Siapa tahu..
Anak yang sangat nakal akan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti & menjadi anak yang taat pada ibu bapanya.
Siapa tahu..
Lambat kahwin sebenarnya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenar-benarnya.
Siapa tahu..
Ujian & musibah yang kita tanggung sehingga membuat kita rasa letih, sehingga kita rasa lemah, Allah berikan hikmah yang kita tidak pernah duga..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Anak-anak yang mendahulukan ibu bapa dalam kehidupan seharian dijamin rezekinya ada di mana-mana....
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita, tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)
" Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya Segala urusan kami)".
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
" Kadangkala seseorang menasihati dirimu bukan kerana dia bijak,
tetapi kerana dia pernah mengalami masalah yang sama "
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kita tak mampu untuk menutup mulut orang lain dari bercakap perkara yang buruk tentang diri kita...
Namun kita mampu menutup mulut kita dari bercakap perkara yang buruk tentang orang lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Manusia memuji kamu kerana amal zahir kamu namun kamu lebih mengetahui batin (diri) kamu yang banyak dosa dan lalai pada Allah, oleh itu janganlah kamu merasa bangga dengan pujian kebaikan terhadap kamu. Namun sentiasalah merasakan orang lain lebih baik daripada kamu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~