Ok, hari cuti ni meh kita layan apps Doupai Face bersama anak bujang yang dah macam-macam akalnya. Mengekek ketawa CN dan Irfan Hensem bila duk edit-edit muka dekat apps Doupai Face ni. Paling kelakar bila muka ayah dia duk berjoget pelik, seronok tau main apps ni. Try la, download dekat Google Play je.
Apps Doupai Face di Google Play |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bayi sememangnya tidak pandai berkata-kata untuk meminta sesuatu. Cuba anda perhati pada tahap mana tanda-tanda bayi anda lapar. Suka sangat tengok baby Dhia pada tahap lapar, comel sangat ! Bak kata Irfan Hensem, macam mulut burung ! Sememangnya tahap pertama tanda-tanda bayi anda lapar adalah dengan memuncungkan mulutnya mencari puting. Tapi awas, apabila sudah sampai tahap super lapar, mengamuklah si kecik tu dan perlu dipujuk baru diberi susu.
p/s: Tapi kan, CN suka sangat dengar suara baby menangis, sedap sangat ! Lemak-lemak mendayu je suara dia taww..
Kenali tanda-tanda bayi anda lapar |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ramai ibu yang menyusukan anak diluar sana risau akan susu yang mungkin merudum ketika berpuasa. Tidak terkecuali CN yang sudah mempunyai 2 anak. Walaupun Irfan dulu CN berjaya menyusukan dia sampai 3 tahun, perasaan risau akan susu yang tidak cukup tu mesti ada tau. Sebenarnya makanan milk booster ni bergantung kepada badan masing-masing. Macam CN, makanan milk booster CN adalah antara 10 jenis makanan yang CN akan kongsikan di bawah ini.
Anda boleh cuba 10 makanan milk booster cadangan CN ini untuk membanyakkan susu ketika di bulan Ramadhan.
10 Makanan Milk Booster
Makanan milk booster |
1. Durian
: CN pernah cuba makan durian ketika menyusukan Irfan dulu, memang berkesan sebagai milk booster tau. Susu bukan sahaja banyak, malah pekat pulak tu. Tapi untuk Dhia ni belum cuba lagi. Hmm..dekat mana nak cari durian murah ye? Hehehe
Makanan milk booster |
2. Air barli
: Ketika bersahur cuba minum air barli suam, bukan sahaja sedap malah boleh membanyakkan susu.
Makanan milk booster |
3. Halba (fenugreek)
: Halba ini adalah sejenis rempah yang biasa dimasukkan di dalam kari. Kari akan menjadi bertambah sedap bila dimasukkan halba ini. Bukan itu sahaja, susu badan juga akan bertambah-tambah tau.
Makanan milk booster |
4. Bendi
: Sayur faveret CN ni bukan sahaja elok untuk otak, malah bertindak sebagai milk booster. Sedapnya bila digoreng pedas ! Hmm
Makanan milk booster |
5. Kurma
: Makanan sunnah ini adalah salah satu milkbooster yang wajib anda makan ketika berbuka puasa kan? Bukan sahaja memberi tenaga selepas berpuasa sehari, ianya juga bertindak sebagai milkbooster. Jadi jangan lupa makan kurma ketika bersahur juga ye.
Makanan milk booster |
6. Tempe
: CN suka sangat tempe goreng rangup-rangup. Lagi-lagi digoreng pedas, boleh meratah je sambil tengok running man tau !
Makanan milk booster |
7. Susu kambing
: Dari preggy CN dah amalkan minum susu kambing ni. Alhamdulillah, dapat menyusukan kedua-dua anak sebaik sahaja dilahirkan.
Makanan milk booster |
8. Susu soya
: Semestinya puasa lebih bertenaga dengan pengambilan ESP, bukan sahaja membanyakkan dan memekatkan susu, ianya juga memberi tenaga untuk wanita kerjaya macam CN ni. ESP ni CN dah amalkan sejak menyusukan Irfan lagi dan terus consume sampai sekarang kerana kesannya yang awesome. Paling penting adalah susu soya pada ESP ni adalah non-gmo.
Makanan milk booster |
9. Sawi
: Sayur wajib ada masa berpantang. Bukan sahaja sedap malah sawi ini juga sebagai milk booster tau.
