Salam 1 Malaysia..
Pasti pelajar2 Tingkatan 1 dan 2 tahu tentang ujian TIMSS dan PISA yang mempunyai soalan2 yang sangat menguji jiwa dan raga anda. Dibawah ini adalah ujian2 TIMSS dan PISA tahun2 yang lalu untuk rujukan supaya anda semua mampu menjawab soalan yang mencabar ini pada tahun 2014 dan 2015.
[ Selamat Belajar ]
1. Bahan Sumber : Panduan Peningkatan KBAT Sains
2. Bahan Sumber : Panduan Peningkatan KBAT Matematik
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
B5D3E1 : Kajian KES (Geografi Tingkatan 2)
Salam Ramadhan..
Seperti dalam entry SINI. Cikgu Norazimah cuba membantu pelajar semua untuk isi2 penting kajian kes tersebut. Ini adalah hasil kajian Ng Lei En (2R) & Tan Jia Jie (2M).
Tugas anda semua adalah mengambil isi penting dan olah ayat sendiri. JANGAN MALAS yer ! Semua cikgu dah bagi tau ! Semoga berjaya !
B6D2E1 : Merekacipta satu model petempatan/pembandaran/jaringan sistem pengangkutan di Malaysia
Berikut adalah contoh2 model sebagai rujukan pelajar2 semua :
1. Model Petempatan
Geografi Tingkatan 2 : Band 5
Salam 1 Malaysia..
Selamat berpuasa semua ! Dalam entry SINI, Cikgu Norazimah telah berbesar hati berkongsi tentang soalan band 6 dan beberapa soalan band 5 Geografi Tingkatan 2. Rupa2nya, tertinggal 2 soklan band 5 yang memerlukan pelajar menghasilkan laporan atau kajian kes. Meh tambah lagi 2 soklan band 5 untuk u all melengkapkan semua band yer !
B5D2E1 : Menghasilkan kajian kes/laporan kesan pembandaran terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
Cipta video, dokumentasi, sketsa, iklan, mesej khidmat awam atau animasi untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan berikut :
Salam..
Wahai rakan-rakan blogger yang arif lagi bijaksana. Cikgu Norazimah memohon jasa baik anda semua untuk menilai blog bebudak ni untuk tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan blog pendidikan peringkat SMK St. Mary.
Salam ceria..
Di bawah adalah contoh-contoh produk hiasan rumah dari barang terpakai untuk B6D1E1 Geografi Tingkatan 1 & 2. U all (pelajar-pelajar sahaja) boleh jadikan sumber inspirasi dan SELAMAT MENCUBA !!
p/s : Bukan pelajar pun boleh cuba untuk projek DIY korang..hehe
Alat mainan dari kotak oleh Farah Hannah 2R
Salam ceria..
Cikgu Norazimah berceloteh kembali dengan kisah PBS. Apa itu PBS ? PBS adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini adalah dasar baru yang menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan 1-3. Dasar ini bermula tahun 2012 dan tahun ini merupakan tahun kedua PBS untuk sekolah menengah. Tapi untuk sekolah rendah telah bermula lebih awal untuk menggantikan UPSR.
Sistem baru semestinya akan menyusahkan cikgu-cikgu, pentadbir malah pelajar-pelajar sendiri. Aku sendiri telah dilantik sebagai Jurulatih Utama PBS Georgrafi Tingkatan 1 & 2 !! Gila 2 tingkatan aku bedal walhal aku sendiri bukan opsyen mengajar Geografi ni. Tapi its ok..aku memang suka mengajar Geografi ni. Rasa teringin lak nak tukar opsyen sebab dah mengajar subjek ni 3 tahun.
PBS ni best part pelajar bergantung semua kepada guru subjek berbanding sebelum ni pelajar lebih percayakan guru tuisyen. Senang cerita, macam dekat kolej/universiti di mana bila kita rapat dengan lecturer, memang senang nk skor subjek tersebut. Tapi yang paling memenatkan adalah MENANDA JAWAPAN & REKOD & KEY IN DALAM SISTEM ONLINE !! Fuhh..tensen beb !! Rekod sahaja ke dalam 2 tempat iaitu borang individu dan borang transit. Bayangkan aku mengajar geografi 4 kelas + math 2 kelas dah 6 kelas. Lepastu setiap kelas sengal2 pun 44 pelajar x 2 borang x 6 = kira sendiri ler. Malas nak kira.....[mood tensen sebab proses dokumentasi ni yang sangat2 memenatkan !!
Ok2..taknak cerita tentang tensen tadi. Memang jadi cikgu ni menyensyenkan kalau fikir macam2 benda yang kena buat. Tapi minat punya pasal..aku redha dan tabah menjadi CIKGU NORAZIMAH. Entry kali ni aku cuma nak tunjuk kat korang hasil pelajar aku menghasilkan produk hiasan rumah untuk soalan band 6. [nak tunjukkan je pun, tp kemain panjang membebel..hehe]. Agak bangga sebab pelajar Cikgu Norazimah yang mula2 menjawab soalan band 6 seawal februari ! Well...pelajar2 aku memang hebat2..tengok siapa cikgu dorang kan? [mood bangga sambil kembang kempis hidung]. Ok..check it out !!
~ Produk hiasan rumah dari barang terpakai : B6D1E1 ~
~ Fail2 merah dan buku pbs math yang melambak. Tengok je pun dah tensen kan? Belum buat apa2 lagi tu ~
~ Borang transit yang kecit2 sambil naik juling bijik mata duk tick ~
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Klik banner untuk tengok sendiri yer.
Salam 1 Malaysia.
Hari Isnin yang penat hari tu, aku sebagai cikgu math "diwajibkan" menghadiri taklimat tentang Edunation. Apa benda edunation ni? Masa taklimat hari tu, mmg aku blur disebabkan oleh waktu petang yang sangat nyaman dan sejuk ditambah lagi dengan badan yang penat sebab bangun pukul 4.30 pagi!!
~ Gambar hiasan untuk menghilangkan bosan ~ |
Sebarang pertanyaan, boleh la bertanya kepada Cikgu Norazimah ataupun guru Geografi anda.
Selamat menjawab yer..
- Soalan Band 6 Geografi Tingkatan 2
Sebagai seorang cikgu merangkap Jurulatih Utama PBS Geografi Tingkatan 1&2..aku ingin berkongsi tentang perkara yang perlu dipelajari untuk Geografi Tingkatan 1. Harus diingat, NO MORE PMR dengan PBS ni. SO kehidupan anda lebih mudah dengan PBS .. xoxo