Salam mesra..
Soalan PBS B5D3E1 merupakan soalan yang sama untuk tingkatan 1, 2 dan 3. Soalan ini berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti penjagaan alam sekitar sama ada di peringkat sekolah atau komuniti setempat. Berikut merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelajar. Perlu diingat, setiap aktiviti perlu pengesahan sama ada cop rasmi atau tandatangan pegawai yang terlibat. Borang ini juga boleh dijadikan eviden untuk PAJSK bahagian penglibatan luar pelajar.
Kod Eviden :
B5D3E1 (Melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti penjagaan alam sekitar di peringkat sekolah / komuniti setempat)
Bil.
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
Pengesahan & Cop Rasmi
|
1.
|
Gotong-royong perdana sempena sambutan Maulidur Rasul Kampung Jenjarom
|
25/2/2014
|
-Tandatangan-
|
2.
|
Projek penanaman pokok hiasan di Masjid Baru Kampung Jenjarom
|
26/1/2014
|
-Tandatangan-
|
3.
|
Projek hiasan kelas 3KRK1
|
4/2/2014
|
-Tandatangan guru kelas-
|
4.
|
Aktiviti mengumpul sampah selepas Merentas Desa di SMKTPG
|
24/1/2014
|
-Tandatangan guru penasihat rumah sukan-
|
5.
|
Gotong-royong mengemaskan rumah seorang mangsa kebakaran di Kampung Seri Cheding
|
8/2/2014
|
-Tandatangan-
|
6.
| Projek mengutip sampah sepanjang Pantai Kelanang anjuran Kelab Geografi | 25/3/2014 | -Tandatangan guru penasihat Kelab Geografi- |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN pun masih belajar benda ni. Selalu gak ter'sasar' dari landasan..sama-samalah kita memahaminya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
PBS merupakan isu hangat yang mesti diambil PERHATIAN oleh pihak Lembaga Peperiksaan, KPM dan mana2 badan berkaitan untuk di'perbaiki' sebab kalau dimansuhkan agak membazir disitu sebab dah beribu-ribu RM habis untuk sistem ini.
CN taknak komen banyak sebab kalau terlebih komen, ada pula yang akan mengadap Bahagian Tatatertib ! Hehehe
Jadi, CN cuma nk mengajak anda semua untuk LIKE page Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan supaya sistem PBS ini boleh diperbaiki untuk masa depan anak-anak kita semua. InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Geografi Tingkatan 1 & 2 sememangnya saling berkaitan di mana terdapat eviden yang memerlukan pelajar melibatkan diri dengan aktiviti peringkat sekolah/komuniti mengenai kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Untuk pengetahun pelajar semua, eviden ini juga boleh dijadikan sebagai BAHAN BUKTI untuk PAJSK untuk EXTRAKOKURIKULUM dimana menyumbangkan markah agak tinggi untuk aktiviti kokurikulum anda.
Apa yang perlu anda buat adalah meminta borang seperti di SINI dari guru Geografi anda dan mengisi borang tersebut sekurang-kurangnya 6 aktiviti sepanjang tahun disertakan bersama bukti iaitu tandatangan atau cop rasmi penganjur program. Guru kelas dan matapelajaran juga boleh menandatangani borang tersebut jika ada aktiviti yang diadakan di sekolah selain guru penasihat badan beruniform, persatuan, kelab dan permainan. Mudah kan ?
Apa yang perlu anda buat adalah meminta borang seperti di SINI dari guru Geografi anda dan mengisi borang tersebut sekurang-kurangnya 6 aktiviti sepanjang tahun disertakan bersama bukti iaitu tandatangan atau cop rasmi penganjur program. Guru kelas dan matapelajaran juga boleh menandatangani borang tersebut jika ada aktiviti yang diadakan di sekolah selain guru penasihat badan beruniform, persatuan, kelab dan permainan. Mudah kan ?
Salam mesra..