Makanan milk booster |
10. Chocolate
: Milkbooster paling sedap dan paling tiada masalah untuk dimakan ! Hehehe
Anda juga boleh cuba pelbagai milk booster dari The Baby Store seperti :
1. The Milk Story-Choc Dates : Kurma berbalut chocolate. Memang sedap ! Sangat sesuai dimakan selepas menyusukan anak sebab masa tu memang ketaq lutut kelaparan ! Hehehe
2. The Milk Story-Oat Cookies : Tak suka kurma? Oat cookies ni memang sedap dan rangup. Tak sedar dah terlebih makan sebab sedap sangat !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baby Dhia dah 2 bulan, lagi 4 bulan si bambam ni dah boleh makan makanan pejal. Disini CN jumpa resepi makanan bayi dari facebook. Saje tempek di blog supaya senang nak refer nanti. Kalau simpan dalam hp, confirm hilang ! Hah ! Kalau nak cari resepi makanan bayi 6 bulan, search je dalam blog CN ni, senang hidup ! Heheheh
Resepi Makanan Bayi : Bubur Ikan Tenggiri & Sayuran |
Resepi Makanan Bayi : Bubur Ikan Tenggiri & Sayuran
Bahan-bahan
1/2 pot beras putih
2 sudu beras perang
Isi ikan tenggiri
Kentang
Kobis bunga
Daun bawang
Cara-cara
1. Masak beras perang, beras putih, ikan tenggiri dan kentang. Masak hingga menjadi bubur.
2. Masukkan kobis bunga dan daun bawang.
3. Kisar halus mengikut kesesuaian bayi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kesan Jangka Panjang Menengking Anak
Perkara biasa bagi ibubapa untuk menengking anak jika hilang sabar dengan keletah mereka. Almaklumlah, kanak-kanak sedang membesar memang banyak kerenahnya. CN sendiri tidak terkecuali ter'tengking' Irfan bila hilang sabar. Lagi-lagi sekarang dengan kehadiran Dhia, lagi la Irfan nak kan perhatian lebih dari mamanya.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat kesan buruk dalam jangka panjang jika anak itu sering ditengking oleh ibubapanya? Ingatlah, anak itu adalah anugerah dari Allah SWT, didiklah mereka dengan penuh kesabaran kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Kalau terlepas tertengking anak itu perkara biasa, tetapi jangan diamalkan setiap hari ye.
Kesan buruk menengking anak |
5 Kesan Buruk Akibat Menengking Anak
1. Kesan serta merta kepada otak anak |
Kesan buruk menengking anak |
2. Anak akan kurang percaya diri |
Kesan buruk menengking anak |
3. Anak akan lambat pikap dan negatif |
Kesan buruk menengking anak |
4. Mengganggu kesihatan pendengaran dan jantung anak |
Kesan buruk menengking anak |
5. Anak akan meniru sifat yang sama |
Kesan buruk menengking anak |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
10 tips ibu menyusu kekal cergas di bulan Ramadhan
Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah:
1. Cukup rehat
Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.
2. Pengambilan air
Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.
3. Mengepam pada waktu malam
Jika anda tiada masa untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.
4. Jangan stress jika susu kurang
Anda rasa susu anda berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply". Sentisa berfikiran positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.
5. Pengambilan Milk Booster.
Anda boleh cuba menggunakan milk booster seperti Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.
6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein
Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
7. Amalkan Madu atau VCO
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. VCO atau Minyak Kelapa Dara seperti D'Aura juga amat sesuai untuk ibu menyusu.
8. Jangan Abai Sahur
Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
9. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
10. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Maintain Susu Badan Ketika Berpuasa
Bulan puasa tidak lama lagi. CN pasti ramai ibu yang menyusukan anak risau susu akan drop bila berpuasa. Begitu juga dengan CN, perasaan risau itu memang tidak dapat dielakkan walaupun sudah anak kedua. Disini CN kongsikan tips dari Coach Asiah dari page facebooknya iaitu Buku Bank Susu 2000 oz cara untuk maintain susu badan ketika berpuasa. Semoga bermanfaat buat semua.
