Disini CN ingin kongsikan 7 cara Hasan Al Banna mendidik anak-anaknya untuk panduan CN dan juga ibu bapa diluar sana. Sebenarnya cara-cara mendidik anak gaya Hasan Al Banna ini sering kita amalkan, cuma kurang istiqamah. Semoga kita semua menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita, InsyaAllah.
7 Cara Mendidik Anak-Anak Yang Terbaik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baby Shark doo doo doo doo doo
Baby Shark doo doo doo doo doo
Adoii ! Irfan punya keje la sampai CN pun terpengaruh dengan lagu ni. Serius comel betul lagu ni siap boleh menari tau ! Liriknya pun simple dan sangat comel ! Jom kita menyanyi sambil menari lagu Baby Shark ni ! Weeeee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ok, hari cuti ni meh kita layan apps Doupai Face bersama anak bujang yang dah macam-macam akalnya. Mengekek ketawa CN dan Irfan Hensem bila duk edit-edit muka dekat apps Doupai Face ni. Paling kelakar bila muka ayah dia duk berjoget pelik, seronok tau main apps ni. Try la, download dekat Google Play je.
Apps Doupai Face di Google Play |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bayi sememangnya tidak pandai berkata-kata untuk meminta sesuatu. Cuba anda perhati pada tahap mana tanda-tanda bayi anda lapar. Suka sangat tengok baby Dhia pada tahap lapar, comel sangat ! Bak kata Irfan Hensem, macam mulut burung ! Sememangnya tahap pertama tanda-tanda bayi anda lapar adalah dengan memuncungkan mulutnya mencari puting. Tapi awas, apabila sudah sampai tahap super lapar, mengamuklah si kecik tu dan perlu dipujuk baru diberi susu.
p/s: Tapi kan, CN suka sangat dengar suara baby menangis, sedap sangat ! Lemak-lemak mendayu je suara dia taww..
Kenali tanda-tanda bayi anda lapar |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ramai ibu yang menyusukan anak diluar sana risau akan susu yang mungkin merudum ketika berpuasa. Tidak terkecuali CN yang sudah mempunyai 2 anak. Walaupun Irfan dulu CN berjaya menyusukan dia sampai 3 tahun, perasaan risau akan susu yang tidak cukup tu mesti ada tau. Sebenarnya makanan milk booster ni bergantung kepada badan masing-masing. Macam CN, makanan milk booster CN adalah antara 10 jenis makanan yang CN akan kongsikan di bawah ini.
Anda boleh cuba 10 makanan milk booster cadangan CN ini untuk membanyakkan susu ketika di bulan Ramadhan.
10 Makanan Milk Booster
Makanan milk booster |
1. Durian
: CN pernah cuba makan durian ketika menyusukan Irfan dulu, memang berkesan sebagai milk booster tau. Susu bukan sahaja banyak, malah pekat pulak tu. Tapi untuk Dhia ni belum cuba lagi. Hmm..dekat mana nak cari durian murah ye? Hehehe
Makanan milk booster |
2. Air barli
: Ketika bersahur cuba minum air barli suam, bukan sahaja sedap malah boleh membanyakkan susu.
Makanan milk booster |
3. Halba (fenugreek)
: Halba ini adalah sejenis rempah yang biasa dimasukkan di dalam kari. Kari akan menjadi bertambah sedap bila dimasukkan halba ini. Bukan itu sahaja, susu badan juga akan bertambah-tambah tau.
Makanan milk booster |
4. Bendi
: Sayur faveret CN ni bukan sahaja elok untuk otak, malah bertindak sebagai milk booster. Sedapnya bila digoreng pedas ! Hmm
Makanan milk booster |
5. Kurma
: Makanan sunnah ini adalah salah satu milkbooster yang wajib anda makan ketika berbuka puasa kan? Bukan sahaja memberi tenaga selepas berpuasa sehari, ianya juga bertindak sebagai milkbooster. Jadi jangan lupa makan kurma ketika bersahur juga ye.
