Salam mesra..
Lama sangat rasanya CN tak terjah blog Meriahuoll, ala...blog Kak Senduk yang sempoi tu ! Kalau baca blog Kak Senduk ni, mmg berdekah-dekah ketawa sebab kesempoian dan ke'telus'an penulisannya. Banyak2 entry, CN terpikat dengan entry Anak Makcik Paridah Buat Hevoc. CN setuju dengan pendapat Kak Senduk tu. Soalan CN di sini :
Adakah tudung berjenama mahal mampu meningkatkan status si pemakai?
Adakah tudung berjenama mahal mampu membuat si pemakai bertambah cantik?
Adakah tudung berjenama mahal mampu memenuhi tuntutan syariat?
Jika sebelum ni, kecoh dengan tudung Ariani yang paling murah pun kalau lepas diskaun RM60. Kini tudung Fareeda pula menjadi tumpuan apabila ramai orang sanggup berkhemah tunggu turn nak masuk butik ! Memang dasyat ! Serius, CN masuk butik Ariani pun takut2, memang tak pernah lagi lalu depan butik Fareeda ni.
Apa pun pilihan anda, sama ada tudung berjenama mahal atau tudung pasar kemboja, itu hak anda. Bagi CN, asalkan berkenan di hati dan selesa di pakai, harga bukan ukuran. Untuk penutup entry, layan jela tudung bawal ala Fareeda dari CN ! hehehe..
~ Setuju dengan entry ini ? Klik G+ & LIKE fb ~