Contoh Coding Python untuk kira BMI | Okay, disini CN kongsikan coding ringkas untuk kira BMI menggunakan python yang boleh dijadikan sebagai sistem ringkas untuk kerja kursus ASK Tingkatan 3. Selain python, anda juga boleh menggunakan mana-mana aplikasi lain untuk kerja kursus ASK Tingkatan 3 ini. Coding Python Kira BMI yang CN kongsikan ini hanya melibatkan pengiraan BMI sahaja tanpa penentuan kategori BMI sama ada normal, kurang berat badan atau overweight. So pelajar boleh tambahkan coding untuk penentuan tersebut untuk satu sistem yang lengkap kira BMI. Semoga berjaya !
Kerja Kursus ASK Tingkatan 3, contoh Coding Python Kira BMI
Contoh Coding Python Kira BMI |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Contoh Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah | Pernah dengar tentang guru disaman oleh ibubapa kerana membawa anak murid dan terlibat dalam kemalangan? Realiti sekarang, biar lah guru mati ketika bertugas, bukannya anak murid yang dibawa dengan kenderaan sendiri itu. Sebagai cikgu, CN cuba sentiasa mengikut SOP. Jadi, antara jalan selamat adalah meminta ibubapa membawa sendiri anak mereka ke tempat aktiviti luar sekolah yang dijalankan.
Contohnya bengkel teknik menjawab matapelajaran Sains Komputer peringkat daerah selalu di buat di luar sekolah. Dua cara yang betul dan 'selamat' adalah dengan menempah bas atau van untuk membawa pelajar atau meminta sendiri ibubapa membawa anak mereka ke sana.
Untuk meminta ibubapa membawa sendiri anak mereka ke tempat kursus/bengkel, di sini CN kongsikan contoh surat makluman ibubapa untuk aktiviti di luar sekolah. Perlu disertakan sekali borang kebenaran aktiviti luar yang boleh didapati di pejabat sekolah.
Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah |
Contoh Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah
Ruj. Kami: SMKTPG. 600-4/1/15
( )
Tarikh : 26 September 2019
Ibubapa / Penjaga
Pelajar 5 SK
SMK Telok Panglima Garang
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat
Tuan/ Puan,
BENGKEL
TEKNIK MENJAWAB MATAPELAJARAN SAINS KOMPUTER SPM PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT
TAHUN 2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 30 September 2019 (Isnin)
Masa :
8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Politeknik Banting
3. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa diminta untuk menghantar dan mengambil anak sendiri. Ibu bapa juga
bertanggunggjawab jika berlaku apa-apa terhadap anak dibawah jagaan tuan/puan.
4. Untuk
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan/puan boleh berhubung dengan Guru
Mata Pelajaran Sains Komputer iaitu Pn
W. Afizah bt Wan Yusof (no. hp) dan Pn Norazimah bt Abd Talib (no.hp).
Sekian, untuk makluman pihak tuan/puan.
Terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
....................................................
.....................................................................................................................................................................................................................................................
(Keratan
Jawapan)
Saya.........................No. Kad Pengenalan...................ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama ..................... Tingkatan
....... bersetuju / tidak bersetuju anak di bawah jagaan saya mengikuti program
tersebut.
Tandatangan ibubapa
....................................................
(
)
Ringkas dan padat surat makluman ini bukan? Pastikan juga surat ini ditandatangani 'hidup' oleh Pengetua. Insya-Allah jika ada apa-apa terjadi, cikgu sudah ada 'hitam putih' yang boleh dibawa masuk ke mahkamah.
Mencegah lebih baik dari mengubati bukan. Biarlah kita mencegah dan mencuba jalan selamat dalam dunia perguruan ini. Lambat lagi nak pencen weii...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pengisian Markah PAJSK Secara Online
Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) secara online kini boleh dibuat di laman berikut : https://pajsk.moe.gov.my/index.php.
Untuk guru kelas dan guru matapelajaran PJK, akses menggunakan nama Guru Penolong Kanan Kokurikulum dengan ID (nombor kod sekolah) dan password yang boleh didapati dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah anda.