Makanan milk booster |
6. Tempe
: CN suka sangat tempe goreng rangup-rangup. Lagi-lagi digoreng pedas, boleh meratah je sambil tengok running man tau !
Makanan milk booster |
7. Susu kambing
: Dari preggy CN dah amalkan minum susu kambing ni. Alhamdulillah, dapat menyusukan kedua-dua anak sebaik sahaja dilahirkan.
Makanan milk booster |
8. Susu soya
: Semestinya puasa lebih bertenaga dengan pengambilan ESP, bukan sahaja membanyakkan dan memekatkan susu, ianya juga memberi tenaga untuk wanita kerjaya macam CN ni. ESP ni CN dah amalkan sejak menyusukan Irfan lagi dan terus consume sampai sekarang kerana kesannya yang awesome. Paling penting adalah susu soya pada ESP ni adalah non-gmo.
Makanan milk booster |
9. Sawi
: Sayur wajib ada masa berpantang. Bukan sahaja sedap malah sawi ini juga sebagai milk booster tau.
Makanan milk booster |
10. Chocolate
: Milkbooster paling sedap dan paling tiada masalah untuk dimakan ! Hehehe
Anda juga boleh cuba pelbagai milk booster dari The Baby Store seperti :
1. The Milk Story-Choc Dates : Kurma berbalut chocolate. Memang sedap ! Sangat sesuai dimakan selepas menyusukan anak sebab masa tu memang ketaq lutut kelaparan ! Hehehe
2. The Milk Story-Oat Cookies : Tak suka kurma? Oat cookies ni memang sedap dan rangup. Tak sedar dah terlebih makan sebab sedap sangat !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baby Dhia dah 2 bulan, lagi 4 bulan si bambam ni dah boleh makan makanan pejal. Disini CN jumpa resepi makanan bayi dari facebook. Saje tempek di blog supaya senang nak refer nanti. Kalau simpan dalam hp, confirm hilang ! Hah ! Kalau nak cari resepi makanan bayi 6 bulan, search je dalam blog CN ni, senang hidup ! Heheheh
Resepi Makanan Bayi : Bubur Ikan Tenggiri & Sayuran |
Resepi Makanan Bayi : Bubur Ikan Tenggiri & Sayuran
Bahan-bahan
1/2 pot beras putih
2 sudu beras perang
Isi ikan tenggiri
Kentang
Kobis bunga
Daun bawang
Cara-cara
1. Masak beras perang, beras putih, ikan tenggiri dan kentang. Masak hingga menjadi bubur.
2. Masukkan kobis bunga dan daun bawang.
3. Kisar halus mengikut kesesuaian bayi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kesan Jangka Panjang Menengking Anak
Perkara biasa bagi ibubapa untuk menengking anak jika hilang sabar dengan keletah mereka. Almaklumlah, kanak-kanak sedang membesar memang banyak kerenahnya. CN sendiri tidak terkecuali ter'tengking' Irfan bila hilang sabar. Lagi-lagi sekarang dengan kehadiran Dhia, lagi la Irfan nak kan perhatian lebih dari mamanya.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat kesan buruk dalam jangka panjang jika anak itu sering ditengking oleh ibubapanya? Ingatlah, anak itu adalah anugerah dari Allah SWT, didiklah mereka dengan penuh kesabaran kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Kalau terlepas tertengking anak itu perkara biasa, tetapi jangan diamalkan setiap hari ye.
Kesan buruk menengking anak |
5 Kesan Buruk Akibat Menengking Anak
1. Kesan serta merta kepada otak anak |
Kesan buruk menengking anak |
2. Anak akan kurang percaya diri |
Kesan buruk menengking anak |
3. Anak akan lambat pikap dan negatif |
Kesan buruk menengking anak |
4. Mengganggu kesihatan pendengaran dan jantung anak |
Kesan buruk menengking anak |
5. Anak akan meniru sifat yang sama |
Kesan buruk menengking anak |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~