Alhamdulillah, hari ini genaplah 44 hari berpantang. Adakah sudah merdeka sepenuhnya? No, no ! Cuma merdeka boleh keluar je, tapi makan masih perlu berpantang lagi. Tak boleh bedal semua tau. Konon-konon sudah merdeka, CN belasah makan mempelam sikit. Najitahnya, menggigil badan kesejukan. Dah tak pasal-pasal berjaket di siang hari. Amik ko ! Hehehe
44 hari Dhia Zahra |
Sempena hari ke 44, CN mengurut sengkak sebagai penutup kepada hari berpantang. Dhia Zahra pula bersunat hari ini. Serius, ini pengalaman pertama CN tengok baby girl kena sunat. Scary tau ! Pada mulanya CN nak lari tak sanggup nak tengok, tapi mak bidan minta CN pegangkan kaki si kecik ni sebab dia asyik kepit2 je, macam tau-tau nak kena potong ye dik? Disebabkan anak CN nombor 2 ni baby girl, dia punya menjerit kesakitan tu hover tau berbanding abang dia. Kena inject pun melalak lebih, Irfan dulu relax je..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~