Thailand merupakan antara negara yang mempunyai pelbagai tempat menarik sebagai destinasi percutian mampu milik. Kali ini CN agak tergoda dengan pemandangan indah Phu San Dao Resort Thailand yang terletak di lereng-lereng bukit. Memang menarik. Kalau di Malaysia, pemandangan yang indah seperti Phu San Dao Resort ini boleh dilihat di Kundasang, Sabah. Tak percaya anda boleh pergi sendiri ke sana.
Pemandangan yang cantik di Phu San Dao Resort, Thailand
Okay, CN akan cerita lebih lanjut tentang Kundasang di entry lain ye. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang gambar-gambar menarik di Phu San Dao Resort yang pasti mengujakan anda. Sangat menggoda pemandangan di lereng-lereng bukit ini. Tengok gambar pun dah rasa tenang dan nyaman je.
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Pemandangan indah di Phu San Dao Resort |
Bilik Phi San Dao Resort, Thailand
Okay, sekarang CN ingin berkongsi gambar bilik di Phi San Dao Resort pulak. Menarik sangat bilik di resort ini. Luas dan selesa. Paling menarik sudah tentu rupa bilik yang unik bulat-bulat. 'Rare' gituw..
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Gambar bilik di Phu San Dao Resort |
Amacam, tergoda tak dengan Phu San Dao Resort yang terletak di Thailand ini? Kena menabung dah ni! CN memang suka tempat percutian yang sejuk-sejuk macam ni, rasa relax dan nyaman je. Sesuai untuk honeymoon hokay !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tiba-tiba timeline facebook & instagram CN dipenuhi dengan gambar-gambar edit dari apps Pitu. Agak kelakar dan perasaan ingin mencuba tu membuatkan CN dengan pantas mendownload apps Pitu dari Play Store. Baru CN tahu rupanya Pitu ni adalah apps untuk mengedit gambar macam Beauty Plus tu. Tapi yang membuatkan Pitu ini menarik adalah Crazy ex-Face yang pasti membuatkan anda perasan cantk!
Hah, jangan tak tahu. Sekarang CN duk leka berselfie sebab seronok mengedit menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps Pitu ini. Ia menggunakan teknik face recognition & menjadikan anda seolah-olah super star gituw.
Ok, meh sini CN kongsi cara mengedit gambar menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps pitu yang sangat mudah.
1. Buka apps Pitu pada henfon anda.
2. Pilih fungsi Crazy ex-Face seperti di dalam gambar
3. Akan keluar camera untuk anda selfie. Pastikan cahaya cantik supaya gambar anda terang dan jelas. Juga pastikan gambar selfie anda cover muka anda sepenuhnya, bukan angle tepi tau.
4. Kemudian, pilih gambar mana yang anda hendak perasan. Ada banyak pilihan dan cubalah semuanya. Memang melekakan !
5. Tara ! Ini adalah antara gambar hasil edit menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps Pitu. Dah tak macam rupa CN kan? Hehehehe..
Wajah CN diedit menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps Pitu |
Cara mengedit gambar menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps Pitu
Hah, jangan tak tahu. Sekarang CN duk leka berselfie sebab seronok mengedit menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps Pitu ini. Ia menggunakan teknik face recognition & menjadikan anda seolah-olah super star gituw.
Ok, meh sini CN kongsi cara mengedit gambar menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps pitu yang sangat mudah.
1. Buka apps Pitu pada henfon anda.
Logo apps Pitu, pastikan apps yang betul ye |
2. Pilih fungsi Crazy ex-Face seperti di dalam gambar
Ada banyak fungsi pada apps Pitu ini. |
3. Akan keluar camera untuk anda selfie. Pastikan cahaya cantik supaya gambar anda terang dan jelas. Juga pastikan gambar selfie anda cover muka anda sepenuhnya, bukan angle tepi tau.
