Sayang mereka kuat2 !
Salam mesra..
Sempena anniversary CN & Encik Suami yang kebetulan jatuh pada hari cuti sempena Tahun Baru Cina, Encik Suami dengan sukacita membawa kami anak beranak makan angin di Bagan Lalang, Sepang. Walaupun jarak dari rumah ke Bagan Lalang tak lah sejauh KL ke Bagan Lalang, CN tak pernah ke sini. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini.
Pantainya cantik dan tenang jer. Berbanding Pantai Morib yang meriah dengan orang ramai, Pantai Bagan Lalang ni sesuai untuk bersantai sebab tak berapa ramai orang ke sini. Kebanyakannya adalah pelancong asing yang menginap di Sepang Gold Coast yang agak dasyat harga bermalamnya. Yela, paling murah pun RM500 semalam ! Rugi2....hehe
Ada pelbagai aktiviti menarik ada disini. Tapi CN dan Encik Suami cuma bergambo2 dan lepastu balik dan makan di Banting sahaja. Tak teringin lak nk makan di Pantai Bagan Lalang ni sebab dalam kepala duk terbayang chicken chop sedap di Juvita ! Ahaks ~
Encik Suami bajet bujang di Pantai Bagan Lalang
CN dan Irfan yang kemain excited berlari-lari di pantai
Budak kecik excited
Mama & Irfan ! Omel tak kitorang ? Hehehe
" Wah ! Canteknya ! " Kata Irfan sambil mengangkat kedua belah tangannya tanda awesome
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.