Buffet Ramadhan Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan 2019 | Antara tempat steamboat & grill kegemaran CN adalah D'Kayangan Steamboat & Grill. Kali ini CN berbuka puasa pulak bersama family kecil makan sedap di sana. Serius masih sedap , banyak pilihan & sudah tentu sentiasa ramai orang. Kalau anda ingin berbuka puasa di sana, CN cadangkan untuk tempah terlebih dahulu sebab masa CN ke sana, setiap meja fully booked tau. Lagi-lagi masa tu cuti Hari Wesak, fuh, padat dengan manusia. Tapi jangan risau, walaupun manusia ramai tapi makanan sentiasa ada & sentiasa di topup.
DKayangan Steamboat & Grill tidak pernah mengecewakan |
Buffet Ramadhan Steamboat BBQ D'Kayangan
Paling best sudah tentu Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan ini menawarkan lebih 150 jenis hidangan. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai
kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Faveret kami sekeluarga sudah tentu tomyam. Rasa kuah tomyamnya pedas. Mujur Irfan & Dhia memang jenis makan pedas, menambah-nambah dorang makan tau.
Antara menu Buffet Ramadhan di D'Kayangan Steamboat & Grill ini adalah aneka seafood, aneka steambot, aneka grill, live cooking kambing bakar, live cooking roti john, live cooking char kuey teow basah, nasi arab, nasi beriani, pasta bolognese, ayam masak merah, aneka masakan panas, aneka kek, aneka kuih melayu, dessert ABC & ice cream. Ada juga aneka buah-buahan serta rojak dengan 6 jenis minum, 15 jenis sos, sup tomyam & ayam. Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet Ramadhan kali ini seperti hirisan ikan segar bersama sos air asam, ikan pari assam nyonya yang diperap dalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan juga 12 jenis aiskrim termasuk perisa oreo dan mint sebagai pencuci mulut.
Nasi beriani yang wajib dicuba |
Live cooking kambing bakar uolss |
Antara menu Buffet Ramadhan di D'Kayangan Steamboat & Grill ini adalah aneka seafood, aneka steambot, aneka grill, live cooking kambing bakar, live cooking roti john, live cooking char kuey teow basah, nasi arab, nasi beriani, pasta bolognese, ayam masak merah, aneka masakan panas, aneka kek, aneka kuih melayu, dessert ABC & ice cream. Ada juga aneka buah-buahan serta rojak dengan 6 jenis minum, 15 jenis sos, sup tomyam & ayam. Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet Ramadhan kali ini seperti hirisan ikan segar bersama sos air asam, ikan pari assam nyonya yang diperap dalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan juga 12 jenis aiskrim termasuk perisa oreo dan mint sebagai pencuci mulut.
Pilihan yang tersedia tentunya udang, ketam, kupang, kepah, kerang,
sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran,
aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat
juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas,
Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo
dan macam-macam lagi. CN suka Sos Yong Tau Foo yang pedas-pedas gituw, memang puas hati.
Antara pilihan seafood yang segar |
Antara pilihan seafood yang segar |
Antara pilihan seafood yang segar |
Menu grill juga mempunyai pelbagai pilihan dengan perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah.
Pilihan bahan perapan untuk grill |
Antara bahan perapan untuk grill |
Antara dessert yang menggoda |
Antara pilihan dessert |
Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600
orang dalam satu masa iaitu seramai 300 orang dibahagian penghawa dingin dan
450 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti tandas, surau
perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Memang sesuai sangat untuk aktiviti seperti makan besar bersama keluarga, sambutan birthday serta jamuan korporat.
Tukang masak kesayangan CN |
Harga Buffet Ramadhan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan yang berbaloi
Harga buffet Ramadan yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 39.90 nett bagi dewasa untuk. Manakala RM 19.50 bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Hah, kanak-kanak bawah 4 tahun PERCUMA ye. Tiada bayaran tambahan untuk refill sup tau. Dengan bayaran tersebut, anda akan dapat lebih 200 hidangan yang menyelerakan termasuk masakan panas, live cooking station, dessert station serta steamboat&grill.
Hubungi D'Kayangan Steamboat&Grill untuk tempahan:
https://api.whatsapp.com/send?phone=60122971091
https://api.whatsapp.com/send?phone=60176274015
Facebook : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Instagram : D'Kayangan Steamboat
Jom ke Buffet Ramadhan Steamboat BBQ D'Kayangan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~