Sekarang ni pelajar2 tingkatan 2 seluruh Malaysia duk sibuk buat report tentang Petempatan Lestari. Tak tersangka, blog CN pon jadi tumpuan dan naik traffic sebab benda ni. Hokay..CN cuma nak berkongsi tentang hasil research pelajar SMK St Mary tentang Petempatan Lestari. Powerpoint ni CN suruh dorang buat masa kelas Literasi Komputer. Kalau untuk Geografi, dorang kena buat karangan, malas lak nak masukkan dalam entry ni. Diharap dapat membantu pelajar semua tentang maksud Petempatan Lestari yer.
Petempatan Lestari
- Ku Shin Yu
- Tan Sook Huei
- Tan Jia Jie
- Lai Jia Cin
B6D2E1 : Merekacipta satu model petempatan / pembandaran / sistem pengangkutan di Malaysia.
Berikut merupakan hasil kerja pelajar-pelajar Tingkatan 2 SMK St. Mary, Kuala Lumpur.
Ahli kumpulan :
Chong En Qi (2M)
Nurin Yasmin (2M)
Nur Zuhairah (2M)
Tan Jia Jie (2M)
Tan Sook Huei (2M)
Salam 1 Malaysia..
Pasti pelajar2 Tingkatan 1 dan 2 tahu tentang ujian TIMSS dan PISA yang mempunyai soalan2 yang sangat menguji jiwa dan raga anda. Dibawah ini adalah ujian2 TIMSS dan PISA tahun2 yang lalu untuk rujukan supaya anda semua mampu menjawab soalan yang mencabar ini pada tahun 2014 dan 2015.
[ Selamat Belajar ]
1. Bahan Sumber : Panduan Peningkatan KBAT Sains
2. Bahan Sumber : Panduan Peningkatan KBAT Matematik
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
B5D3E1 : Kajian KES (Geografi Tingkatan 2)
Salam Ramadhan..
Seperti dalam entry SINI. Cikgu Norazimah cuba membantu pelajar semua untuk isi2 penting kajian kes tersebut. Ini adalah hasil kajian Ng Lei En (2R) & Tan Jia Jie (2M).
Tugas anda semua adalah mengambil isi penting dan olah ayat sendiri. JANGAN MALAS yer ! Semua cikgu dah bagi tau ! Semoga berjaya !
B6D2E1 : Merekacipta satu model petempatan/pembandaran/jaringan sistem pengangkutan di Malaysia
Berikut adalah contoh2 model sebagai rujukan pelajar2 semua :
1. Model Petempatan
Geografi Tingkatan 2 : Band 5
Salam 1 Malaysia..
Selamat berpuasa semua ! Dalam entry SINI, Cikgu Norazimah telah berbesar hati berkongsi tentang soalan band 6 dan beberapa soalan band 5 Geografi Tingkatan 2. Rupa2nya, tertinggal 2 soklan band 5 yang memerlukan pelajar menghasilkan laporan atau kajian kes. Meh tambah lagi 2 soklan band 5 untuk u all melengkapkan semua band yer !
B5D2E1 : Menghasilkan kajian kes/laporan kesan pembandaran terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
Cipta video, dokumentasi, sketsa, iklan, mesej khidmat awam atau animasi untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan berikut :
Salam..
Wahai rakan-rakan blogger yang arif lagi bijaksana. Cikgu Norazimah memohon jasa baik anda semua untuk menilai blog bebudak ni untuk tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan blog pendidikan peringkat SMK St. Mary.
Salam ceria..
Di bawah adalah contoh-contoh produk hiasan rumah dari barang terpakai untuk B6D1E1 Geografi Tingkatan 1 & 2. U all (pelajar-pelajar sahaja) boleh jadikan sumber inspirasi dan SELAMAT MENCUBA !!
p/s : Bukan pelajar pun boleh cuba untuk projek DIY korang..hehe
Alat mainan dari kotak oleh Farah Hannah 2R
Salam ceria..
