Susu tepung jenama Dutch Lady | Dari anak sulung CN iaitu Irfan dengan susu tepung Dutch Lady hingga lah ke Dhia Zahra pun masih suka dengan susu tepung Dutch Lady ni. Selain kandungan nutrient yang lengkap, susu ini juga murah. Alhamdulillah, CN berjaya menyusukan kedua-dua anak CN secara full sehingga 2 tahun, selepas itu barulah CN perkenalkan susu tepung Dutch Lady dan anak-anak memang menggemarinya. Pilihan kedua-dua anak CN adalah perisa madu. Manis katanya.
Dhia Zahra, peminat susu tepung jenama Dutch Lady |
Dhia Zahra bergaya dengan susu tepung Dutch Lady |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
I-City Waterpark Shah Alam | Cuti sekolah apa kata bawa anak-anak bermain air di I-City Waterpark Shah Alam. Memang best di sini. Dhia Zahra yang dulu takut main air di waterpark kini sudah berani bermain tau. Siap pakej taknak balik lagi !
Video Irfan & Dhia bermain air di I-City Waterpark
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak dara CN si Dhia Zahra ni memang pattern suka kutil luka yang kering bukan sahaja pada diri sendiri tapi luka pada orang lain ! Habis berdarah luka pada tangan CN yang hampir kering di kutil si kecil ini. Tengoklah gambar di bawah ini, berdarah hidung dia sebab kutil luka di situ. Elok je dah kering luka tu habis berdarah balik.
Dhia Zahra bergaya dengan shawl tapi kurang comel sebab luka dihidung |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya Raya 2018 | Disebabkan baju kurung kanak-kanak yang mahai amat di butik, CN sakan shoping baju raya Dhia Zahra di doudou.my. Raya ketiga Dhia Zahra masih lagi dengan kurung moden biru dari doudou. Cuma RM45 sahaja, material memang selesa dan sesuai dengan budak aktif seperti Dhia Zahra ni. Dhia suka & CN juga suka !
Gaya Raya 2018 | Gaya raya Irfan hensem & Dhia Zahra hari kedua simple je, Dhia Zahra dengan peplum dari doudou.my manakala Irfan hensem dengan kemeja kereta banyak-banyak bersama slack. Raya kedua kami beraya ke rumah saudara-mara terdekat. Dhia Zahra kurang comel sikit sebab rambut dah serabut sebab dia jenis tak suka ikat rambut. Sabar jela dengan anak dara sorang ni !
Gaya Raya 2018 hari kedua
Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan gaya raya mereka |
Irfan Hensem |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Shellout di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom | Birthday Dhia Zahra yang lepas, kami sekeluarga celebrate di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom je. Dekat dengan rumah dan yang paling special, bershellout weoulss hokay. Kami order set shellout untuk 2 orang iaitu RM45. Ada nasi dan air untuk 2 orang sekali. Rasa shellout disini memang kena dengan tekak CN dan Encik Suami yang sukakan masakan pedas. Irfan sendiri pun tiada masalah makan shellout disini sebab anak bujang CN tu pun pemakan pedas. Birthday girl kami order tomyam ayam je sebab budak kecik ni tak makan udang ketam bagai tu. So kalau anda ke Banting, jangan lupa singgah makan shellout di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom ye.
Dhia Zahra diAsri Koboy DRimba Kafe Jenjarom |
Shellout murah Banting
Selain shellout, ada juga pelbagai menu lain. InsyaAllah, next time CN akan cuba menu lain disini. Cuma yang pasti untuk shellout, confirm CN akan repeat lagi. Hehehe...
CN bersama shellout untuk 2 orang RM45 |
Encik Suami excited dengan menu shellout yang sedap bangat hokayy |
Selain shellout, ada juga steamboat & sizzling di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom |
Dekorasi berasaskan koboy |
Muka kenyang birthday girl bersama mama birthday girl |
Lokasi Shellout di Asri Koboy DRimba Kafe Jenjarom
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa gadis ini? | Hah, jangan terkejut kalau CN bagi tahu gadis di bawah ini adalah Dhia Zahra. Berubah kan wajah Dhia Zahra apabila di makeup oleh pengasuhnya. Kebetulan pengasuh Dhia Zahra adalah part time makeup artist, kemain 'cantik' jadinya anak dara CN sorang ni ! Hehehe...
Wajah Dhia Zahra apabila di make up kan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happy birthday Dhia Zahra 2 tahun | Sekejab je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun anak dara CN sorang ni si Dhia Zahra. Sekejab sangat masa berlalu. Tula, budak kecil ni memang cepat sangat membesar. Tau-tau dah jadi anak dara. Bila dah 2 tahun ni, sudah tentu kemain petah berbicara. Paling geram suka sangat men'cipta' macam-macam. Pantang kita alpa sikit, ada je benda 'pelik' yang si kecil ni buat. Memang tak reti duduk diam tau ! Anak nombor 2 memang macam ni ye perangai dia? Hehehe..
Happy Birthday Dhia Zahra
Buat Dhia Zahra,
Semoga membesar menjadi anak yang bijak, sihat & kuat ! Takmau kena buli hokay ;)
Bagaimana dengan sambutan birthday Dhia Zahra kedua? Nanti CN cerita dalam next entry hokay.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~