Hb Rendah Ketika Kehamilan
Hb rendah ataupun kekurangan sel darah merah sering dialami oleh wanita hamil dan amat bahaya jika dibiarkan berterusan. Mengikut World Health Organization (WHO), Hb rendah iaitu di bawah paras 11 g/dL dikategorikan kepada 3 peringkat.
Peringkat Hb Rendah
Ringan : Hb 9 - 11 g/dL
Sederhana : Hb 7 - 9 g/dL
Teruk : Hb kurang daripada 7 g/dL
Faktor Hb Rendah
1. Ibu yang hamil lagi dalam tempoh yang singkat
2. Hamil anak kembar
3. Mengalami muntah terlalu kerap dan alahan mengandung yang teruk
4. Ibu yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
5. Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum hamil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil
6. Ibu yang hamil pada usia remaja
7. Ibu mempunyai sejarah anemia
8. Ibu yang mengambil alkohol ketika hamil
Faktor utama CN mengalami Hb rendah semasa check up bulan lepas iaitu 10.8 adalah kerana faktor nombor 4. CN kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Apakah makanan yang kaya dengan zat besi ini? Next entry CN akan berkongsi pula dengan anda cara mengatasi Hb rendah ini. Tunggu ye...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berpantang Selepas Bersalin Versi Tradisional & Moden
Seiring dengan peredaran zaman, cara berpantang selepas bersalin juga mengalami evolusi. Banyak pantang larang nenek moyang kita diketepikan dan dimodenkan. Tidak salah mengikut peredaran zaman, tetapi cara tradisional ada juga yang sangat bermanfaat dan mesti diamalkan sekarang.
Seperti pengalaman CN ketika berpantang masa Irfan dulu, CN gabungkan cara tradisional dan moden kerana terdapat beberapa kaedah tradisional yang tidak sesuai dengan CN. Mujur arwah mak mertua yang menjaga CN ketika itu sangat memahami dan supportive. Tempoh berpantang tidak 'menakutkan' seperti yang sering diuar-uarkan.
Jom kita lihat perbezaan berpantang selepas bersalin dulu & kini.
1. Tradisional : Bersama suami selepas 100 hari
Moden : Bersama suami selepas 30 hari
[ Ini penting ye, 100 hari je dear. Relax la. Ini untuk memastikan supaya sistem kewanitaan kita betul-betul telah sembuh dan sedia untuk bekerja ! ]
2. Tradisional : Berehat secukupnya
Moden : Sibuk dengan media sosial
[ Ini memang CN ikut cara moden sebab sudah terbiasa dengan media sosial. Almaklumlah, kononnya CN ni kan media social influncer. Itulah cara CN nak dapat duit lebih...hehe ]
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
Moden : Keluar rumah selepas 2 minggu
[ Cara tradisional 40 hari kerana bayi terlalu kecil untuk berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Biarlah si kecil di rumah je. Pengalaman CN sendiri walaupun Irfan di rumah sahaja, itu pun terkena batuk sampai menjadi pneumonia dan terpaksa 'bercuti' di hospital 14 hari dalam tempoh berpantang ]
4. Tradisional : Menyusukan bayi
Moden : Memberi susu formula
[ Sememangnya tidak dinafikan bahawa susu ibu itu adalah rezeki masing-masing. Bukan semua orang mampu menyusukan anaknya. Tapi sayang seribu kali sayang jika anda diberi rezeki susu yang banyak, tetapi 'malas' untuk diberikan kepada si kecil atas faktor sibuk dan takut perubahan fizikal badan. Hello ! CN mampu maintain selim selepas bersalin sampai Irfan umur 2 tahun sebab full breastfeed. Kalori terbakar dengan banyak bila anda menyusukan bayi anda. Tak perlu workout tau.. ]
5. Tradisional : Bengkung herba
Moden : Bengkung moden
[ CN pilih bengkung herba kerana lebih panjang dan kain tahan lasak. Lagi pun masa memakai bengkung herba ini, boleh bermanja dengan Encik Suami minta dia pakaikan. Yela, orang lelaki bila pakaikan memang best sebab ikatan lagi kuat..haip ! 100 hari jangan lupa ye...hehe ]
6. Tradisional : Minum air akar kayu/jamu
Moden : Minum kolagen
[ Ok, ini CN mengalah. Memang CN pilih minum kolagen yang lagi sedap dan mudah. Air jamu CN cuma minum air pegaga+kunyit hidup masa hujung berpantang je. Air akar kayu langsung tak sentuh sebab Irfan terberak-berak bila CN minum air ni. Yela, masa tu menyusukan si kecil, jadi jika tidak serasi, si kecil yang akan kena. ]
7. Tradisional : Bertungku
Moden : Ubat-ubatan
[ CN gabungkan bertungku dengan menggunakan batu sungai yang dicari oleh ayah mertua bersama supplemen dari Shaklee. Memang superb ! ]
8. Tradisional : Memakai tempel/herba
Moden : Memakai barut/minyak urut
[ Ini pun CN gabungkan je sebab tidak boleh selalu pakai herba di perut dan dahi. Berbintik-bintik perut CN dek kepanasan herba tu. Losyen mustajab memang sahabat terbaik menggantikan herba ini. ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kehamilan Minggu ke-14
Pejam celik pejam celik, kehamilan CN dah masuk minggu ke-14. Ini bermakna CN telah memasuki fasa trimester kedua. Alhamdulillah, mabuk-mabuk yang dasyat lagi-lagi mabuk sampai muntah tengok laptop telah berakhir. Masih lagi mabuk, tapi telah banyak berkurang. Jika sebelum ini CN langsung tak boleh bau tumisan masakan menyebabkan CN tidak boleh memasak, kini CN dengan bahagia boleh memasak masakan idaman hati.