Bila berselfie tu pastikan muka anda masuk di dalam frame ye |
4. Kemudian, pilih gambar mana yang anda hendak perasan. Ada banyak pilihan dan cubalah semuanya. Memang melekakan !
Antara pilihan retis yang boleh anda cuba |
5. Tara ! Ini adalah antara gambar hasil edit menggunakan fungsi Crazy ex-Face pada apps Pitu. Dah tak macam rupa CN kan? Hehehehe..
Pitu - Growing up girl |
Pitu - Baochai. Macam amoi kan? |
Amacam, best tak apps Pitu ni? Anda boleh download apps Pitu ini di Play Store dan please jangan salahkan CN kalau anda pun terleka tau !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak darul Ridzuan kini menjadi tumpuan pelancong kerana telah diisytiar sebagai Pulau Bebas Cukai semasa pembentangan bajet 2018. Pulau yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelbagai tarikan menarik seperti Kota Belanda, Pangkor Fish Satay Factory, Masjid Terapung dan macam-macam lagi ini menawarkan pengalaman yang indah bukan sahaja untuk berbulan madu, malah percutian bersama keluarga. Disini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 5 resort terbaik di Pulau Pangkor sebagai panduan jika anda ingin bercuti disini. 5 resort terbaik ini adalah pilihan pengguna di lamanweb Agoda yang merupakan antara trusted web untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan.
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor pilihan Agoda
Harga : RM179 - RM450.
Resort yang terletak di Pasir Bogak ini tidak jauh dari jetty. Menawarkan pelbagai aktiviti menarik di pantai seperti sukan air, atau anda boleh bersantai di swimming pool yang disediakan oleh Pangkor Sandy Beach Resort ini. Resort ini juga terletak berdekatan dengan tempat makan seafood yang pasti mengujakan anda.
Pangkor Sandy Beach Resort |
Harga : RM203 - RM344
Resort yang terletak di Teluk Nipah ini juga menawarkan kolam renang yang besar untuk guest yang pasti mengujakan si kecil anda. Sangat sesuai sebagai resort pilihan untuk aktiviti keluarga kerana resort ini menawarkan pemandangan yang indah mengadap Selat Melaka disamping pantai yang cantik dan bersih.
Anjungan Beach Resort |
Harga : RM273 - RM880
Resort mewah ini sememangnya menjadi impian untuk CN ke sini. Memang privacy kerana jauh dari jalan utama. Walau bagaimanapun, semua ada di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Anda tidak perlu ke mana-mana kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Amat sesuai untuk berbulan madu kerana privacynya.
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut |
Harga : RM257 - RM699
Menawarkan private beach, Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Malah Marina Island Pangkor Resort & Hotel juga menawarkan swimming pool yang pasti menjadi tarikan untuk anak-anak.
Harga : RM166 - RM500
Terletak di Pasir Bogak, sudah tentu Coral Bay Resort Pangkor menjadi pilihan sebagai tempat percutian bersama keluarga. Dekat dengan pelbagai kemudahan dan mempunyai swimming pool yang pasti mengujakan anak-anak anda.
Coral Bay Resort Pangkor |
Mana satukah resort pilihan anda?
Anda boleh layari lamanweb Agoda untuk pelbagai promosi resort terbaik di Pulau Pangkor untuk percutian bersama keluarga.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar nama Prof Hariz? Ridhauddin Hariz ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing.
Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet |
Prof Hariz Internet Marketing Malaysia
Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain.
Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.
Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan. Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.
Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.
Pencapaian Prof Hariz yang patut anda tahu
- Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
- Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
- Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
- Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
- Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada Mac 2015
- Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
- Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
- Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016
- Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
- Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
- Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Prof Hariz |
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Marketing Malaysia
Prof Hariz menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
- Marketing di Google
- Personal coaching Zero Marketing to Hero
- Funnel Marketing
- Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.
Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet
Kini Prof Hariz berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Beliau dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu.
PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.
PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
- Insurans Perubatan
- Diabetes
- Kanser
- Kehidupan yang mampu
- Tulang belakang
- Bantuan jalan raya jangka pendek
- Peralatan musik
- Perbehentian kerja
- Keracunan makanan
- Kerosakan rambut
- Sewaan
- Berbasikal
- Keracunan alkohol
- Menonton
- Mendaki
- Penyewa
- Perlawanan bolasepak
- Cinta
- Peralatan musik
- Perkahwinan
- Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam hiasan dekorasi rumah, ruang tamu memainkan peranan paling penting bukan sahaja sebagai tempat beriadah untuk sekeluarga, malah memberikan first impression kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Disini CN kongsikan 10 gambar ruang tamu tema turquoise sebagai panduan kepada anda yang sedang mencari idea untuk warna ruang tamu anda. Warna tema turquoise ini bukan sahaja memberikan impak ruang yang luas, malah turut memberikan emosi yang relax kepada tuan rumah dan tetamu yang bertandang.
Berita baik untuk mereka yang tinggal di selatan tanah air, IKEA Tebrau kini dibuka secara rasminya pada hari ini iaitu 16 November 2017. Dah tak perlu ke IKEA Damansara lagi hokay, di Johor pun dah ada Ikea tau. Sudah pasti pelbagai tawaran menarik di Ikea Tebrau sempena hari pembukaannya hari ini. Jadi warga Johor dan kawasan yang berdekatan, cepat-cepat ke Ikea Tebrau hokay !
IKEA Tebrau kini dibuka secara rasminya pada hari ini iaitu 16 November 2017 |
Lokasi Ikea Tebrau
Awas kepada Keyboar Warrior, salah typing di media sosial, denda dan penjara la habuannya. Baru-baru ini seorang pemilik akaun Facebook N9RTER atau nama sebenarnya Muhammad Naim Zelkifle, 21 telah didenda RM2000 kerana menuduh polis meminta wang daripada orang ramai 6 September lalu.
Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan memuat naik satu kenyataan “Roadblock polis selepas bhp baru Mahsan, check saman lampau hati2 kalau boleh lalu tompek lain lah yo, dah saman org mkn duit paw lg tak patut betul” di laman Facebook.
Dia yang memakai baju kemeja dan bersongkok, tiba di mahkamah diiringi ahli keluarga pada 8.40 pagi. Dalam perbicaraan itu, tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan disebabkan menjaga ibu bapa selain adik beradik dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
Sumber : myMetro
Berhati-hati di Alam Maya
Guru Penolong Kanan 1 di sekolah CN selalu mengingatkan cikgu-cikgu supaya sentiasa berhati-hati di media sosial. Apa yang kita type di media sosial boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa kita jika disabitkan kesalahan. Berhati-hati di alam maya katanya katanya.
Lagi-lagi jika cikgu terlibat dengan Lembaga Peperiksaan, lagilah pelu berhati-hati kerana segala bahan adalah dalam istilah TERHAD dimana hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengakses bahan tersebut. Tiada istilah SHARE di media sosial hokay.
Berbalik kepada kisah keyboard warrior di atas, jika hendak menuduh, pastikan ada bukti dan hujah yang menyokong tuduhan anda kerana screenshot dari Facebook boleh dijadikan bukti di makkamah. Jangan semborono tuduh polis tu buat ni, doktor tu buat tu, dan cikgu terutamanya selalu menjadi mangsa fitnah di media sosial. Lagi-lagi cuti sekolah yang akan datang nanti, pasti akan ada fitnah "cikgu makan gaji buta, cuti sekolah duduk rumah je, Baik pergi sekolah jaga anak kami!"