Walaupun pelajar CN cuma 30 orang, tapi disebabkan kena isi satu-satu yang menjadikan ia agak leceh. Berita baik pulak, setakat ini Sistem PAJSK ini masih laju dan tiada masalah ketika key in markah. Jadi gunakan kesempatan masa sekarang untuk key in markah sebelum ia menjadi lembab seperti ciput ! Hehehe
Pengisian markah online PAJSK di SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bootstrap | Baru-baru ini CN ada join kursus pengaturcaraan php kolaborasi MDEC, Kementerian Pelajaran Malaysia & UiTM Shah Alam & benda baru yang CN belajar adalah bootstrap. Mungkin bagi pakar programmer, bootstrap bukanlah benda baru tapi bagi CN yang bukan programmer tapi kena mengajar bakal programmer, memang agak excited bila tahu kewujudan bootstrap ini!
Okay, jika sebelum ini, kita menggunakan css untuk mencantikkan lamaweb. Coding css tu masyaAllah, memang stress bila nak type! Ada je yang salah, pelik-pelik simbolnya! Tapi bila menggunakan bootstrap, hanya panggil saja dan letakkan dalam coding kita, tara, dah siap! Tapi perlu pastikan bahawa anda telah download siap-siap fail bootstrap & diletakkan di dalam folder css.
Bootstrap |
Ok, ini contoh coding yang memanggil fail bootstrap anda.
<head>
<title>Hotel Online Reservation</title>
<meta charset = "utf-8"/>
<meta name = "viewport" content = "width=devide-width, initial-scale=1.0"/>
<link rel = "stylesheet" type ="text/css" href="css/bootstrap.css"/>
<link rel = "stylesheet" type ="text/css" href="css/style.css"/>
</head>
Selamat mencuba!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2020 | Mulai Ogos hingga September 2019, pelajar Tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Sains Komputer dikehendaki untuk menyiapkan Fasa 1 & Fasa 2 untuk tugasan kerja kursus. Markah untuk Fasa 1 & Fasa 2 ini akan dimasukkan ke dalam sistem online Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan Oktober nanti.
Kerja Kursus Sains Komputer 2020
Tema: Pengurusan Perniagaan
Situasi: Pihak pengurusan perniagaan memerlukan satu sistem pengurusan maklumat
yang merangkumi proses mengumpul data-data secara tersusun untuk menjana
maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat.
Antara sistem pengurusan maklumat perniagaan yang dapat membantu pihak
peniaga dan pengguna ialah:
(i) Sistem Pengurusan Tempahan Homestay / Hotel
(ii) Sistem Pengurusan Tempahan Teksi / Kereta Sewa
(iii) Sistem Pengurusan Pembelian Tiket Wayang / Tiket Pengangkutan
Awam
(iv) Sistem Pengurusan Jualan Kenderaan Terpakai / Barangan Antik
Arahan:
Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki membangunkan mana-mana satu
sistem pengurusan maklumat perniagaan itu. Sistem yang anda bangunkan itu
MESTI mempunyai elemen pengiraan.
Sistem yang akan dibangunkan hendaklah boleh dicapai menggunakan pelayar
web dari mana-mana komputer dalam rangkaian.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Kerja Projek ASK Tingkatan 3 | Kerja Projek ASK Tingkatan 3 telah bermula Mac lalu dan akan berakhir pada Ogos nanti. Sangat penting untuk calon PT3 yang mengambil matapelajaran ASK untuk menyelesaikan kerja projek yang memberi 30% markah untuk matapelajaran ASK. Berikut merupakan format pelaporan untuk kerja projek ASK Tingkatan 3.
Kerja Projek ASK Tingkatan 3 |
Format pelaporan kerja projek ASK Tingkatan 3
Laporan
kerja projek KPAT3 merangkumi:
a) Kulit hadapan
i. Nama
mata pelajaran
ii. Tajuk
kajian
iii. Nama
sekolah
iv. Nama murid
v. Nombor
kad pengenalan murid
vi. Angka
giliran peperiksaan
vii. Nama
penilai
viii. Tarikh dihantar
b) Kandungan
i. Pendahuluan
ii. Carta Gantt
iii. Fasa
pembangunan atur cara:
a. Analisis
masalah
b. Reka
bentuk atur cara
c. Pengekodan
d. Pengujian
dan penyahpepijatan
e. Dokumentasi
iv. Pelaporan
penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa pembangunan atur cara
v. Penghasilan produk
vi. Cadangan penambahbaikan
vii. Penutup
viii. Lampiran
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Belajar Bahasa Sarawak | Teringat dulu masa belajar di UNIMAS, perkataan pertama CN belajar adalah 'sigit'. Jenuh duk berlawan cakap dengan makcik jual tu, "saya nak satu", sambil dia mengangguk duk tanya "sigit ka?", CN geleng sebab tak faham sigit tu, duk ulang je cakap nak satu! Mujur ada sorang kawan Iban tu datang & terangkan yang sigit tu adalah satu. Owh..baru tahu! Hehehe..
