Usaha dan tawakal itulah yang disarankan di dalam agama Islam. Setelah berusaha, bertawakal lah kepada Allah S.W.T. dengan mengamalkan doa untuk mendapat zuriat ini. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.
Doa untuk mudah hamil
Doa untuk mendapat zuriat |
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Panduan Warna Pakaian Mengikut Hari
Warna memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan aura si pemakai. Banyak pakar psikologi & motivasi mencadangkan beberapa pilihan warna mengikut hari untuk memberi impak yang berbeza. Disini CN kongsikan panduan warna pakaian mengikut hari dan psikologi yang dikongsi oleh page facebook Fizo Omar.
Warna Hijau Untuk Hari Jumaat
Hijau merupakan lambang dan keseimbangan dalam kehidupan. Selain itu,ia juga mampu memberi pengisian untuk diri anda. Cantik pulak tengok emerald green seperti model dibawah ni pakai. Memang mampu menyerlahkan penampilan anda di hari jumaat yang mulia ini.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Amalan Rezeki Melimpah Tidak Pernah Habis
Amalan yang sangat mudah untuk dibuat. Jom kita amalkan, insyaAllah, semoga rezeki kita semua tidak pernah habis dari Allah SWT.
Amalkan :
1. Baca Subhanallah 33 kali
2. Baca Alhamdulillah 33 kali
3. Baca Allahuakbar 33 kali
4. Baca "Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad" 33 kali
Selamat beramal
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kesilapan Berhari Raya
Sememangnya hari raya adalah masa untuk semua orang bergembira. Tetapi sedarkah kita bahawa dalam keseronokan berhari raya, kita telah melakukan 8 kesilapan berhari raya yang tanpa sedar telah kita lakukan.
8 Kesilapan Semasa Berhari Raya
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam duk berseronok beraya, jangan lupa diet supaya perut yang slim semasa Ramadhan maintain slim yer. Cara paling senang kembali ke berat badan asal setelah berhempas pulas makan rendang, masak lodeh, nasi dagang dan pelbagai makanan yang berLEMAK adalah dengan puasa 6. CN cedok artikel menarik dari SINI. Sememangnya puasa 6 ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya.
Keistimewaan puasa 6 |
3 Keistimewaan Puasa 6
1. Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun
: Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi S.A.W menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah S.W.T sebanyak 10 kali ganda.
: Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadhan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan! Puasa 6 hari Syawal digandakan 10 bersamaan 60 hari dan bersamaan 2 bulan. Oleh itu, puasa Ramadhan ditambah 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.
2. Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada bulan Ramadhan
: Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan puasa 6 hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan yang terdapat padanya.
3. Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain
: Dengan mensyariatkan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat 6 hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan yang akan datang.
Wallahualam..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salah satu kasih sayang Allah SWT
" Salah satu kasih sayang Allah SWT terhadapmu adalah ketika Dia menutupi keaiban dirimu "
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Perkara yang kekal
Apa yang kamu makan akan habis
Apa yang kamu pakai akan lusuh
Apa yang kekal hanyalah apa yang kamu sedekahkan.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~