IrfanHensem & Dhia Zahra
Dengan kehadiran Dhia Zahra, kini genaplah 4 orang cucu tokwan & opah. Sepasang dari CN dan sepasang dari adik CN. Memang meriah rumah bila mereka bertemu. Alhamdulillah, abang-abang dan kakak sepupu memang sayangkan BabyDhia. Asyik dicium je si kecik ni. Alahai anak...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
#IrfanHensem bergaya konon-konon di Eiffel Tower. Gaya harus ada ye. Tapi muka tu kenapa bulat sangat?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ragam si anak
Alahai Irfan Hensem, memang macam-macam ragam budak kecik ni. Gambar dibawah antara aktiviti Irfan Hensem di EcoWorld Majestic Semenyih. Sedang CN sibuk mengambil gambar nya, boleh pulak dia tekan tanglung tu! Menjerit CN dan terus tarik tangan dia...alahai anak, curiousity awak tinggi sangat la !
1. "Eh, benda apa ni? Nak pegang la"
Taman Shanghai EcoWorld Majestic Semenyih |
2. "Eh, macam boleh tekan la"
|
3. "Eh, terkemik pulok!"
|
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem
Alahai anak bujang CN sorang ni. Pantang orang bergambar, dia mesti nak join. Gaya terbaru kalau dia bergambar seorang adalah seperti gambar di bawah. Rasa-rasanya boleh cair tak awek cun tengok gambo anak bujang CN sorang ni? Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
#IrfanHensem dengan gaya "Mat Bangla" hasil deraan mak saudara +Izzati Talib , dah elok pakaikan smart-smart macam ni boleh pulak Mak Udanya tu cakap Irfan AbangLa?? Tak patutt....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ragam Si Kecil
Memang kecoh rumah tokwan apabila 3 orang cucunya berkumpul. Setakat ini ayah CN baru mendapat 3 orang cucu iaitu sorang dari CN dan 2 orang iaitu Qila & Afiq dari adik CN si Miza. InsyaAllah, coming soon baby M nanti.
3 orang cucu ini berbeza umur selang setahun je, memang kecoh jadinya. Abang Long iaitu Irfan Hensem menjadi kegemarannya bermain dengan perut tokwan yang buncit tu. Memang senak tokwan dikerjakan cucu yang aktif ni.
Komitmen kerja dan keluarga menjadikan CN dan Miza sukar untuk kerap pulang ke kampung. Kebiasaan bila cuti panjang memang tidak akan melepaskan peluang pulang ke kampung. Kesian tokwan selalu rindu dekat cucu-cucunya.
Irfan, Qila & Afiq bersama Tokwan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
EcoWorld Majestic Semenyih
Tempat yang sedang viral di media sosial dimana EcoWorld Majestic ini menawarkan pemandangan yang indah dengan pelbagai spesis bunga dan replika yang menarik. Apa yang paling penting adalah masuk adalah PERCUMA sehingga 6 Mac ini. Cuma perlu pastikan sebelum masuk anda telah dapatkan wrisband berwarna oren di kaunter pendaftaran.
EcoWorld Majestic Semenyih yang menawarkan pemandangan yang indah & menyenangkan |
Apa yang menariknya di EcoWorld Majestic Semenyih ini?
Taman mini ini mengelilingi tasik buatan yang mempunyai air pancut ditengah-tengahnya. Dengan hamparan rumput hijau yang cantik, memang best duduk-duduk ditepi tasik sambil dating. Pada mulanya CN agak risau untuk jalan-jalan di sini memandangkan keadaan diri yang sarat hamil. Kepala mula terfikir kalau dah rasa sakit bersalin, hospital mana paling terdekat! Ahaks
Tapi apabila melihat taman yang tidak berapa besar dan boleh duduk berehat di atas rumput, alhamdulillah, tidak berlaku kejadian seorang cikgu bersalin di EcoWorld Majestic Semenyih!
Okay, disini apa yang paling menarik, terdapat kemudahan untuk membawa pengunjung ke pintu masuk taman jika parking jauh. Disediakan buggy, van dan kereta mpv untuk kemudahan pengunjung. Kebetulan ketika CN ke sana, terpaksa parking jauh kerana kereta yang terlalu banyak. Tiba-tiba datang seorang guard naik motor dan beritahu kami bahawa kemudahan van disediakan sampai ke pintu masuk taman dan ia adalah PERCUMA.
Selepas mendaftar dan mendapatkan wristband, payung berwarna hijau disediakan percuma kepada pengunjung yang tidak tahan panas macam CN. Disini terdapat 4 taman mini bertemakan Shanghai, Paris, Amsterdam dan London. Di Shanghai anda boleh bergambar berlatarbelakangkan tanglung yang banyak. Paris pulak sudah semestinya replika Eifel Tower manakala Amsterdam dengan replika kincir anginya. Di London terdapat pondok telefon warna merah yang menjadi kesukaan Irfan.
