Daun sireh : Sumber Google
Resepi untuk atasi bau badan : Salam Syawal.... Surirumah pasti sibuk di dapur bila tetamu tak putus kunjung tiba. Pasti badan akan berbau dengan pelbagai bau. Perfume sahaja pasti tak cukup untuk menghilangkan bau tersebut. Tahukah anda bahawa bau badan juga boleh diatasi secara dalaman melalui minuman? Bagaimanakah caranya ? Sangat mudah !
Cara-caranya :
Rebus daun sireh bersama beberapa kuntum bunga kenanga. Didihkan ia sehingga air tinggal separuh. Setelah itu, tapis dan campurkan sedikit gula merah. Minum campuran ini sebanyak 2 kali dalam seminggu. Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~