"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu.
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu."
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Siapa tahu..
Anak yang sangat nakal akan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti & menjadi anak yang taat pada ibu bapanya.
Siapa tahu..
Lambat kahwin sebenarnya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenar-benarnya.
Siapa tahu..
Ujian & musibah yang kita tanggung sehingga membuat kita rasa letih, sehingga kita rasa lemah, Allah berikan hikmah yang kita tidak pernah duga..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Anak-anak yang mendahulukan ibu bapa dalam kehidupan seharian dijamin rezekinya ada di mana-mana....
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita, tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)
" Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya Segala urusan kami)".
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
" Kadangkala seseorang menasihati dirimu bukan kerana dia bijak,
tetapi kerana dia pernah mengalami masalah yang sama "
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kita tak mampu untuk menutup mulut orang lain dari bercakap perkara yang buruk tentang diri kita...
Namun kita mampu menutup mulut kita dari bercakap perkara yang buruk tentang orang lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Manusia memuji kamu kerana amal zahir kamu namun kamu lebih mengetahui batin (diri) kamu yang banyak dosa dan lalai pada Allah, oleh itu janganlah kamu merasa bangga dengan pujian kebaikan terhadap kamu. Namun sentiasalah merasakan orang lain lebih baik daripada kamu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Syeikh Abu al-Hasan asy-Syazili berkata:
- Kalau kamu ingin selamat dari kejahatan manusia, lazimlah membaca surah an-Nas
- Kalau kamu ingin benar dalam percakapan lazimlah membaca surah al-Qadar
- Kalau kamu mahu rezeki seperti hujan lazimlah membaca surah al-Falaq
- Kalau kamu mahu lepas dari kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan lazimlah beristifar
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Semangat pagi !
Semoga pagi ini penuh barakah & senyuman...
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Amalan Rezeki Melimpah Tidak Pernah Habis
Amalan yang sangat mudah untuk dibuat. Jom kita amalkan, insyaAllah, semoga rezeki kita semua tidak pernah habis dari Allah SWT.
Amalkan :
1. Baca Subhanallah 33 kali
2. Baca Alhamdulillah 33 kali
3. Baca Allahuakbar 33 kali
4. Baca "Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad" 33 kali
Selamat beramal
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~