JJCM : D' Arab Cafe, Banting
JJCM bersiaran kembali dari Banting ! Kali ini, kita ke restoran makanan arab yang shedap & murah di Banting. [blog Cikgu Norazimah ni asyik cerita pasal tempat makan di Banting je kan? Boleh apply jadi duta Banting ni..hehe]
Hokay, restoran yang menjadi pilihan Cikgu Norazimah untuk segmen JJCM adalah D' Arab Cafe yang terletak berhadapan dengan uptown Banting. Actually, restoran ni ada banyak cawangan. Korang boleh tengok page FB untuk tahu lokasi yang terdekat. Restoran ni menawarkan pelbagai makanan dari Timur Tengah dengan pakej harga yang menarik.