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
1. Fleksibelkan Waktu Pam
: Ini untuk memastikan at the end of the day anda dapat kumpul stok untuk keperluan baby. Pam la maca mana cara sekalipun sama ada nak tandem ke nak pam kejap2 ke lama2 ke terpulang. Jangan lupa pastikan kekerapan pam tu mesti lebih drp jadual pam sekarang. Cam best gak extend pam belah petang bawak ke lepas berbuka pose. Dapat lebih byk!!! kena pandai adjust waktu pam. Pam tak kira waktu tapi bilangan sesi pam mesti sama atau lebih takleh kurang. Bila kurang pam baru susu drop & makesure 1 sesi mesti kosongkan kan breast
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
2. Minum Air Masak Suam
: Minum air suam setiap 1 jam. Lakukannya selepas berbuka sampai waktu tidur. Air suam dapat meningkatkan hormon oksitosin & mempercepatkan proses penyerapan zat yang diperolehi daripada makanan yang kita ambil ketika berbuka puasa. Jadi sesi pagi nanti kita boleh dapat lebih banyak susu.
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
3. Banyakkan Makan Kurma
: Makan kurma 5 biji & ke atas. Kurma mengandungi karbohidrat & zat besi yang sangat tinggi. Bila kita makan banyak ia dapat menyediakan sukatan yang mencukupi untuk penghasilan susu setiap sesi pam di samping membekalkan tenaga sepanjang hari.
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
4. Direct Feed Sebelah Sahaja
: Mommies boleh bermula selepas maghrib sampai sesi pam pertama esok pagi. Teknik ini dilakukan selang seli kanan dan kiri setiap malam. Waktu malam selepas berbuka mommies boleh tambah menu yang berasaskan bijirin gandum, soya atau tenusu seperti milo, susu, oat, nestum, biskut bijirin & roti wholegrain. Ini bertujuan untuk mengekalkan kuantiti bahan mentah yg cukup untuk diproses oleh prolaktin bagi menghasilkan kuantiti susu yg cukup walaupun hanya sebelah side shj.
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
5. No Ice !
: AMARAN BAHAYA!!!
Walaupun puan berbuka macam2 jenis makanan TAPI disebabkan minum BANYAK AIS hasil akanberkurangan walaupun anda amalkan pemakanan dalam point 5 pada waktu malam. Ais amat merbahaya untuk ibu menyusu kerana ia mengelakkan zat diserap sepenuhnya oleh badan kita.
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
6. Bangun Sahur
: Sahur jangan skip tau sebab nak cover hasil untuk petang nanti. Menu berbuka pula akan cover yang sesi malam & pagi. Jika mommies x lalu nak makan nasi, Mommies boleh banyakkan makan menu yang berasaskan bijirin, gandum, oat dan soya.
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
7. Keluarkan Susu Sehingga Rasa Kosong
: Walaupun anda menyusukan baby direct tapi anda ada skip pam, susu masih drop juga unless bila tiba waktu pam anda susukan pada kedua-dua breast hingga kosong. Nak tau rasa betul2 kosong tu.. lepas pam cara marmet. Kalau susu masih memancut lebih 5 minit semasa marmet.. Maknanya masih belum kosong dan pam kurang sesuai. Jadi directfeed anak anda kerana hisapan bayi dapat betul2 mengosongkan.
8 Tips Maintain Susu Ketika Berpuasa |
8. Makan Makanan Sunnah
: Amalkan juga pemakanan sunnah seperti susu kambing, madu & habbatussauda kerana ia mengandungi tinggi zat yang diperlukan untuk penghasilan susu. Makanan sunnah juga dapat membekalkan tenaga ketika berpuasa.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. CN amat rekemen beri anak anda tonton Lagu Animasi ini, baby bawah setahun pun layan juga. Silap-silap mak bapak pun layan sekali. Memang layan betul. Semua lagu best. Sudah lebih 130 Juta Views di Youtube tau!
Tak Caya? Cuba Tengok Video dibawah.
Lagu Kalau Rasa Gembira
Lagu Chan Mali Chan
Lagu Lompat Si Katak Lompat
Haaa... layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends anak anda boleh tonton di Youtube dan Astro Ceria. Gerenti layan punyalah...
Ada yang nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh terus beli online di website The Baby Store . Ada Volume 1 dan Volume 2. Stok amat terhad.