Perut CN pula membesar dengan jayanya walaupun baru 14 minggu. Berat pulak sudah mencecah 56 kg ! Pergh ! Dasyat juga mengandung kali ini. Berat naik dengan cepat. Masa mengandungkan Irfan dulu, CN cuma naik 10kg je, kali ini tak tahu la berapa kg nak naik. Its ok, lepas bersalin wajib workout untuk kembalikan berat badan asal 48 kg ! Mampukah? Hehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kehamilan Tanpa Janin
Kehamilan Tanpa Janin ataupun Blighted Ovum terjadi apabila persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku namun embrio terbentuk gagal berkembang menjadi janin.
Jika dalam budaya Melayu biasanya disebut bayi 'hilang' dalam kandungan sedangkan pada awalnya memang tiada bayi walhal hormon b-hCG tetap dikeluarkan, ujian UPT menjadi positif tetapi kehamilan berakhir dengan keguguran. Ia dikaitkan dengan hormon tidak seimbang.
Memang menakutkan, tetapi itulah kepentingan ujian ultrasound diawal kehamilan untuk menentukan 'kewujudan' bayi di dalam kandungan.
Berikut merupakan tanda-tanda kehamilan tanpa janin :
1. Walaupun mengalami Brighted Ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan, misalnya tidak datang bulan dan ujian UPT positif
2. Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran seperti kejang perut (seperti senggugut), pendarahan faraj dan haid yang lebih banyak dari biasa
3. Janin tidak berkembang apabila anda tidak merasakan adanya gerakan janin. Meskipun janin tidak berkembang terjadi kehamilan trimester pertama, ia tidak menutup kemungkinan terjadinya trimester kedua dan ketiga
4. Hilang alahan. Jika janin tidak berkembang anda tidak lagi mengalami mual dan muntah selama tempoh kehamilan minggu pertama
5. Namun tidak semua pendarahan pada trimester pertama berakhir dengan keguguran. Ada juga kes di mana doktor akan menasihatkan untuk datang selepas dua hingga tiga minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal scan) dan ada sesetengah kes di mana janin dapat dikesan baru berkembang. Banyakkan berdoa dan pengambilan suplemen serta makan berkhasiat adalah perkara yang baik.
Sumber : Majalah Wanita Januari 2015
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Avokado Untuk Wanita Hamil
Avokado merupakan buah yang bebas kolestrol, mempunyai kandungan sodium, vitamin & mineral termasuk folat, potasium & lemak yang sihat untuk jantung. Disebabkan kandungan pelbagai mineral dalam buah ini, disarankan supaya wanita hamil mengambil hidangan ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam tempoh kehamilan. Dah makan lebih pun takper. Lagi2 sedap jika dibuat jus. Perghh !
Berikut merupakan kelebihan mineral dalam avokado untuk wanita hamil :
1. Kandungan FOLAT yang jauh lebih banyak daripada buah2 lain
: Penting untuk wanita hamil dari segi kesihatan sel & tisu janin terutamanya ketika janin sedang membesar
2. Kandungan POTASIUM yang tinggi
: Dapat mengimbangi elektrolit tubuh badan yang sememangnya penting ketika tahap jumlah darah wanita hamil yang mengandung meningkat kepada 50%
3. Kandungan Vitamin B6
: Meningkatkan sistem imun dan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amalan Baik Untuk Ibu Hamil
Sememangnya ibu hamil perlu melakukan amalan-amalan yang baik supaya kandungan yang dikandung mendapat tempiasnya. Bacaan Al-Quran dan zikir oleh ibu hamil amat digalakkan dalam Islam supaya anak yang dikandung mendengarnya selain melindungi kandungan dari 'benda-benda' yang tidak baik.
Berikut merupakan amalan baik yang digalakkan dilakukan oleh ibu hamil :
1. Banyakkan zikir dan istifar.
2. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas 3 serta ayat kursi selepas solat dan sebelum tidur.