Cikgu Norazimah berceloteh kembali dengan kisah PBS. Apa itu PBS ? PBS adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini adalah dasar baru yang menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan 1-3. Dasar ini bermula tahun 2012 dan tahun ini merupakan tahun kedua PBS untuk sekolah menengah. Tapi untuk sekolah rendah telah bermula lebih awal untuk menggantikan UPSR.
Sistem baru semestinya akan menyusahkan cikgu-cikgu, pentadbir malah pelajar-pelajar sendiri. Aku sendiri telah dilantik sebagai Jurulatih Utama PBS Georgrafi Tingkatan 1 & 2 !! Gila 2 tingkatan aku bedal walhal aku sendiri bukan opsyen mengajar Geografi ni. Tapi its ok..aku memang suka mengajar Geografi ni. Rasa teringin lak nak tukar opsyen sebab dah mengajar subjek ni 3 tahun.
PBS ni best part pelajar bergantung semua kepada guru subjek berbanding sebelum ni pelajar lebih percayakan guru tuisyen. Senang cerita, macam dekat kolej/universiti di mana bila kita rapat dengan lecturer, memang senang nk skor subjek tersebut. Tapi yang paling memenatkan adalah MENANDA JAWAPAN & REKOD & KEY IN DALAM SISTEM ONLINE !! Fuhh..tensen beb !! Rekod sahaja ke dalam 2 tempat iaitu borang individu dan borang transit. Bayangkan aku mengajar geografi 4 kelas + math 2 kelas dah 6 kelas. Lepastu setiap kelas sengal2 pun 44 pelajar x 2 borang x 6 = kira sendiri ler. Malas nak kira.....[mood tensen sebab proses dokumentasi ni yang sangat2 memenatkan !!
Ok2..taknak cerita tentang tensen tadi. Memang jadi cikgu ni menyensyenkan kalau fikir macam2 benda yang kena buat. Tapi minat punya pasal..aku redha dan tabah menjadi CIKGU NORAZIMAH. Entry kali ni aku cuma nak tunjuk kat korang hasil pelajar aku menghasilkan produk hiasan rumah untuk soalan band 6. [nak tunjukkan je pun, tp kemain panjang membebel..hehe]. Agak bangga sebab pelajar Cikgu Norazimah yang mula2 menjawab soalan band 6 seawal februari ! Well...pelajar2 aku memang hebat2..tengok siapa cikgu dorang kan? [mood bangga sambil kembang kempis hidung]. Ok..check it out !!
~ Produk hiasan rumah dari barang terpakai : B6D1E1 ~
~ Fail2 merah dan buku pbs math yang melambak. Tengok je pun dah tensen kan? Belum buat apa2 lagi tu ~
~ Borang transit yang kecit2 sambil naik juling bijik mata duk tick ~
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Klik banner untuk tengok sendiri yer.
Salam 1 Malaysia.
Hari Isnin yang penat hari tu, aku sebagai cikgu math "diwajibkan" menghadiri taklimat tentang Edunation. Apa benda edunation ni? Masa taklimat hari tu, mmg aku blur disebabkan oleh waktu petang yang sangat nyaman dan sejuk ditambah lagi dengan badan yang penat sebab bangun pukul 4.30 pagi!!
~ Gambar hiasan untuk menghilangkan bosan ~ |
Sebarang pertanyaan, boleh la bertanya kepada Cikgu Norazimah ataupun guru Geografi anda.
Selamat menjawab yer..
- Soalan Band 6 Geografi Tingkatan 2
Sebagai seorang cikgu merangkap Jurulatih Utama PBS Geografi Tingkatan 1&2..aku ingin berkongsi tentang perkara yang perlu dipelajari untuk Geografi Tingkatan 1. Harus diingat, NO MORE PMR dengan PBS ni. SO kehidupan anda lebih mudah dengan PBS .. xoxo