Susu Kambing Iqeel Sedap
Bila sebut susu kambing, CN akan terbayang bau susu yang masyam dan amat perit untuk lalu ditekak. Tapi CN terpaksa hadam sebab susu kambing adalah terbaik untuk ibu mengandung. Tapi itu pengalaman dulu semasa mengandungkan Irfan. Kini CN dah jumpa susu kambing yang sedap dan tak ada bau masyam pun. Bagi dekat Irfan, dia pun suka!
Apakah jenama susu kambing pilihan CN?
Mestilah Susu Kambing IQeel !
Selepas penat main buble, apa kata rehat sebentar dengan makan aiskrim sambil CN & Encik Suami boleh dating kejab ! Hehe
Eh ! Afiq kat bawah ni pun nak gak tau, tapi sebab awak tu baby lagi, makan kon aiskrim jela yer sayang.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pantai Morib
CN memang suka sangat tengok pantai. Rasa tenang jer dengar bunyi ombak tu. Pergh ! Dah macam jiwang lak yer, hehehe.
Pantai paling dekat rumah adalah Pantai Morib. Sambil melayan si kecil main buble, sambil menenangkan fikiran selepas penat bekerja dengan memandang laut sambil memegang tangan Encik Suami ! Ops !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mengapa Jambatan Kedua Pulau Pinang dibina bengkak-bengkok?
Cikgu Fizik : Dari segi gelombang
Cikgu Agama : Telah ditakdirkan begitu
Cikgu Matematik : Dari segi kos
Cikgu Geografi : Dari segi tiupan angin
Cikgu Cina : Dari segi feng shui
Cikgu KH : Dari segi kekukuhan binaan
Cikgu PJK : Kekuatan menyerap hentakan
Cikgu Sivik : Dari segi hubungan kekeluargaan bertambah erat bila dapat bersama lebih lama
Cikgu Norazimah : Google jer, semua jawapan ada ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fikir YANG BAIK_BAIK
Cakap YANG BAIK_BAIK
Minta YANG BAIK_BAIK
Sangka YANG BAIK_BAIK
InsyaAllah, yang datang nanti
semua YANG BAIK_BAIK
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Anda dah semak status SEO blog anda?
Sebelum ni CN memang tak terfikir untuk menyemak status SEO blog CN. Tapi family EFG yang menggalakkan untuk setiap ahli menyemak SEO blog. Jika terdapat masalah, sifu2 akan membantu. Alhamdulilah, keluarga EFG banyak membantu dari segi teknik berblogging ni. Banyak benda yang dikongsi dan saling menyokong antara satu sama lain. Masa mula2 CN semak SEO blog ni, markahnya pergh ! Kategori E tau ! Tapi selepas bantuan blogger Ewan iaitu salah seorang family EFG, alhamdulilah, CN kini memperoleh markah A+ !
p/s : PCL ada bagi tutorial cara nak dapatkan 100% untuk SEO di SINI
p/s : PCL ada bagi tutorial cara nak dapatkan 100% untuk SEO di SINI
#Throwback
Sedang Mak Uda Irfan si +Izzati Talib sedang tidur dengan lena, anak saudara yang aktif ni sempat hijack spek Mak Uda tau. Nampak jer dekat CN, terus snap gambo sebab nampak comey lak ! hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~