Jika amati betul-betul design pinggan viral ni, corak-corak pinggan viral ini seperti corak pinggan lama zaman nenek CN dulu. Bak kata peminat pinggan viral ni, corak autentik gituw. Biasa la, bila dah viral, maka ramai la orang duk berpusu-pusu mencari pinggan viral ini. Dengan design yang cantik ditambah dengan harga yang murah, memang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.
Bahaya pinggan viral |
Bahaya Pinggan Viral
CN taknak komen lanjut mengenai isu halal pinggan viral ni, tapi kalau ikut logik dengan harga serendah RM5, anda boleh agak kualiti pinggan viral ini kan. Ada kawan CN yang dah mengumpul pinggan viral ini hanya untuk pameran di almari sahaja sebab isu cat pada pinggan dan halalnya. Yes, untuk pengumpul memang CN galakkan simpan untuk pameran di almari. Cantik-cantik design pinggan viral ini. Murah pulak tu. Daripada beli jenama Corelle yang mahal lepastu simpan dalam almari memang tak berbaloi !
Design pinggan viral yang unik |
Design Pinggan Viral yang Unik
Apa yang membuatkan CN sendiri tertarik dengan pinggan viral ini adalah design nya yang sangat unik. Cantik sangat bila disusun di atas meja tau. Food blogger rasanya patut ada pinggan viral ini untuk tambah elemen cantik pada gambar makanan yang diambil.
Design pinggan viral yang unik |
Anda sendiri boleh lihat beberapa gambar pinggan viral yang CN dapat dari seorang kawan. Cantik-cantik kan design pinggan viral ini? Tergoda betul !
Design pinggan viral yang unik |
Design pinggan viral yang unik |
Design pinggan viral yang unik |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kesejahteraan antara ahli keluarga amat penting untuk perkembangan masyarakat. Oleh itu,
Malaysian Child Resource Institute (MCRI) sedang bekerjasama dengan Family and
Parenting Centre (FPC) dari Fakulti Psikologi di HELP Universityu ntuk menganjurkan
Program L.I.F.E. yang diketuai oleh Cik Sybella Ng,
seorang ahli psikologi dan pensyarah di HELP University.
Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak serta memberi inspirasi kepada ibubapa
Program L.I.F.E.
bermaksud “Literacy Impacts and Family Education”. Program
ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kemahiran membaca dan menulis antara kanak-kanak dan melatih kemahiran ibubapa dengan cara-cara untuk menggalakkan perkembangan anak mereka.
Aktiviti yang sedang dijalankan untuk mencapai matlamat program
ini termasuklah sesi bercerita, bengkel keibubapaan dan sesi kaunseling.
Kanak-kanak terpikat dengan sesi bercerita yang
menarik oleh Christine Chia.
|
Program L.I.F.E.
Ibubapa yang bekerja di
sebuah syarikat pembuatan tempatan telah menyertai bengkel-bengkel yang
dianjurkan dan mereka dapat belajar cara-cara untuk menangani emosi sendiri dan memastikan emosi
yang negatif tidak menyebabkan mereka mencederakan anak.
“Sebagai sebuah masyarakat,
kita cepat menyalahkan ibubapa apabila kanak-kanak ditimpa kemalangan.
Walau bagaimanapun, ibubapa juga
telah menyuarakan kesukarannya untuk menjaga anak dan berasa kehilangan arah apabila kekurangan sokongan,
sumber asas atau pengetahuan asas tentang perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, program
ini diadakan dengan tujuan untuk memberi sokongan kepada ibubapa dan membantu mereka melengkapkan diri dengan kemahiran
yang diperlukan untuk menjadi ibubapa yang lebih baik,” kata Cik Sybella Ng.
Di samping itu,
projek masyarakat yang bermakna ini telah menarik minat pemuda yang
bersemangat untuk membantu. Tiga orang pelajar dari HELP Universiti yang
sedang melengkapkan latihan magang di MCRI, Marie Tan, Wong Sheng Fu dan Wong Sze
Chien telah mengadakan kempen pengumpulan dana di laman simlpygiving.com
untuk memberikan sokongan kepada program L.I.F.E. tersebut.
Mereka juga
telah menyumbang usaha dalam salah satu bengkel yang lepas.
“Bengkel tentang menangani tekanan amat pratikal dan senang untuk difahami.
Ibubapa boleh menyertai aktiviti yang disediakan dan mendapat maklumat yang
lebih mendalam tentang cara-cara menangani tekanan untuk mengelakkan kemungkinan ibubapa mencederakan anak disebabkan tekanan
yang melampau,” kata Wong Sze Chien.
Terdapat juga beberapa
orang ayah yang menyertai bengkel-bengkel ini.
Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki sudah lebih melibatkan diri dalam penjagaan dan tumbusaran anak sendiri dan berkongsi beban dan tanggungjawab bersama isteri mereka.
Melalui sesi bercerita,
kanak-kanak dapat belajar cara menarik untuk menyampaikan cerita.