Helllloooo..cuti sekolah pun cikgu kena keje tau. Menanda paper SPM, prepare Rancangan Pelajaran Tahunan, program tu, program ni. Kalau ikutkan dalam 1 minggu je betul-betul cuti. Yang lain cuti palsu hokay ! Eh, termeroyan pulok !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronoknya menanti cuti yang akan tiba tak lama lagi. Pastinya anda teringin untuk menghadiahkan buat tersayang sesuatu yang boleh meninggalkan memori untuk si Dia. Meh CN share satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah serta anda boleh design sendiri dengan harga yang amat berpatutan. Bayangkan anda hadiahkan si Dia mug yang mempunyai gambar anda berdua. Sudah tentu di Dia tersenyum manis dan rasa 'sayang' nak guna mug tu kan? Paling best, manalah tahu tiba-tiba ada salah faham, bila si Dia lihat mug yang anda hadiahkan sudah pasti hatinya akan lembut.
Menjadikan hadiah lebih bermakna di Printcious.my
Printcious.my adalah satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah yang comel-comel serta harga yang berpatutan. Ada pelbagai pilihan hadiah untuk lelaki, wanita malah kanak-kanak juga. Pendek kata semua ada disini. Anda boleh memilih hadiah sempena Birthday, Hari Ibu, Hari Bapa malah sempena Tahun Baru 2017 juga boleh. Ada pelbagai design menarik yang boleh anda pilih.
Christmas Gift Ideas |
Hadiah DIY buat tersayang
Apa yang menarik di Printcious ni adalah anda boleh design sendiri hadiah untuk tersayang. Selain template yang dicadangkan, anda juga boleh menggunakan gambar sendiri untuk item yang anda pilih.
Sebagai contoh, CN nak hadiahkan baby rompers untuk babyDhia. CN pilih Create -> Baby Rompers -> Customise It.
Hah ! Anda boleh upload gambar atau pilih saja mana-mana gambar dari Facebook/Instagram anda. Mudah bukan? Sudah siap design bolehlah Add to Cart.
Selain untuk baby, ada juga hadiah pelbagai pilihan hadiah menarik untuk si Dia. Tidak perlu pening kepala untuk memikirkan hadiah buat si dia. Pilih sahaja pelbagai jenis hadiah menarik untuk si Jejaka dan juga si Gadis.
Christmas Gift Ideas |
Best Christmas Gift Idea
Ada pelbagai pilihan hadiah dengan corak menarik yang cool dan comel-comel sesuai untuk Christmas Gift untuk anda yang menyambut perayaan Christmas. Anda boleh pilih sama ada untuk menghadiahkan si Jejaka sama ada T-Shirt dengan design yang cool, bantal comel untuk dibuat peluk ataupun mug sebagai peneman setiap pagi? Oh ya, apa kata cuba benda baru dengan menghadiahkan si Jejaka casing henfon yang rare?
Christmas Gift Ideas |
Seperti untuk Jejaka, untuk si Gadis juga terdapat pelbagai pilihan T-shirt yang comel-comel, bantal peluk, mug serta casing henfon. Memang rambang mata untuk memilih !
Berminat untuk mendapatkan hadiah DIY untuk tersayang?
Tak suka dengan design sedia ada? Tiada masalah, anda boleh design sendiri menggunakan gambar pilihan anda. Malah anda boleh menambah perkataan dan ayat gituww. Jom daftar di Printcious untuk mendapatkan hadiah DIY yang menarik untuk yang tersayang.
Apa tunggu lagi, tempahlah sekarang hadiah peribadi anda untuk yang tersayang di Printcious. Ianya akan menjadi lebih bermakna hanya di Printcious.my - "Precious Gift From Your Heart"
Oh ya, jangan lupa subcribe ke Channel Youtube Printcious untuk pelbagai promosi menarik. Jangan terlepas !
Oh ya, jangan lupa subcribe ke Channel Youtube Printcious untuk pelbagai promosi menarik. Jangan terlepas !
Untuk keterangan lanjut, sila layari -->>
Website : http://www.printcious.com/my
Facebook : https://www.facebook.com/printcious
Twitter : https://twitter.com/printcious
Youtube : Channel Youtube Printcious
Instagram : https://www.instagram.com/printcious/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~