Seronok bila tengok Irfan Hensem & Dhia Zahra berbaik. Elok je senyum bila diambil gambar. Susah tau nak dapatkan moment macam ni. Biasanya tak abang, adik yang akan buat perangai. Kali ini boleh pulak dua-dua bagi kerjasama untuk bergambar. Alahai, sweetnya...
p/s: Maap ye CN terlalu obses dengan anak sendiri..hehehe
p/s: Maap ye CN terlalu obses dengan anak sendiri..hehehe
Irfan Hensem & Dhia Zahra apabila berbaik |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai, sibuk betul CN bulan ni dengan pelbagai tugasan hakiki sebagai guru. Dengan Projek Toyota Eco Youth, Projek Website Sekolah & Projek CTCS. Fuh ! Next entry CN cerita ye tentang projek-projek yang dasyat tu.
Okay, nak bagi blog sentiasa update. Saje je share gambo ketika staycation di Hotel Armada PJ. Weouls memang wajib berwelfie di cermin besar di dalam bilik hotel ni tau. Best dah 2 kali CN bermalam di sini dan for sure, jika berkesempatan, CN akan datang lagi ke sini kerana paling best di sini adalah dinner buffet yang sangat sedap!
Okay, nak bagi blog sentiasa update. Saje je share gambo ketika staycation di Hotel Armada PJ. Weouls memang wajib berwelfie di cermin besar di dalam bilik hotel ni tau. Best dah 2 kali CN bermalam di sini dan for sure, jika berkesempatan, CN akan datang lagi ke sini kerana paling best di sini adalah dinner buffet yang sangat sedap!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak kedua CN ni memang lain macam sikit dibandingkan dengan abangnya. Jika Irfan Hensem dulu, CN jumpa seminggu sekali je sebab pjj, tapi Dhia Zahra ni setiap masa berkepit dengan CN sampai tak boleh ditinggalkan. Mujur dia boleh behave dekat rumah pengasuh. Tapi tu pun ada limit tau, kalau ambil lambat mengamuk jugak !
Demi Dhia Zahra juga CN tak dapat join kursus anjuran sekolah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Budak bambam ni tak leh tidur tanpa mamanya. Kalau Encik Suami yang jaga, memang takmo susu. Sanggup tidur dalam kelaparan tau! The best solution, CN terpaksa tarik diri dari join kursus demi anak tersayang. Family come first. InsyaAllah, akan ada rezeki CN untuk join kursus seumpamanya di lain kali.
Dhia Zahra muka konon-konon comel duk mengamuk tu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika Irfan Hensem dulu ramai yang fikir gegurl masa dia kecik, Dhia Zahra pula ramai pula yang bertanya, "boy ke?". Memang muka Dhia Zahra ni macam boboy. Dengan lasaknya. Kalau dipakaikan dress, mcm kelakar seolah-olah boboy pakai dress. Mujur sekarang rambut dah panjang sikit, barulah nampak wajah keperempuanannya. Bila rambut dah panjang sudah tentu CN eksited nak ikatkan rambut, tapi..aduhai. Menjerit-jerit tak bagi kacau rambut dia. Sampai sekarang CN tak sempat lagi ambil gambar Dhia Zahra dengan rambut tocet di atas yang cantik. Susah benor..
Dhia Zahra yang mengamuk takmau ikat rambut |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak-anak CN sedari kecil telah dilatih untuk berwelfie. Sampai bila disuruh bergambar, eksited masing-masing buat gaya depan kamera. Tengoklah gambo di bawah ni. Pada mulanya CN berwelfie dengan Dhia Zahra, tiba-tiba abangnya datang menyelit. Maka hasillah muka bulat penuh di gambo! Alahai la anak..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahukah anda bahawa cermin adalah salah satu medium untuk membina keyakinan diri? Bukan sahaja untuk kita orang dewasa malah kanak-kanak juga. Anak dara CN si Dhia Zahra memang pencinta cermin. Tidak seperti abangnya yang pemalu sangat bila berdepan dengan orang yang baru dikenali, Dhia Zahra ni agak peramah dan mesra alam. Bila tengok cermin, dia akan terus perasan yang dia lah baby paling comel di dunia ! Hehehehe
Dhia Zahra yang suka cermin |
Kemain kusyuk Dhia Zahra telek muka sendiri depan cermin |
Suka sangat haih dapat tengok cermin ! |
Agenda wajib CN bila jumpa cermin besaq, kita welfie...weee |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, anak dara CN si Dhia Zahra sudah berumur setahun sebulan. Macam-macam ragam si kecik ni yang mencuitkan hati. Penat keje hilang bila dapat main dengan si comel ni. Seronok sangat mengusik si bambam ni sampai dia menjerit-jerit marah. Memang kelakar tengok anak dara CN sorang ni marah. Garang sangat tau budak bambam ni. Almaklumlah, masa preggy kan si Dhia Zahra ni, CN selalu marah anak orang. Kan dah mengikut budak bambam tu ! Hehehehe..