Sesi cerita ini telah menarik perhatian kanak-kanak dan menggalakkan mereka menyertai dalam penyampaian cerita.
Dengan sesi bercerita, kanak-kanak dapat menimba minat untuk membaca lalu menjadi mahir dalam membaca dan menulis.
Ini adalah niat program ini untuk kanak-kanak.
Program L.I.F.E.
bukan sahaja memanfaatkan keluarga tetapi memanfaatkan seluruh masyarakat pada masa
depan. Kemahiran menulis dan membaca amat penting untuk setiap individu untuk berkomunikasi dan haruslah dipupuk dari kecil.
Ibubapa juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan kesejahteraan keluarga.
Setelah menghadiri bengkel keibubapaan, ibubapa memberikan komen-komen dan maklumbalas
yang positif dan berminat untuk menghadiri bengkel seterusnya.
Mereka mendapati bahawa mereka lebih sedar tentang cara-cara yang
lebih bermanfaat untuk menangani tingkahlaku sendiri dan memahami anak mereka dengan lebih baik.
Salah satu ibubapa berkata, “Bengkel ini (Membesar Kanak-kanak yang Mempunyai Minda
yang Sihat) ama tmembantu saya untuk memahami emosi anak saya dengan lebih mendalam.”
Pendidik dan wakil
daripada beberapa pertubuhan NGO menyertai bengkel “Kemahiran Membaca dan Menulis Kanak-kanak”
yang juga antara bengkel Program L.I.F.E.
Hasil program L.I.F.E. tidak dapat dinyatakan dalam jangka masa yang
singkat kerana usaha dan masa
perlu diambil untuk menyampaikan kesedaran kepada seluruh masyarakat.
Walau bagaimanapun, ini adalah inisiatif yang
dapat memajukan masyarakat untuk menjadi sebuah masyarakat yang
lebih sihat dan menggalakkan serta menghasilkan sebuah persekitaran yang
lebih selamat untukkanak-kanak.
Kofi Annan pernah berkata,
“Kegembiraan sesebuah masyarakat bermula dengan kesejahteraan keluarga yang
wujud dalamnya.”
MCRI ialah sebuah NGO
yang menyokong hak kanak-kanak lebih daripada 20 tahun. Kami
mengadakan latihan dan ceramah berkenaan hak kanak-kanak, keselamatan kanak-kanak,
pendidikan awal tahun dan isu-isu lain yang berkaitan untuk masyarakat.
Ruth Liew
Director
Tel: +6012-3329205
E-mel: mcricheras@gmail.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN percaya pasti ramai pegawai kerajaan tahu akan kewujudan cuti kuarantin. Cuti kuarantin ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Cuti kuarantin ini adalah kepada pegawai kerajaan yang mengidap penyakit berjangkit sama ada dalam Malaysia atau baru pulang dari luar negara.
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Cara Memohon Cuti Kuarantin
1. Dapatkan laporan perubatan Doktor kerajaan/swasta yg mengesahkan penyakit berkaitan.
2. Lampirkan laporan perubatan yang asal bersama borang permohonan cuti kuarantin. Nyatakan bilangan hari cuti yang dipohon.
3. Ketua Jabatan MEMPERTIMBANGKAN bilangan hari cuti yang dipohon dan meluluskan mengikut keperluan perkhidmatan.
4. Kemudahan cuti berdasarkan setiap kes.
5. Cuti kuarantin akan dicatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.
6. Jenis Penyakit : Malaria, Demam Denggi ,Campak, Chikenpox, Tangan Kaki n Mulut (HFMD) dan Difteria (sejenis penyakit yg berkaitan batuk & sesak nafas. Namun di malaysia kanak-kanak sudah diberi dos suntikan sejak kecil).
7. Cuti MESTI dipohon (bukan seperti mc)
8. Cop tarikh terima dokumen doktor (mesti disertakan pada borang)
9. Luluskan 1 hingga 5 hari (bukan wajib 5 hari)
10. Klausa 13 pada pekeliling - hak KETUA JABATAN atas kepentingan perkhidmatan bukan semestinya terus dapat cuti
Pekeliling Cuti Kuarantin
Cuti kuarantin untuk penjawat awam by Cekgu Norazimah on Scribd
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahniah kepada Les' Copaque Production yang baru saja menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube untuk pencapaian jumlah subscriber seramai 1 Juta (Gold) dan 100, 000 (Silver) di YouTube Channel Les' Copaque ! YouTube Channel Les' Copaque yang telah diwujudkan pada 2009 itu bertujuan untuk berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat Les' Copaque. Malah mereka telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012.
Team New Media yang menguruskan You Tube Channel Les' Copaque Dari Kiri : Firdaus, Hafiz, Naquyah, Hj Burhanuddin, Hajah Ainon, Mohd Zarin dan Azhar. |
Syarikat Les' Copaque Production dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.
Dengan 1,000,000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~