7 persoalan kenapa perlunya vaksin
Zaman sekarang ibubapa moden semakin bijak dan mempunyai pelbagai pendapat sendiri tentang kepentingan vaksin kepada si kecil. Terdapat kumpulan sokongan ibubapa di facebook yang menyatakan TIDAK untuk vaksin atas pelbagai alasan. Yang paling biasa didengari adalah "orang dulu-dulu tidak ambil pun vaksin, kenapa boleh hidup lama dan sihat je?."
Perlu diingat, terdapat banyak perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. Jika anda berpendapat bahawa si kecil tidak perlukan vaksin atas alasan hendak disamakan dengan orang dulu-dulu. Jawab dulu persoalan dibawah ini :
1. Adakah anda mengambil makanan organik seperti orang dulu-dulu?
2. Adakah anda menghirup udara yang bersih seperti zaman dulu-dulu?
3. Adakah anda menggunakan dapur kayu untuk memasak?
4. Adakah anda pasti bahawa ayam kampung yang anda makan yang konon-kononnya organik benar-benar tidak makan dedak?
5. Adakah anda pasti sayur organik yang dibeli di pasar benar-benar organik?
6. Adakah anda tidak pernah membawa si kecil berjalan-jalan di shoping complex yang semestinya mempunyai ramai orang?
7. Adakah sumber air minuman anda benar-benar tiada campuran bahan kimia?
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh diutarakan untuk mereka yang terlalu 'taksub' mengatakan tidak untuk vaksin ini. Kemon ibubapa yang bijak-bijak diluar sana, sesungguhnya banyak perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. Kita tidak boleh samakan anak kita di zaman ini dengan zaman dulu.
Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak daripada ancaman pelbagai penyakit berbahaya dengan membina ketahanan tubuh untuk melawan jangkitan. Ketahanan tubuh kepada sesuatu penyakit akan diperoleh melalui dua cara iaitu hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan dan badan membina antibodi kepadanya dan satu lagi adalah menerusi antibodi yang diperoleh melalui imunisasi.
Pentingnya imunisasi ini yang diberikan secara PERCUMA oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengapa perlu mengatakan tidak??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara Ubati Bayi Demam Secara Semulajadi
Demam pertama Irfan adalah ketika masih dalam pantang iaitu berumur sebulan lebih. Memang pengalaman ngeri bagi CN kerana ekoran demam tersebut Irfan diserang pneumonia dan admit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang selama 7 hari.
Memang menakutkan bila bayi kecil demam. Apa-apa boleh terjadi. Jadi bila rasa suhu bayi agak panas, cubalah kaedah cara ubati bayi demam secara semulajadi hasil perkongsian page facebook OHBULAN!. Setiap ibubapa WAJIB ada termometer untuk memantau suhu badan anak tau.
Ubati Bayi Demam Secara Semulajadi
Apabila anak demam atau badan sudah terasa dedar perkara berikut boleh dilakukan :
1) Mandikan bayi anda dengan air suam bercampur dengan hirisan lemon yang telah diramas2. Biarkan anak berendam dalam tub.
2) Biarkan bayi anda dalam pakaian yang nipis. Bayi apabila demam, tak digalakkan untuk dipakaikan pakaian tebal. Sesekali jerlum kepala bayi dengan air hirisan lemon.
3) Air mandian dan hirisan lemon boleh ditambah dengan Epsom Salt yg boleh diberi di farmasi. Epsom Salt ni terlalu banyak sangat kebaikan dia. Murah. Tak rugi membeli.
4) Bila bayi anda tidur, boleh pakaikan anak dengan lemon socks yg mana stokin tersebut direndam dengan air lemon dan dimasukkan sedikit hirisan lemon didalam stokin tersebut utk diletakkan di tapak kaki dan tumit. Bila stokin kering, basahkan lagi dan pakai pada kaki bayi.
5) Jangan lupa letakkan hirisan bawang merah dalam bekas kecil dan letakkan jauh sedikit dari bayi. Bawang merah adalah sangat bagus digunakan ketika bayi demam/batuk/selsema kerana fungsinya yg bertindak sebagai penyerap virus2 di udara.
P/S : Jerlumlah kepala bayi anda sekerap mungkin untuk hilangkan panas badannya. Nampak renyah tapi itu lebih baik dari bergantung kepada ubat doktor utk bayi yg masih kecil
2) Biarkan bayi anda dalam pakaian yang nipis. Bayi apabila demam, tak digalakkan untuk dipakaikan pakaian tebal. Sesekali jerlum kepala bayi dengan air hirisan lemon.
3) Air mandian dan hirisan lemon boleh ditambah dengan Epsom Salt yg boleh diberi di farmasi. Epsom Salt ni terlalu banyak sangat kebaikan dia. Murah. Tak rugi membeli.
4) Bila bayi anda tidur, boleh pakaikan anak dengan lemon socks yg mana stokin tersebut direndam dengan air lemon dan dimasukkan sedikit hirisan lemon didalam stokin tersebut utk diletakkan di tapak kaki dan tumit. Bila stokin kering, basahkan lagi dan pakai pada kaki bayi.
5) Jangan lupa letakkan hirisan bawang merah dalam bekas kecil dan letakkan jauh sedikit dari bayi. Bawang merah adalah sangat bagus digunakan ketika bayi demam/batuk/selsema kerana fungsinya yg bertindak sebagai penyerap virus2 di udara.
