Garden Wedding
Jumaat lepas bertarikh istimewa iaitu 15/5/15, sepupu CN iaitu Ika telah melangsungkan perkahwinan bersama lelaki pilihannya. Memilih tema garden wedding, majlis ini diadakan di Galeri Shah Alam bersebelahan dengan Tasik Shah Alam. Majlis ini memang meriah dihadiri saudara mara dan rakan-rakan pengantin. Sampaikan nak makan pun kena beratur panjang..huhu
Ika memang cantik dengan dress putih. Sesuai sangat dengan tema garden wedding. Tapi sayang CN tak dapat bergambo banyak dengan pengantin sebab ramai sangat orang. Cukuplah satu gambo jer bersama pengantin buat bahan dalam blog. Lifestyle blogger katakan. Mestilah cerita kehidupan seharian kan? Hehe
Oklah, macam biasa, layankan jela gambo2 dari henpon murah CN ni. Kamera digital dah uzur, henpon jela penyelamat..
Haruslah bergambo bersama keluarga kecil CN. Irfan takmo senyum sebab dah mengantuk sangat tu. Selamat dia tak mengamuk
Irfan kemengantukan sebab kitorang gerak balik dalam pukul 10 lebih. Almaklumlah, bila dah jumpa sedara-mara, mana boleh balik awal.
Ibu si QilahFurqan kemain seronok kat belakang tu ! Dia dah warning CN jangan upload gambo ni, lagi dia warning lagi CN nak upload ! Hahahaha (gelak jahat)
Okaylah, akhir kata kepada sepupuku sayang Ika, semoga kekal bahagian hingga ke jannah. Awak tu dah jadi bini orang, behave tau, takmo nakal-nakal ! weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sambutan Hari Guru 2015
Alhamdulillah, sambutan hari guru SMKTPG pada tahun ini berjalan dengan meriah dan lancarnya dengan tema 'Back to School'. Boleh dikatakan 80% cikgu-cikgu sporting bergaya budak sekolah. Memang comel ! Pelajar yang datang pun terpinga-pinga confuse, 'betul ke cikgu aku ni?'.
Bagi CN, sambutan hari guru 2015 ni paling best sebab dah lama teringin nak pakai baju sekolah tau. Jeles tengok Nora Danish comey pakai baju sekolah dalam cerita Suami aku Ustaz tu. Akhirnya, setelah 12 tahun, CN kembali memakai baju sekolah ke sekolah ! Fuh ! Terus rasa muda dan perasan anak dara pulak ! Hehe
Paling best sekali mestilah menang Anugerah Guru Wanita Popular sesi pagi 2015. Tak sangka, Puteri Katak yang hidupnya mengadap laptop dan duduk tersorok di library (cikgu library katakan) dapat menang anugerah popular ni. Alhamdulillah, betapa besarnya pengaruh PT3 Geografi yer.
Guru-guru SMKTPG ni hampir 200 orang. Jadi, bila ada event dengan tema tertentu, mestilah meriah dengan pelbagai gaya cikgu-cikgu. Cuba tengok gambo di atas ni, kemain cikgu-cikgu. Kalah pelajar tau !
Gambar atas ni pulak adalah Cikgu Norimah iaitu Guru Angkat Kelas 3P, comel kan dengan baju sekolah baru beli lagi tau. Budak sekolah yang tengah duduk dekat belakang tu macam CN jer..hehe
Cikgu Ang pun sporting dengan baju sekolahnya. Cikgu Asmalina (tengah berdiri di depan) tu menang pakaian terbaik. Memang sebijik budak form 3 kawan CN sorang ni. Jeles i uolss.
Perkara wajib dalam entry CN mestilah menyelit gambo sendiri. Kemain bangga CN dengan baju sekolah pinjam dari Cik Zaty. Awal pagi sebelum ke sekolah, siap tanya Encik Suami lagi, "Abang, ada macam Nora Danish tak" dan Encik Suami dengan rela hati menganggukkan kepala tau. Pandai Encik Suami jaga hati CN ! Hehe
Antara hasil Sambutan Hari Guru 2015. Alhamdulillah...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Laporan UV/PV Blog
Laporan UV/PV blog bulan April cekgunorazimah.com adalah dari Google Analytic. Mulai bulan ini CN akan sentiasa membuat laporan uv/pv untuk memantau prestasi blog. Tiada niat untuk menunjuk yer, cuma sebagai perangsang kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan yang juga blogger part time bahawa anda mampu untuk maju dalam dunia blogging. Ini adalah prestasi blog CN untuk bulan April.
Alhamdulillah, CN masih menerima kunjungan pelawat yang konsisten setiap hari. Terima kasih banyak-banyak kepada pembaca blog www.cekgunorazimah.com yang tidak pernah jemu singgah ke blog CN.
Alhamdulillah, CN masih menerima kunjungan pelawat yang konsisten setiap hari. Terima kasih banyak-banyak kepada pembaca blog www.cekgunorazimah.com yang tidak pernah jemu singgah ke blog CN.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lagu Bunga Dhia
Drama Hati Perempuan telah sampai ke penghujungnya. Walaupun CN tak berapa tengok drama ni sebab asyik panas hati je bila tengok cerita ni, tapi CN follow lagu2 nya yang best. Antara OST Hati Perempuan yang melekat di halwa telinga CN adalah lagu Bunga Dhia oleh Aiman. Best sangat dengar lagu ni.
Pada mulanya CN ingat lagu ni lagu dari Sixth Sense, tapi rupanya orang lain iaitu Aiman. Siapa Aiman ? Nanti CN up entry tentang Aiman ye.
CN paling tergoda dengan lirik lagu Bunga Dhia ni, sangat sweet. Nak mintak Encik Suami nyanyikan la sambil petik gitar..hehe
Lirik Lagu Bunga Dhia - Aiman
Ku menunggu kamu
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia
Yang tercipta dari Dia
Waktu terus berguling
Dengan doa harapan
Kau didakapanku
Bunga kaulah cahaya
Bunga kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku
Ku menunggu kamu
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia
Yang tercipta dari Dia
Waktu terus berguling
Dengan doa harapan
Kau didakapanku
Bunga kaulah cahaya
Bunga kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku
Dhia kaulah cahaya
Dhia kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~