Salam mesra..
10 sebab kenapa si kecil memberontak menjadi tajuk entry CN kali ini. Ini kerana Si kecil Irfan makin membesar dengan perangai yang sangat mencabar kewibawaan CN. Biasalah, dengan students di sekolah, CN boleh bersabar dari memukul sebab anak orang, tapi dengan anak sendiri ni, laju jer tangan membabap ! Memang menyesal lepas babap dia, tapi itulah, tindakan spontan ! hehehe
Irfan ni perangai dia, kalau dia marahkan kita atau tak puas hati dengan kita, dia akan mencampakkan apa sahaja barang yang ada depan dia. Sebab tu pinggan dan cawan kaca sudah banyak berderai sebab si kecik ni ! Ramai cakap Irfan memberontak sebab dia membesar tanpa CN disisi, yela, dulu kan CN di KL dan Irfan di kampung bersama nenek. Jumpa pun hujung minggu. Maybe sebab nk balas dendam, dia selalu memberontak dengan mama nya. Aduhai si anak...
CN terjumpa artikel tentang sebab kenapa si kecil memberontak untuk pengetahuan diri sendiri sebagai seorang mama dan juga untuk perkongsian bersama pembaca tersayang.
10 sebab kenapa si kecil memberontak