Minggu lepas CN berkesempatan bercuti di Hotel Armada PJ untuk kali kedua. Masih lagi menggunakan voucher yang dimenangi di 100comments, memang berbaloi bercuti di sini. Sudah tentu yang menyebabkan ia sangat berbaloi kerana makanan disini sedap-sedap sampai tak boleh stop makan. Ada je yang nak dimakan !
Ok, video di bawah ni ketika CN bersarapan bersama Irfan Hensem. Kitorang dating berdua je sebab Encik Suami malas nak turun makan. Dhia Zahra pulak tidur. Apa lagi, berbahagialah kami berdua duk makan makan dan makan. Hehehehe..

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ragam anak ni macam-macam kan? Yang si abang dengan ragam macam tu, si adik pulak lain ragamnya. Kali ini Irfan Hensem buat 'keje' terbaik dalam kereta. Dalam duk kusyuk Encik Suami drive, boleh anak bujang CN ni conteng dashboard kereta dengan pencil color! Inilah apabila sel-sel otak sedang berhubung ! Tak cukup menconteng di dinding bilik, meja belajar, kali ini dalam kereta pulak ! Alahai la Irfan Hensem...
Ragam anak yang menconteng kereta |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Normal la bila ada anak kecik ni, kereta dah seperti taman permainan! Semua mainan ada dalam tu. Ini semua gara-gara nak bagi anak diam bila dalam kereta. Tidak terkecuali, bumblebee Irfan Hensem ni. Nampak gagah pulak parking depan CN ni 😂
Bumblebee Irfan Hensem dibawa ke mana-mana |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem memang dari kecil sampai sekarang suka sangat makan sate. Pantang nampak sate, duk mengadap benda tu je. Sempena CN berkursus di Hotel Concorde yang lalu, CN belanja Encik Suami dan Irfan Hensem makan dekat the best sate in the town iaitu Sate Station Seksyen 9, Shah Alam. Siapa geng CN suka makan sate di Satay Station meh sep sikit.
Irfan yang kusyuk makan sate dari Satay Station |
Bestnya sate di Satay Station ni adalah portionnya yang besar. Tengoklah gambar di atas, saiz sate lagi besar dari ibu jari Encik Suami. Sate dagingnya berjuicy dan tidak liat. Bahan perapan meresap ke dalam isi sate. Memang sedap ! Kuah satenya pulak jangan cakap la, pedas, manis, masin, pekat, semua bergabung ! Memang puas makan sate di Satay Stationnya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ais krim panda jenama Nestle ni memang menjadi kegemaran Irfan Hensem selain aiskrim Padlepop. Rupa panda aiskrim ni memang menjadi tarikan untuk kanak-kanak. Comel betul rupa pandanya. Rasanya pulak semestinya sedap dengan gabungan rasa coklat dan vanila. Bukan sahaja Irfan Hensem suka, mama dan ayahnya pun suka. Kalau beli biasanya beli 3 sekali tau.
Harga aiskrim panda ni cuma RM1.50 je. Try la.
Harga aiskrim panda ni cuma RM1.50 je. Try la.
Aiskrim Panda dari Nestle |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget, beginilah rupanya. Baik je tak ada gaduh-gaduh bila tengok video. Si Abang pun okay je nak berkongsi gadget dengan adiknya. Cuma kadang-kadang si adik ni agak hover suka merampas barang dari abang, masa tulah baru gaduh ! Hehehe..
CN akan pantau kegunaan gadget ni pada anak-anak. Memang tidak dapat dipisahkan gadget dengan kanak-kanak pada zaman sekarang, cuma perlu dipantau. Ada masa tertentu untuk tengok gadget. Ada masa main dan ada masa untuk makan. Cuma kadang-kadang Irfan tu selalu sambil makan sambil tengok You Tube, memang geram!

Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak dan bapak sememangnya mempunyai gaya yang sama. Almaklumlah, idola Irfan Hensem adalah ayahnya sendiri. Kalau ditanya "Irfan nak kahwin dengan siapa", dengan konfiden dia jawab "nak kahwin dengan mama !"
Gambar dibawah adalah ketika bersantai bersama keluarga. Irfan ni jenis cepat bosan, bila dia dah mula buat perangai kacau semua benda tu, gadget la penyelamat supaya dia tidak buat perangai di tempat orang. Kalau di rumah memang CN biarkan je apa aktiviti dia nak buat, tapi kalau diluar terpaksa menggunakan gadget untuk menyelamatkan keadaan. Kadang-kadang CN ada juga bawak buku dan mainannya, tapi biasalah bila lupa bawak mainan nya, gadget la pembantu terbaik CN !
Bagaimana dengan anda, adakah gadget juga pembantu anda dalam menguruskan anak?