Empat tahun belajar di Sarawak, memang CN boleh faham sikit-sikit bahasa Sarawak ni, masalahnya tak boleh nak cakap dengan lancar sebab kawan Sarawak cakap CN cakap Sarawak macam orang asli cakap! Waa..Oklah, jom belajar sikit-sikit bahasa Sarawak. Nanti kalau ke Sarawak tak ada lah pelik sangat bila dengar tau.
Belajar Bahasa Sarawak
Klaka (cakap) Bahasa Sarawak |
Nangga: tengok
Klaka/madah: cakap
Diam: tinggal
Sine: di mana
Sitok: sini
Sinun: sana
Manok: ayam
Pusak: kucing
Asuk: anjing
Aok: Iya
Sik: tidak
Tok: Ini
Kamek: saya
Kitak: kamu
Nya: dia
Sigek: satu
Jaik: jahat
Ngegeh: gedik/ngada
Iboh: jangan
Kacak: cantik
Dibah: bawah
Kepak: letih
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hah, punya lah busy bila start sekolah sampai lupa nak kongsi gambar raya hari pertama! Mujur ada Instagram & Facebook, sentiasa update dekat situ tau. Ok, officially mesti lah kena kongsi gambar raya di pertama di blog kan, kesayangan CN kot blog ni! Uolss layankan jela beberapa gambar raya pertama yang macam-macam gaya ni. Kali ini tema mama sama dengan ayah & Irfan sama dengan Dhia. Dua couple gituw. Ok tak?
Gambar Raya Aidilfitri 2019
Mama & ayah dengan tema grey hijau sikit-sikit |
Irfan & Dhia dengan tema hijau pilihan mereka |
Susah nak dapat gambar raya cantik sebab anak masing-masing duk moody di pagi raya, haih! |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Terima Kasih Cikgu | Alhamdulillah, sempena tahun ke 10 mengajar, CN dapat hadiah Hari Guru dari McDonald's iaitu voucher untuk menebus 1 set hidangan sederhana McChicken atau Fillet-O-Fish. Bukan CN sorang sahaja, tetapi lebih 420,000 guru seluruh Malaysia turut menerima voucher yang sama yang boleh ditebus mulai kelmarin iaitu 16 Mei 2019 sehingga 20 Mei 2019.
Voucher ini adalah untuk guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sudah tentu CN rasa seronok & dihargai apabila McDonald's belanja makan semua rakan guru seluruh Malaysia. Satu inisiatif yang terbaik dari McDonald's untuk menghargai jasa guru yang tidak ternilai dengan wang ringgit!
Jadi rakan-rakan guru semua, jangan lupa redeem voucher McDonald's masing-masing dan boleh lah berbuka puasa bersama rakan & keluarga di McDonald's nanti!
Terima Kasih Cikgu! |
Voucher ini adalah untuk guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
CN dan rakan-rakan guru bersama voucher masing-masing |
Voucher McDonald's untuk semua guru di Malaysia |
Jadi rakan-rakan guru semua, jangan lupa redeem voucher McDonald's masing-masing dan boleh lah berbuka puasa bersama rakan & keluarga di McDonald's nanti!
Selamat Hari Guru uolss😉
#HariGuruMcD
#TerimaKasihCikgu
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Selamat Hari Guru 2019 | Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia ! Diam tak diam hampir 10 tahun CN menjadi seorang guru, pelbagai cabaran dan dugaan dalam dunia pendidikan ini. Jika tak kuat, mahu giler jadinya ! Hehehehe... Oklah, disini CN ingin kongsikan beberapa gambar ketika sambutan hari guru peringkat sekolah yang bertemakan "Semuanya bermula dari seorang guru". CN mengambil jalan mudah dengan menjadi seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat, okay tak?