Apa yang CN perhatikan, disini paling banyak bunga kekwa dan tahi ayam. Biasalah, bunga tahi ayam walaupun busuk, tapi memang cantik. Bunga yang paling menggoda CN tentunya bunga matahari. Banyak pulak tu ditanam bunga matahari dan cantik berbunga. Geram je rasa macam nak bawak balik je !
Ok, ingat ye, musim bunga yang masuk percuma ni cuma sampai 6 Mac sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk kesini.
Ok, ingat ye, musim bunga yang masuk percuma ni cuma sampai 6 Mac sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk kesini.
Masa operasi Eco World Majestic
Isnin - Jumaat : 10 pagi - 5 petang
Sabtu - Ahad : 10 pagi - 8 malam
Keseronokan di EcoWorld Majestic
Ok, meh la layan beberapa keping gambar si kecik Irfan yang sangat lincah di taman EcoWorld Majestic ini. Tempat ini memang sesuai untuk dijalankan aktiviti photoshoot tau.
Irfan di Eiffel Tower EcoWorld Majestic |
CN dan ibu Atiyah pun takmo lepaskan peluang bergambar di Eiffel Tower ni |
Aktiviti wajib berwelfie dengan abam aktif ini |
Irfan suka sangat main dalam pondok telefon ala-ala di London ni |
Peta Lokasi ke EcoWorld Majestic Semenyih
Ragam Anak
Irfan dan sepupunya Qila memang sangatlah kamceng. Memang kecoh bila mereka bersama. Yang kelakar, Irfan boleh ikut je apa arahan dari Qila mengalahkan ikut cakap mamanya sendiri ! Melampau kan? Kalau Qila suruh buat apa dia boleh je ikut, kalau CN yang suruh, tak ada ayat "Kejab" tu memang tak sah !
Ramai orang ingat Irfan & Qila ni adik beradik, walaupun Irfan mata bulat dan Qila mata sepet, dorang mempunyai kening yang sama bentuk. Mungkin itu yang buat muka mereka seperti 'kembar'. Beza umur pun 5 bulan je.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Si bambam #IrfanHensem yang berumur 6 bulan pertama kali naik bot semasa trip ke Pulau Pangkor
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ulangtahun Kelahiran Suami
Alhamdulillah, hari ini genaplah umur Encik Suami 3+. Dah lama masuk 3 series ni, almaklumlah lagi 'tua' dari CN ! Ahaks..
13 Februari 2011 dulu, pada tarikh inilah majlis bersanding kami. Sekejab je masa berlalu. Encik Suami kini bakal menjadi ayah kepada anak 2. Semoga menjadi ayah yang terbaik dunia & akhirat, insyaAllah.
Encik Suami dan Irfan ketika berumur 6 bulan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Si bambam #IrfanHensem versi gegurl ! Ini adalah pembulian bergabung atuk dan arwah nenek Irfan. CN cuma tukang amik gambar je.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
#IrfanHensem & Qila 'dating' di GM, kemain warna shirt pun sama merah gituw
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tanam Rockmellon di Rumah
Bukan CN yang bertani tetapi ayah mertua dan Encik Suami. Memang berbaloi. Sebanyak 10 pokok rockmellon ditanam di dalam polibeg di halaman rumah kini telah mengeluarkan hasil. Geram je tengok buah rockmellon berbuah dengan cantiknya.
Irfan Hensem antara yang eksited tunggu buah rockmellon ini masak. Dia cuma pegang je sebab sudah di warning oleh ayahnya jangan kaco pokok tu ! Kalau tak di warning, alamat hilang la buah yang comel-comel tu tau..hehe
Menurut Encik Suami, buah di atas ni cuma tunggu beberapa hari je untuk masak sepenuhnya. Bestnya ! Sementara belum bersalin ni, haruslah melantak buah menjalar ni puas-puas ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Si #IrfanHensem admit di Hospital Banting disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru, alahai anak..sensitip betul !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem & Encik Suami
Semenjak hujung tahun 2015, CN sudah tidak boleh driving sendiri ke sekolah kerana masalah kaki yang senang cramp. Jadi Encik Suamilah yang menjadi driver CN sampailah bersalin nanti. Mujur Encik Suami bekerja sendiri, boleh lah adjust masa untuk menjadi driver kepada si isteri..hehe
Gambar dibawah diambil ketika pulang dari kerja. Lama tak berwelfie bertiga. Selalunya Encik Suami takmo join bergambar, tapi disebabkan kena 'paksa' dengan Irfan Hensem, diikutkan kehendak si anak. Alahai Irfan Hensem, gaya dah macam budak besar dengan topi ayahnya itu. Gaya bergambar pun sudah pelbagai. Almaklumlah, dari kecik jadi model tak berbayar CN untuk www.cekgunorazimah.com ini ! Ahaks~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Si bambam #IrfanHensem bersama ESP kesayangan CN. Alhamdulillah, CN dapat menyusukan Irfan sehingga 3 tahun dan antara milk booster CN adalah ESP.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~