Anak bujang CN yang sulung ni memang kuat merajuk. Berbanding dengan adiknya Dhia Zahra yang agak cekal, si abang ni terlebih manja. Memang perangainya macam CN, nak perhatian dan terlebih manja. Inilah rupanya bila dia merajuk, tengok kamera pun tak mau tau. Menjerit-jerit marah.
Gambar bawah ni masa CN ugut dia nak campak dalam sawah padi, sepenuh hati dia tarik tangan CN ! Takut la tuh..hehe
Gambar bawah ni masa CN ugut dia nak campak dalam sawah padi, sepenuh hati dia tarik tangan CN ! Takut la tuh..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar Irfan ni ketika cuti CNY yang lalu. Bila tengok je gambar ni, dengan automatik Irfan akan request "Mama, Irfan nak pergi umah tokwan !"
Amboi nak, "Hang ingat dekat umah tokwan tu Irfan oii, Irfan tido bangun balik tido balik pun tak sampai lagi tau." Hehehehe..
Masa balik kampung CNY ritu Irfan merungut jauh sangat umah tokwan, tapi seronok sebab mak sedara semua melayan dia. Ni request lagi nak balik kampung. Kita tengoklah cuti nanti macam mana ye.
Amboi nak, "Hang ingat dekat umah tokwan tu Irfan oii, Irfan tido bangun balik tido balik pun tak sampai lagi tau." Hehehehe..
Masa balik kampung CNY ritu Irfan merungut jauh sangat umah tokwan, tapi seronok sebab mak sedara semua melayan dia. Ni request lagi nak balik kampung. Kita tengoklah cuti nanti macam mana ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak bujang CN si Irfan Hensem tu memang suka sangat kicap macam ayahnya. Tak ada kicap memang tak berselera makan tau dua orang kesayangan CN ni. Jadi kesimpulannya, MESTI ada kicap di rumah ! Oleh sebab kedua-dua mereka pencinta kicap, apa-apa masakan berasaskan kicap memang menjadi kegemaran. Bawah ni adalah masakan ikan masak kicap pedas. CN guna cili blender instead of cili padi sebab anak bujang nak makan.
Anak bujang CN ni pandai request tau, "Mama, Irfan nak makan ikan kicap pedas!" Bila dia dah request tu, kenalah masak ye. Nanti merajuk pulak.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lama tak minum Chatime ni. Dekat area rumah CN tak ada, kalau nak kena pergi AEON Bukit Tinggi sana nun. Kebetulan masa balik kampung, terjumpa kedai Chatime ni dekat Mydin Mall, apa lagi terus order hazelnut chocolate dan cappucino. Hmm...nyummy..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika anda pembaca setia blog cekgunorazimah.com, pasti anda tahu kisah CN yang menjadi mama weekend kerana bekerja di KL dan Irfan Hensem ketika itu tinggal bersama ibu dan adik CN iaitu Mak Uda Irfan. Dari kecil membesar dengan Mak Uda, sememangnya Irfan Hensem amat manja dengan Mak Uda nya yang kini menyambung pelajaran di USM Penang. Tengoklah gambar di bawah, kemain mesra gituww..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila ditanya "Irfan belajar apa dekat sekolah harini?". Pasti jawapannya, Irfan belajar alif ba ta !. Hokay, memang hari-hari Irfan belajar Iqra'. Semoga cepat pandai ye sayang....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ehem! Minggu depan merupakan anniversary perkahwinan CN dan Encik Suami yang ke-6. Ikut perancangan, kami akan dating berdua dan terpaksa tinggalkan budak berdua yang super aktif ni dengan Opah dan Mak Ngah Mijah. Ala, kasi la can untuk mama dengan ayah dating berdua pulok kan?
Ke manakah destinasi kami? Nantikan next entry ye. Fully sponsored tau. Alhamdulillah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Macam biasa soalan CN dan Encik Suami bila ambil Irfan dari sekolah adalah "Irfan belajar apa dekat sekolah harini?"
Irfan cakap, harini Irfan belajar sembahyang. Walaupun Irfan selalu ikut CN dan Encik Suami sembahyang, tapi dia masih belum pernah belajar secara formal. Kalini Irfan sembahyang ramai-ramai dengan kawan.
CN : Seronok tak sembahyang ramai-ramai dengan kawan-kawan?
Irfan : Seronok !!!
CN : Alhamdulillah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ehem ! Bagaikan BOSS pulak gambar anak bujang CN sorang ni. Gambar ni Irfan sendiri yang minta CN ambilkan tau. Dah pandai suruh-suruh CN ambilkan gambar lagi bila jumpa port yang menarik. Nampaknya didikan dari kecil untuk menjadi model www.cekgunorazimah.com telah berjaya CN terapkan pada Irfan Hensem ! Heheheh...
Irfan Hensem bagaikan BOSS |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan & Dhia Zahra kadang-kadang rapat macam belangkas, tapi bila bergaduh, dah macam anak kucing bergaduh duk auww auww si Dhia Zahra tu. Almaklumlah, tak boleh bercakap lagi. Menjerit la yang dia pandai. Si Abang Irfan pun memang suka menyakat. Lagi si adik menjerit, lagi si abang duk sakat !
Inilah permata hati CN. Merekalah racun dan merekalah penawar. Rasa sejuk je hati bila tengok gambar ni. Seronok tengok ikatan adik beradik antara mereka. CN percaya pasti ramai mak-mak diluar sana yang rasa apa yang CN rasa kan?

Hari-hari soalan yang sama keluar dari mulut CN dan juga Encik Suami iaitu "Irfan belajar apa dekat sekolah harini?".
Ok, Irfan cakap dekat sekolah dia belajar main 'playdoh'. Gambar main playdoh tu tak ada pulak cikgunya ambil. Tapi dalam group wasap ibubapa ada gambar kawan-kawan Irfan main playdoh tu. Irfan cakap dia buat huruf A dengan playdoh tau. Kemain suka dia bercerita...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amy Search? Siapa? Rasanya itu yang berada di fikiran Irfan Hensem & Dhia Zahra. Terkebil-kebil dorang tengok ayah dan atuk yang sangat eksited dapat berjumpa dengan lagenda rock iaitu Amy Search.
CN? Its ok, i tukang ambil gambar je. Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~