Tarikan terbaru i-City iaitu Immersive Winterland seolah-olah anda berada di pengembaraan magical winterland❄️
Apa kata cuti sekolah ni bawa anak-anak ke Immersive Winterland i-City. Rasa seperti di alam magical. Pastikan anda datang dengan berpakaian putih atau rona cerah, confirm gambar akan superb 📸
Tarikan Menarik di Immersive Winterland i-City
Ada banyak tarikan disini 👇
✅ Immersive Ski & Snowball Simulator
: Rasai pengalaman seolah-olah bermain ski ais dan bebola salji dengan permainan interaktif ini. Jangan lupa bergambar di 'istana' salji tau!
✅ 360° Immersive Explorer (5D cinema)
: Pengalaman seolah-olah jatuh gaung memang real. Berdebar-debar jantung! Ops, ibu mengandung, pesakit jantung dan kanak-kanak bawah 100cm tidak dibenarkan masuk kesini ye.
✅ Haiwan purba 'hidup' seperti T-Rex & mammoth
: T-Rex dan mammoth seolah-olah hidup, memang best! Oh ya, ada tangan gorilla yang sudi menyambut anda untuk bergambar. Jangan lupa pegang skrin di dinding untuk lihat surprise magical!
✅ Blossom Odyssey (tempat favorite CN untuk bergambar)
: Tempat kegemaran para wanita untuk bergambar dan bervideo. Memang tenang je disini. Seolah-olah berada di alam lain. Sementara anak-anak bermain di playland, berlama-lama la para mama di sini!
Harga tiket ImmersiveWinterland i-City
Harga tiket ❄️
Dewasa: RM45
Kanak-kanak: RM35
Lokasi ImmersiveWinterland i-City
Venue: Level UG, CityWalk.
Operation Hours: 10 am - 11 pm 🕙
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
#icity #themeparksk #arts #immersiveexperience #winter #virtualrealityart #PrehistoricPlanet #citywalk #OneShahAlamOneDestination #icitymalaysia #icitythemepark