Seronok tengok gelagat anak-anak CN dan sepupu dorang anak Cik Mijah. Bila budak-budak ni berkumpul, memang sangat-sangat kecoh ! Bila bergambar pun sama, macam-macam gaya jadinya. Kali ni CN ingin berkongsi dengan anda beberapa keping gambar gelagat Dhia Zahra dan abang sepupunya, Afiq Furqan. Memang comel budak berdua ni. Dorang ni memang rapat, almaklumlah, kedua-duanya angah.
Dhia Zahra pegang-pegang abang Afiq, tapi abang Afiq malu-malu |
Abang Afiq masih malu-malu, Dhia Zahra? Tersenyum eksited..hehe |
Abang Afiq tetap malu-malu, Dhia Zahra apa lagi, kasi tunjuk itu gigi ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem & Dhia Zahra selalu tau buatkan gambar CN nampak syok sendiri. Mamanya kemain excited senyum lebar tengok kamera sedangkan anak-anak bajet model buat-buat pandang tempat lain! Tak aci tau !
CN syok sendiri bersama-sama anak bertuah Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila dah berpipi tembam, sampai senget-senget pipi tu bila tidur mengiring ! Itulah anak dara CN sorang ni, si Dhia Zahra. Suka sangat tengok anak tembam-tembam ni. Yela, masa baby jela budak-budak ni nak tembam. Bila dah sekolah macam abangnya Irfan Hensem, terus kurus !
Dhia Zahra berpipi tembam |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
30032016 - 30032017: Alhamdulillah, seakan sekejab je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun anak dara CN seorang ni. Rasanya masih terasa lagi kesakitan saat melahirkan si bambam ni.
Semoga Dhia Zahra membesar menjadi anak yang solehah ye sayang.
Dhia Zahra setahun |
p/s : Hokay, nak makan kat mana ye celebrate birthday anak dara CN sorang ni? Nanti CN cerita dalam next entry ye. Stay tune..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Agak sentap bila orang yang CN percaya masih bujang memandang sinis bila anak-anak CN buat 'kecoh' di majlis dinner. Hati seorang mak hokay, memang mudah terasa bila orang memandang sinis anak-anak kita yang agak aktif tapi masih lagi belum kacau orang. Mujur Irfan bukan kategori menjerit-jerit, dia cuma suka berjalan-jalan je, kalau tak, mesti lagi malu !
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan memang CN dah cubit Irfan Hensem, dah larang dia, tapi itulah, budak-budak ni memang tak makan saman ! Masa kecil okay je si Irfan ni, bila dah besar dah bersekolah, mulalah tunjuk skil terlebih sel berhubung tu !
Inilah cabaran untuk wanita bekerjaya merangkap seorang mama ! Hanya seorang mama yang faham apa yang CN rasa..hmmm
Bersama Dhia Zahra yang tidak boleh dibawa ke majlis formal ! Hehehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget, beginilah rupanya. Baik je tak ada gaduh-gaduh bila tengok video. Si Abang pun okay je nak berkongsi gadget dengan adiknya. Cuma kadang-kadang si adik ni agak hover suka merampas barang dari abang, masa tulah baru gaduh ! Hehehe..
CN akan pantau kegunaan gadget ni pada anak-anak. Memang tidak dapat dipisahkan gadget dengan kanak-kanak pada zaman sekarang, cuma perlu dipantau. Ada masa tertentu untuk tengok gadget. Ada masa main dan ada masa untuk makan. Cuma kadang-kadang Irfan tu selalu sambil makan sambil tengok You Tube, memang geram!

Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah Dhia Zahra, budak kecik gigi 2 batang yang suka makan sendiri. Habis berterabur kalau dibiarkan makan sendiri. Tapi itulah yang dia suka. Layankan jela. Berdikari konon-kononnya..hehe
Gambar ni diambil semasa dinner di Hotel Armada. Kena jaga perangai tak boleh makan comot-comot di hotel ni. Jadi nampak semenggah la rupa Dhia Zahra walaupun makan sendiri..weee
Gambar ni diambil semasa dinner di Hotel Armada. Kena jaga perangai tak boleh makan comot-comot di hotel ni. Jadi nampak semenggah la rupa Dhia Zahra walaupun makan sendiri..weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hokay, harini CN pakai hijau. Warna faveret Irfan Hensem. Kemain dia puji CN pagi-pagi ni bila tengok mamanya pakai baju warna hijau. Siap cakap lagi " Eh, cantiknya mama ! "
Bodek gituwww...
Bodek gituwww...
Alhamdulillah, sekejab je anak dara CN yang super bambam ni, Dhia Zahra berumur 10 bulan. Sangat aktif dan nampak gaya suka 'cari pasal' dengan abangnya Irfan Hensem. Tak pandai yang kecil, suka kacau abangnya. Bila abangnya marah, pandai melawan pulak tu ! Mujurlah abang Irfan Hensem ini agak penyabar walaupun kadang-kadang 'terlepas' juga hayunan tangannya dekat adik !
Dhia Zahra menginjak 10 bulan, suka menolak kerusi atau apa-apa sahaja yang boleh ditolak. Kalau dekat rumah Opah, rajin dia meniti sepanjang dinding rumah Opah sampai ke dapur. Bila diajar bertatih, dia takmo ikut bajet nak independent konon-kononnya. Selera makan agak berkurang disebabkan dah ada 2 batang gigi di bawah. Mungkin rasa tak selesa kot. Tapi menyusu makin kuat. Kira kenyang susu la tuh. Its ok la, janji berat naik setiap bulan dah okay sangat.
Semoga Dhia Zahra membesar dengan ceria dan sihat ye !

Dhia Zahra 10 bulan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~