3. Khatam Al-Quran dimana bukan fokus kepada beberapa jenis surah sahaja.
4. Banyak membaca kalimah “Laa haula walaa quwwata illaa billaah”
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Surah-surah Amalan Ibu Mengandung
Dah macam blog kehamilan pulak asyik cerita tentang hamil je kan? Jangan la bosan ye wahai pembaca tersayang www.cekgunorazimah.com. Anda masih lagi berada di blog CN yang berniche lifestyle. Dah empunya blog sedang hamil, jadi banyaklah perkongsian tentang kehamilan. Boleh dijadikan panduan ye. CN sengaja simpan dalam blog agar mudah dicari nanti. Almaklumlah, CN memang sangat obses dengan blog sendiri. Jadi apa-apa tips pun kalau boleh biar semua dalam blog ni ! Hah gituewww
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Doa Untuk Mudah Bersalin
Sememangnya proses bersalin adalah berbeza untuk setiap orang. Ada yang mudah proses bersalinnya dan ada juga yang sukar seperti CN. Inilah cabaran menjadi seorang ibu. Disini CN kongsikan kepada bakal-bakal ibu dan juga sebagai panduan kepada CN yang akan bersalin InsyaAllah tahun depan agar dipermudahkan dengan izin Allah SWT.
Doa Untuk Ibu Mengandung
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kat bawah ni aku huraikan 5 tanda akan bersalin. Banyak lagi
tanda-tanda lain, tapi sebab banyak report kena siapkan minggu ni gak, ini
sahaja yang dapat aku kongsikan.
Selamat membaca..[wink]
1. Air Ketuban Pecah
2. Kontraksi Yang Kuat dan Teratur
3. Pengeluaran Bendalir
Selamat membaca..[wink]
5 Tanda Anda Akan Bersalin
CN ketika mengandungkan anak ketika. 37 minggu ketika ini |
1. Air Ketuban Pecah
[Waktu aku bersalin dulu, air ketuban
dipecahkan oleh doktor..bukan pecah sendiri. Menurut kajian, hanya 8% wanita hamil akan
mengalami air ketuban pecah sebelum mereka kontraksi. Apabila air ketuban telah
keluar, ini bermakna proses bersalin hampir dekat..jeng..jeng..jeng]
2. Kontraksi Yang Kuat dan Teratur
[Walaupun kontraksi merupakan tanda awal hendak
bersalin, kebanyakan wanita mengalami kontraksi palsu atau Braxton Hicks. Aku
kena bnda alah palsu ni lepas berjalan-jalan pusing Banting shoping untuk raya.
Rasa sakit perut yang amat sangat, tapi tak kerap. 13/8 pegi hospital, doktor check belum masa
untuk bersalin. Tapi dapat MC..hehe..actually, memang tak larat nak keje
minggu2 last nak bersalin tu.]
3. Pengeluaran Bendalir
[Sepanjang kehamilan, serviks anda akan menjadi
rapat dan dipenuhi dengan mukus. Ia merupakan keadaan semulajadi untuk protect
baby daripada jangkitan kuman. Tapi bila hampir nak bersalin, mukus akan keluar
sama ada dalam bentuk cecair atau tompok likat. Macam aku, keluar darah dulu
masa 16/8. Sehari sebelum bersalin. Sebab keluar darah tu la aku ajak En. Hubby
pegi hospital serah diri. Mak mertua aku cakap, menurut orang tua-tua … bila
kuar darah dulu sebelum pecah ketuban, di panggil kembar darah. Hal ini
kemungkinan disebabkan aku yang suka mandi malam masa preggy. Ek? Kadang-kadang
cakap orang tua-tua ni ada betulnya..aku ni jer yang degil taknak dengar
cakap..hehe]
4. Mengalami Cirit-Birit
[Pada bahagian awal proses kelahiran
bermula, tubuh anda mula membebaskan prostaglandis iaitu sejenis hormon yang
menyebabkan uterus menguncup dan membantu melembutkan serta membuka serviks.(kalau
salah nama hormon tolong maafkan yer). Tapi hormon ni gak boleh merangsang
usus-usus lalu menyebabkan anda mengalami cirit-birit yang kerap. Part ni memang betul. Masa 2 minggu nak
bersalin tu, aku memang kerap ke toilet. Bukan awal pagi mcm biasa tu tau,
tengah2 malam ke 3 pagi camtu. Bayangkan tengah best2 tidur tiba-tiba terjaga sebab
nak berak. Giler ! Itulah yang aku kena penangan Irfan dah ke bawah sangat.]
5. Belakang Badan Mulai Sakit
5. Belakang Badan Mulai Sakit
[Sepanjang preggy memang selalu rasa sakit
belakang, tapi bila dah nak bersalin, rasa sakit makin menjadi-jadi. Selalu minta
hubby urutkan. Tapi orang tua cakap jangan urut belakang badan kuat sangat takut
muka anak lebam. Orang tua-tua cakap muka baby kat belakang badan ibu, kalu
urut kuat sangat, tu yang bila baby kuar muka biru2. Waallahualam..]
Harus diingat, setiap orang mempunyai tanda yang berbeza.
Bergantung kepada badan individu itu sendiri. Ada orang sakit kejab terus
bersalin. Cam aku seminggu gak sakit baru leh bersalin. Isnin pegi hospital
tapi bukaan baru 2 cm, so doktor suruh balik. Hari khamis datang balik, bukaan
still 2 cm, tapi sebab sakit sangat, kena la admit. Jumaat tu baru ler kuar
budak bambam comei lote tu..
Selamat Bersalin !!