan |
6. 22/12/2018, operation pertama ayah iaitu keluarkan sedikit usus & selepas ini ayah memerlukan stoma bag untuk membuang air besar. Alhamdulillah, tiada masalah untuk operation ini.
Muka ceria ayah dapat minum Hot Latte McCafe |
7. 24/12/2018, ayah boleh discharge. Next appointment adalah pada 31/12/2018.
Tengah tunggu surat doktor untuk discharge |
8. Sepanjang dirumah, ayah berselera makan & ceria sebab seronok di rumah. Muka ayah pun masih berseri.
9. 31/12/2018, first appointment selepas discharge. Doktor membacakan laporan perubatan selepas operation. Masih tiada apa-apa keputusan yang dibuat. Tapi doktor meminta kami menyediakan duit untuk kos chemo port. Harga chemo port semua tidak pulak dinyatakan. Alahai..
10. Next appointment ayah pada 11/1/2019 pula. Bertabahlah ! Bila disahkan mengidap kanser, hospital adalah rumah kedua...
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~