Mama vs Mak Uda

August 25, 2013

Salam Syawal..

Rutin CN seperti biasa, mengajar di sekolah ternama di KL dan IB ditinggalkan bersama EA di Kuala Langat. Keputusan pertukaran guru masih tidak memihak kepada CN. InsyaAllah, CN yakin pasti suatu hari saat bersama keluarga akan tiba juga. Cuma waktu dan ketika belum diketahui. Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui.

Ramai yang bertanya, CN tak rindu ke anak yang ditinggalkan di kampung? Gila tak rindu ! Hanya orang yang berada di tempat CN yang tahu perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak dan suami di kampung sedangkan CN mencari beberapa suap nasi untuk diri sendiri..

Kalau ikutkan hati, memang tak tahan menanggung rindu dekat IB dan EA. Kadang2 terfikir gak untuk resign, nk buat bisnes. Tapi JIWA CN pada dunia pendidikan. Terfikir gak nk resign n mengajar di Kolej MCS dekat Banting tu, takpun dapat offer mengajar dekat Kolej Cosmopoint dekat Klang. Tapi ramai yang menahan sebab jadi CIKGU ni banyak kelebihan berbanding kelemahan. 

Seperti yang pembaca blog CN ketahui, sebelum ni IB dijaga oleh arwah mak mertua. Namun selepas 'pemergian' beliau, ibu kandung CN yang tinggal di Banting take over jaga IB. Ada orang bertanya, kenapa tak bawak IB tinggal di KL jer, kan banyak nursery. Serius, tak sanggup hantar anak dekat orang yang bukan darah daging.Tak tahu macam mana gaya dorang jaga anak kita. Lagipun banyak kes baby mati di nursery. Ya ALLAH, CN sanggup berjauhan dengan IB asalkan tahu orang yang menjaga IB confirm2 sayang IB dan menjaga dengan penuh kasih sayang !

Adik CN yang sambung lower 6 dekat SMK Teluk Datok, Banting pon tnggal bersama ibu. Ramai yang cakap muka kitorang sama sampai kan IB pon boleh 'melekat' dekat Mak Uda nya kalau CN takde. Sekarang kalau CN di KL, IB menumpang kasih pada Mak Uda / Kak Iz yang wajahnya mirip mama IB tersayang ! Sampaikan Kak Iz pergi sekolah pon IB nk ikot tau ! Siap menangis panggil "maa maa maa". Sian betul budak kurang kasih sayang mak bapak ni ! 

Tapi takper, walaupun berjauhan, CN yakin IB happy bersama Mak Uda merangkap mak angkat kesayangannya ! Mohon pembaca2 blog CN yang makin meningkat hari demi hari ni mendoakan semoga CN dapat bertukar ke Selangor secepat mungkin. Jasa anda semua dikenang ....

IB dan Mak Uda beraya bersama. 

Cer tengok sikit kat mana IB landing kepala tu? Manja betul budak ni dekat Mak Uda nya, masa demam siap memerap nk Mak Uda dukung lagi !

IB & Mak Uda ! CN sayang u all ! IB jangan 'buli' Mak Uda sangat2 tahu, jenuh mama pujuk Mak Uda banjer Pizza Hut, kalau tiap2 minggu Pizza Hut, bankrup ler mama ! Ahaksz~

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. sabar ye CN...krole doakan moga permohonan pindah CN tu diluluskan cepat InsyaAllah...krole sebagai seorang ayah faham perasaan CN berjauhan dengan anak ni...sdangkan krole kalo terpisah setengah hari pun dah lain mcm je rasanya inikan pla CN...huh! mmg kuat semgat CN...moga Allah sentiasa permudahkan urusan CN kat sana~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mr. krole..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2 nya..

      Delete
  2. dgn penjelasan CN ni barulah el tahu keadaan sebenarnya..sabarlah CN setiap pengorbanan CN tu insyallah suatu hari nanti akan mendapat manafaat..dan el doakan smoga CN dpt bertukar dan tinggal bersama keluarga tersayang..mujur ada ibu CN dan adik CN yg iras muka CN dpt mejaga IB tu..xpelah tumpang kasih sekejap kat diorg sementara CN mencari rezeki di sana...biar susah2 dulu insyallah senang2 kemudian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, terima kasih el..doakan la yer..moga doa2 rakan2 yang membaca entry CN ni dimakbulkan Allah S.W.T

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.