Selamat Hari Guru 2019 |
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Bersama rakan guru dengan pelbagai karektor seperti doktor, doktor bedah dan kerani |
Jangan tak percaya, Dato Vida klon pun ada tau! Sporting sangat teacher Rosnah sorang ni dengan gaya ala DSV. |
Bersama bff |
Pilot pun ada tau |
Video Persembahan Hari Guru
Paling kelakar, sempat juga berlatih dua kali untuk persembahan koir lagu I Have A Dream dari Westlife, on tak on? Hehe..
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
LADAP di Serama Adventure Park, Melaka | 27 dan 28 April yang lalu, CN join Latihan Dalam Perkhidmat (LADAP) anjuran sekolah CN ke Serama Adventure Park, Durian Tunggal, Melaka. Memang best & satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semuanya aktiviti lasak yang disertai oleh cikgu-cikgu dari 20-an sampai 50-an tau! Memang respect dengan rakan-rakan guru senior yang sporting join aktiviti lasak. Natijahnya, hari Isnin pakat duk sakit badan semua ! Hehehe..
Ok, jom CN kongsikan beberapa gambar aktiviti yang CN join di Serama Adventure Park, Melaka. Memang best!
LADAP di Serama Adventure Park, Melaka |
Ok, jom CN kongsikan beberapa gambar aktiviti yang CN join di Serama Adventure Park, Melaka. Memang best!
Aktiviti di Serama Adventure Park, Melaka
CN ke sana menaiki bas tau, memang fefeeling zaman belajar dulu |
Wajib bergambar di landmark Serama Adventure Park |
Kolam depan 'asrama' CN dan kawan-kawan, kami duduk di kabin yang dapat memuatkan sehingga 10 orang |
Welfie adalah aktiviti wajib di sana. Masa inilah dapat luangkan masa dengan rakan-rakan tanpa anak-anak, eh |
Warrior Challenge |
Aktiviti lasak hari pertama adalah Warrior Challenge, well, not big deal for me! Ceh ! |
Terima kasih bff Kak Fifi tolong ambilkan gambar yang cantik-cantik |
Video Aktiviti Lasak di Serama Adventure Park, Melaka
Muka excited je sebab aktiviti lasak di Serama Adventure Park tidak se'hardcore' di Skytrex Shah Alam |
Siap bergambar dengan adik 'nakal' yang goyang-goyangkan tali tu masa CN tengah berjalan, ingat I takut ke? eh |
Welfie di titian paling rendah, kasi can lah member yang seram-seram tu feeling happy naik titian ni, hehehe |
Mud Race
Hari kedua pulak dengan aktiviti basah-basah & busuk-busuk iaitu Mud Race. Ini adalah aktivit berkumpulan ikut Rumah Sukan tau. CN Rumah Kuning uolss ! |
Busuk giler lumpur tu, bertabah lah sis |
Walaupun busuk tetap happy sebab semua orang busuk! So kebersamaan di situ, i loike ! |
Walaupun busuk tetap happy sebab semua orang busuk! So kebersamaan di situ, i loike ! |
Semua orang kena menyelam dalam lumpur tu, CN tak join menyelam sebab pakai spek. Malas nak lap spek katanya |
Best giler main dekat tayar-tayar ni, airnya pun sejuk walaupun busuk! Hehe |
Wajib tunjuk peace kan seorang Cekgu Norazimah ni, hehe |
Selepas Mud Race, aktiviti jungle tracking pulak. Memang syok sebab merentas sungai yang sejuk airnya |
Welfie bersama PK1, Haji Jumiran selepas siap mandi wangi-wangi untuk aktiviti penutup. |
Welfie dengan Cikgu Latip & keta barunya, amvoi |
Welfie dengan PK Kokurikulum, Kak Anizah dengan baldi comelnya |
Wajib welfie dengan bff depan kolam |
Tenang je tengok kolam ni |
Peace! CN suka sangat Serama Adventure Park Melaka, memang best dekat sini! |
Alhamdulillah, Rumah Kuning juara keseluruhan uolss. Syok sangat! |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~