P/S : Jerlumlah kepala bayi anda sekerap mungkin untuk hilangkan panas badannya. Nampak renyah tapi itu lebih baik dari bergantung kepada ubat doktor utk bayi yg masih kecil
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahaya Cincin Berlian
Cincin emas kuning atau putih yang mempunyai batu berlian timbul seketul amat bahaya buat ibu yang mempunyai anak kecil.
Cincin berlian yang menggoda bukan milik CN..
Kenapa cincin berlian bahaya?
Ini kerana jika anda lalai, anda mampu melukakan kulit si kecil dengan cincin anda ! Bayangkan jika anda memakai cincin dengan batu berlian sebesar biji kurma, kemudian anda mendukung si kecil, kebarangkalian batu berlian anda yang besar gedabaq itu menggores kulit si kecil amat tinggi !
Bukan ibu yang mempunyai anak kecil sahaja, guru-guru juga tidak digalakkan memakai cincin berlian jika anda merupakan kategori guru kesayangan yang akan dicium tangannya oleh pelajar setiap hari.
Hal ini terbukti kerana CN sendiri pernah menggores kulit wajah pelajar dengan cincin berlian cenonet je. Itu baru cenonet, kalau besar biji kurma alamat berdarahlah kulit wajah pelajar CN !
Oleh itu hindarilah memakai cincin berlian ketika anda menjaga si kecil atau ketika berada di sekolah.
p/s : Cincin berlian cenonet telah disimpan rapi kerana tidak muat dek ketembaman jari yang melampau akibat preggy kali kedua ini. Oleh itu marilah kita berjemaah tidak memakai cincin berlian ye....hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ibubapa yang sering bergaduh
anak menjadi ganas & panas baran
Ibubapa sering sedekah
hati anak akan lembut
Ibu tidak meninggalkan solat
anak mudah mendapat hidayah
Ibu sering membaca al-quran
dapat anak yang bijak
Ibu mengawal emosi
anak soleh & pandai mengawal keadaan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam aktiviti SINI, CN ada berkongsi tentang aktiviti Irfan & Aqila mengecop bakteria jahat. Disebabkan mereka berdua suka mengecop tangan dengan cop bakteria jahat tu, CN sediakan coloring book RM2 untuk mereka luahkan kekreatifan mereka. Kulit buku yang warna putih menjadi sasaran Irfan & Aqila mengecop bakteria jahat. Kebetulan dalam buku tu pun ada sticker, jadilah aktiviti mengecop & melekat sticker.
Hasilnya??
Seperti gambar di atas. Cantik pulak tengok keje budak 3 & 2 tahun ni kan? Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mengajak lebih baik dari memberi arahan
Elakkan dari memberi arahan kepada anak-anak sebaliknya mengajak mereka melakukan bersama-sama. Anak-anak kecil akan menjadi lebih teruja dan lebih bersemangat jika ibu bapa sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang mereka lakukan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Perkembangan Kanak-Kanak 2 - 3 Tahun
Menjadi seorang mama kepada si kecik yang aktif memang menjadi idaman setiap wanita. Walaupun penat melayan kerenah si Irfan yang semakin aktif, itulah racun & madu buat CN. Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun 3 bulan umur Irfan. Baby ESP CN ni semakin keletah berkata-kata dan attention seeker di rumah ! Sangat2 manja..mungkin nak balas dendam sebab setahun dia menjadi anak weekend. Bila mamanya di depan mata, memang pulun habis2 buli mama ! Irfan..Irfan...
CN terjumpa artikel menarik tentang perkembangan kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun di Wannura Terapi. Nak share dengan pembaca tersayang dan sebagai rujukan untuk CN di kemudian hari. Senang tau nak cari apa2 semua ada dekat blog sendiri...hehe
Cawan Dr.Brown yang best kaler purple kini menjadi milik Irfan ! Kemain suka #IrfanHensem ni dapat cawan baru.
Apa yang best cawan Dr.Brown ni adalah air tidak menitik keluar jika diterbalikkan. Bermaksud, Irfan boleh minum dalam cawan sambil baring. Yeah !
CN dalam proses nak berhentikan botol susu dekat Irfan, Sebelum ni dah ada cawan berstraw dari Tupperware. Tapi tak boleh bawak tidur. Dengan cawan Dr.Brown ni, even terbalik atas tilam pun tak basah. Bestnyer !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Troli keretapi di Jusco Bukit Tinggi hanya boleh dapat kalau datang masa weekday jer, kalau weekend? Jangan harap la..huhu
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Assalamualaikum..
Angin Monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur dan menyebabkan banjir di sesetengah tempat turut melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam sahaja, hujan turun sepanjang hari menyebabkan CN dan ramai lagi orang dijangkiti virus Influenza. Irfan lagi dasyat, bukan sahaja selsema tapi turut disertai batuk yang teruk !
Disebabkan Irfan pernah Pneumonia, CN jadi takut bila Irfan batuk. Masa Irfan admit di Hospital TAR Klang sebab Pneumonia, doktor pernah bagitau CN perbezaan antara batuk biasa dengan batuk semput. Jika anak kecil anda batuk semput/sukar bernafas, anda perlu lihat 3 Tanda berikut :