Asal ada resepi viral mesti nak cuba. Tak ketinggalan kek milo viral ni, senang je guna 2 bahan kacau-kacau kemudian bakar. Hasilnya leper-leper macam dalam gambar rupa kek milo viral ni. Tapi sedap sangat ! Lagi-lagi dimakan panas-panas, pergh !
Bahan-bahan kek milo viral
4 senduk serbuk milo
4 biji telur
Cara-cara membuat kek milo viral
Kacau rata milo dan telur. Bakar dengan suhu 160 dalam masa 15 minit. Tapi kena tengok jenis oven tau. Selalu la jenguk-jenguk kek dalam oven tu tau. Tak ada kes bantat-bantat sebab memang rupa kek ni bantat pun ! Hehehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sejak masuk dalam Majalah 3, lemang periuk kera menjadi viral dan ramai yang ingin mencuba keenakan lemang periuk kera ini. Tidak terkecuali adalah CN. Memang teringin sangat nak mencuba sebab tidak pernah makan lemang periuk kera ini. Mujur adik CN si Mizah Talib dapat percuma dari birasnya. Dapatlah CN merasa keenakan lemang periuk kera viral ini. Secara personal, CN lagi suka lemang tradisional yang dibakar dalam buluh lagi berbanding lemang periuk kera ini kerana lemang periuk kera dimasak secara kukus berbanding lemang tradisional yang dimasak secara bakar. Rasa bakar lagi umph gituw.
Anda pulak macam mana ye?
Anda pulak macam mana ye?
Lemang periuk kera |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kuih melayu ni memang pelbagai jenis dan pelbagai nama yang pelik-pelik. Kebanyakan kuih melayu ni manis-manis belaka. Bagi CN, kuih melayu pilihan CN kategori manis-manis adalah kuih kochi. Dengan kenyal-kenyal nya. Kalau di utara kuih kochi ni dalam bentuk lepat dan dipanggil lepat liat! Sedap woo..
Mana satukah kuih melayu pilihan anda? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN dan kek berpisah tiada. Sejak preggy Dhia Zahra, CN memang suka sangat makan kek sampai la sekarang. Jenuh nak control tabiat makan yang satu ni sebab no good maa. Tahu tak, salah satu kek faveret CN adalah kek lapis cadbury. Pergh ! Sekejab je setle ! Kek lapis cadbury ni bukan CN buat dan bukan CN beli, Kak Mar iaitu bff adik CN yang tapaukan untuk weoulss sebab dia tahu weoulss hantu kek lapis cadbury ! Hehe..
Kek lapis Cadbury, kek lapis masam manis & kek coklat dari Kak Mar |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa leka mengunyah kerepek ketika beraya di rumah orang, give me 5 sikit ! Kadang-kadang tak sedar dah habis sebalang kerepek CN kerjakan dekat rumah orang tau. Buat malu je..ahaks~
Salah satu makanan kegemaran CN di hari raya iaitu kerepek pedas, ni salah satu je, ada banyak lagi menjadi kegemaran CN ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Musim raya ni macam-macam menu yang setahun sekali kita akan jumpa. Best sangat. Sesungguhnya orang Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Tidak lupa juga pelbagai jenis kek yang pasti sedap dan menggemukkan ! Antara kek yang menjadi pilihan CN adalah kek buah tradisional yang dikukus. Sedapnya ! Rasa lembab-lembab je. Memang begitu mengasyikkan bila dimakan, hehehe..
Kek buah tradisional |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Naik je sekolah lepas cuti raya, memang melambak-lambak keje yang perlu disetlekan. Dengan guru kelas, ketua pentaksir matapelajaran Geografi & ICT, website sekolah, majalah sekolah, CTCS & Toyota Eco Youth ! Fuh. Memang stress ! Hokay, berehat sebentar bersama cookies manis yang makan tak boleh stop iaitu Famous Amos. Kena makan sorang-sorang baru terasa bahagia...hehehe
Famous amos, terapi stress bagi CN |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kek butter pelangi ni memang senang sangat nak buat. Kali ini CN akan berkongsi dengan pembaca tersayang resepi kek butter pelangi sukatan cawan. Blender je tau, memang senang. CN buat kek butter pelangi ni sambil berperang dengan Irfan Hensem tau. Mujur cantik gak rupanya sebab anak bujang CN tu sibuk gak nak buat pelanginya. Yela, kalerful budak-budak pun suka.
3 biji telur
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
Kek butter pelangi gebu gebas |
Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan
Bahan-bahan membuat kek butter pelangi
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Rupa kek butter pelangi sebelum dibakar |
Cara membuat kek butter pelangi
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.
Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉
Kek butter pelangi in da house |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hotel Armada PJ adalah antara hotel yang menawarkan buffet dengan pelbagai pilihan makanan yang sangat sedap dan memenuhi tekak melayu CN ni. Bukan sahaja CN, malah Encik Suami yang terkenal dengan tekak jawanya juga suka buffet dinner di Hotel Armada PJ ini. Antara pilihan makanan yang ngam betul dengan tekak CN dan tekak Itali Irfan Hensem adalah spageti agli olio. Memang sedap ! Jika anda ke Hotel Armada PJ, jangan lupa mencuba spageti aglio olio ye.
Spageti Aglio Olio sedap di Hotel Armada PJ |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~