Inilah anak kedua CN, Dhia Zahra. Walaupun perempuan, lasaknya mengalahkan si abang. Kadang-kadang sampai menangis si abang sebab kena buli dengan adik. Gambar di bawah masa Dhia Zahra buat projek dalam bilik Mak Udanya. Siap panjat box untuk 'mengemas' almari yang mempunyai banyak khazanah. Bila CN tegur buat apa tuh? Jadilah macam dalam gambar ni, buat muka tak bersalah kononnya..hehehe
Dhia Zahra si kecil yang aktif |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa lagi si perosak gambar jika bukan Irfan Hensem ! Selalu sangat bila ambil gambar keluarga, anak bujang CN sorang ni yang akan buat hal sendiri. Buat muka la, tak nak pandang kamera la, macam-macam la budak sorang ni buat ! Inilah bila sel-sel otak sedang berhubung, bertabahlah wahai mama...
Irfan Hensem si perosak gambar |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok tengok gelagat anak-anak CN dan sepupu dorang anak Cik Mijah. Bila budak-budak ni berkumpul, memang sangat-sangat kecoh ! Bila bergambar pun sama, macam-macam gaya jadinya. Kali ni CN ingin berkongsi dengan anda beberapa keping gambar gelagat Dhia Zahra dan abang sepupunya, Afiq Furqan. Memang comel budak berdua ni. Dorang ni memang rapat, almaklumlah, kedua-duanya angah.
Dhia Zahra pegang-pegang abang Afiq, tapi abang Afiq malu-malu |
Abang Afiq masih malu-malu, Dhia Zahra? Tersenyum eksited..hehe |
Abang Afiq tetap malu-malu, Dhia Zahra apa lagi, kasi tunjuk itu gigi ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem & Dhia Zahra selalu tau buatkan gambar CN nampak syok sendiri. Mamanya kemain excited senyum lebar tengok kamera sedangkan anak-anak bajet model buat-buat pandang tempat lain! Tak aci tau !
CN syok sendiri bersama-sama anak bertuah Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila dah berpipi tembam, sampai senget-senget pipi tu bila tidur mengiring ! Itulah anak dara CN sorang ni, si Dhia Zahra. Suka sangat tengok anak tembam-tembam ni. Yela, masa baby jela budak-budak ni nak tembam. Bila dah sekolah macam abangnya Irfan Hensem, terus kurus !
Dhia Zahra berpipi tembam |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
30032016 - 30032017: Alhamdulillah, seakan sekejab je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun anak dara CN seorang ni. Rasanya masih terasa lagi kesakitan saat melahirkan si bambam ni.
Semoga Dhia Zahra membesar menjadi anak yang solehah ye sayang.
Dhia Zahra setahun |
p/s : Hokay, nak makan kat mana ye celebrate birthday anak dara CN sorang ni? Nanti CN cerita dalam next entry ye. Stay tune..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Agak sentap bila orang yang CN percaya masih bujang memandang sinis bila anak-anak CN buat 'kecoh' di majlis dinner. Hati seorang mak hokay, memang mudah terasa bila orang memandang sinis anak-anak kita yang agak aktif tapi masih lagi belum kacau orang. Mujur Irfan bukan kategori menjerit-jerit, dia cuma suka berjalan-jalan je, kalau tak, mesti lagi malu !
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan hati memang nak tinggal je anak-anak ni, tapi bila keadaan 'memaksa', CN tiada pilihan lain selain membawa anak-anak ke majlis formal.
Ikutkan memang CN dah cubit Irfan Hensem, dah larang dia, tapi itulah, budak-budak ni memang tak makan saman ! Masa kecil okay je si Irfan ni, bila dah besar dah bersekolah, mulalah tunjuk skil terlebih sel berhubung tu !
Inilah cabaran untuk wanita bekerjaya merangkap seorang mama ! Hanya seorang mama yang faham apa yang CN rasa..hmmm
Bersama Dhia Zahra yang tidak boleh dibawa ke majlis formal ! Hehehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget, beginilah rupanya. Baik je tak ada gaduh-gaduh bila tengok video. Si Abang pun okay je nak berkongsi gadget dengan adiknya. Cuma kadang-kadang si adik ni agak hover suka merampas barang dari abang, masa tulah baru gaduh ! Hehehe..
CN akan pantau kegunaan gadget ni pada anak-anak. Memang tidak dapat dipisahkan gadget dengan kanak-kanak pada zaman sekarang, cuma perlu dipantau. Ada masa tertentu untuk tengok gadget. Ada masa main dan ada masa untuk makan. Cuma kadang-kadang Irfan tu selalu sambil makan sambil tengok You Tube, memang geram!

Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah Dhia Zahra, budak kecik gigi 2 batang yang suka makan sendiri. Habis berterabur kalau dibiarkan makan sendiri. Tapi itulah yang dia suka. Layankan jela. Berdikari konon-kononnya..hehe
Gambar ni diambil semasa dinner di Hotel Armada. Kena jaga perangai tak boleh makan comot-comot di hotel ni. Jadi nampak semenggah la rupa Dhia Zahra walaupun makan sendiri..weee