Niat Puasa Ramadhan
Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk beramal di bulan yang penuh barakhah ini. Disini CN berkongsi dengan anda niat puasa bulan Ramadhan bergambar untuk sehari dan sebulan yang mudah untuk disimpan di dalam henpon. Almaklumlah, bila nak puasa baru sibuk duk google niat puasa kan?
CN ingat lagi masa dekat UNIMAS dulu, bila nak puasa sibuk call ayah di kampung tanya niat puasa Ramadhan sebulan sebab tak hafal. Sekarang dah mudah, cuma Google dah jumpa jawapan.
Disini CN memohon kemaafan jika penulisan CN di dalam blog www.cekgunorazimah.com serta komen-komen di blog rakan blogger ada menyentuh perasaan yang bikin sakit hati, panas hati, tidak puas hati dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, CN tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Tapak Sulaiman
Dalam entry obor-obor besar gedabaq, CN ada bercerita tentang obor-obor yang telah mati terdampar di Pantai Bagan Lalang. di dalam sesungut obor-obor tu ada benda seperti gambar di atas. Ada lah dalam 4 ekor. Adik CN dengan konfiden cakap benda ini adalah tapak sulaiman.
Yeke? Rupa dah memang macam tapak sulaiman, tapi serius, sangat kecik seperti saiz tangan baby dengan rupanya yang halus. CN first time tengok benda ni. Kesian CN kan, semua first time?
Nak cerita sikit, CN ni memang tak berapa kenal hidupan laut. Walaupun CN memang penggemar cerita Spongebob Squarepant, tapi CN memang tak berapa tahu rupa mereka sebenar. Kalau sebut ikan, jangan tanya CN la nama ikan yang pelik-pelik tu. Memang tak tahu ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam entry Pantai Bagan Lalang, CN ada bercerita tentang penemuan obor-obor besar gedabaq. Hah ! Inilah rupa dia obor-obor besar tu yang telah mati terdampar di pantai. Memang besar dan CN tak berani pegang sebab rasa geli.
Asalnya CN ingat sampah yang dibuang. Tetapi anak saudara CN si Afiq Furqan dengan perasaan ingin tahu menghampiri dan menyentuh benda ni. Adik CN yang nampak terus menjerit sebab tak sangka 'sampah' yang dipegang Afiq adalah obor-obor besar gedabaq yang telah mati.
Serius, ini kali pertama CN tengok obor-obor besar gedabaq ni. Sebelum ini CN pernah berenang bersama anak obor-obor di Taman Laut Pulau Manukan, Sabah ketika honeymoon dulu. Tapi kecik jer obor-obor tu, kali ini memang besar. Macam saiz kuali sederhana tu.
Irfan ? Mestilah takut dan takmau dekat dengan obor-obor ni. Irfan ni macam CN sikit, penggeli ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pantai Bagan Lalang

Bagan Lalang merupakan kawasan yang terletak di Daerah Sepang. Disini terdapat pantai untuk beriadah sama seperti Pantai Morib. Bezanya disini agak kurang meriah berbanding Pantai Morib. Tetapi istimewanya Pantai Bagan Lalang ini pula adalah Avani Sepang Gold Coast Resort yang super mewah dan ekslusif. Satu malam saja di sini boleh mencecah RM500 ! Pergh ! Dapat beli henpon baru kan?
![]() |
Aksi anak-anak di depan lanskap Avani Sepang Gold Coast Resort |
Apabila jumpa port cantik jer, terus hampar tikar dan bukak bekal nasi lemak ayam goreng berempah yang CN sediakan. Bukan senang tau CN nak masak pagi-pagi ni. Tapi demi keluarga tersayang, apa pun sanggup ku lakukan ~!
Asalnya ke sini untuk berehat sambil biar anak-anak main pasir. Tapi lupa pulak Irfan Hensem memang suka pantai. Nampak jer air laut, terus eksited ajak teman dia main air. Dah teman Irfan main air, memang basah la seluar. Mujur di Pantai Bagan Lalang ni ada banyak kedai menjual pakaian. Maka belilah CN seluar comel gambar Minnie Mouse RM15 menggantikan seluar yang basah.
![]() |
Irfan eksited dapat main air siap sempat korek hidung lagi ! |
Sebenarnya Pantai Bagan Lalang ni tak sesuai untuk mandi manda kerana terdapat banyak obor-obor. Next entry CN akan cerita tentang obor-obor besar gedabaq yang kami jumpa. Tapi untuk main-main air tu kira bolehlah. Tak ada pulak rasa gatal-gatal badan lepas main air disini. Kebetulan masa kami ke sana, memang ramai orang yang mandi-manda di sini. Tempat ni memang meriah ketika di hujung minggu dan cuti umum.
Jika anda tidak tahu mahu ke mana dihujung minggu, boleh lah datang ke Pantai Bagan Lalang. Selain pantai, disini juga terdapat banyak restoran seafood dengan menu utama mestilah ikan bakar yang fresh ! Next entry CN akan cerita tentang restoran seafood best di Bagan Lalang.
![]() |
Ok, welfie sebelum kita balik ! Wee |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Soalan PT3 Geografi
Seperti yang CN janjikan di dalam entry 'Tak sabar tunggu PT3 Geografi" bahawa CN akan berkongsi dengan pembaca www.cekgunorazimah.com soalan PT3 Geografi untuk tahun 2015.
Untuk PT3 Geografi tahun 2015, jenis tugasan adalah Kajian Lapangan di mana pelajar dikehendaki untuk mengkaji tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
Untuk PT3 Geografi tahun 2015, jenis tugasan adalah Kajian Lapangan di mana pelajar dikehendaki untuk mengkaji tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
Tugasan PT3 Geografi 2015 :
Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolah calon.
Kajian lapangan tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :
1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
: Rujukan
: Rujukan
2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut.
3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.
; Rujukan
; Rujukan
4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.
: Rujukan
: Rujukan
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2015
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bergambar bersama Upin-Ipin
Dalam entry Mesyuarat Agung SGMS, CN dah cerita bagaimana CN dengan suka hati bawak 1 family ke mesyuarat tersebut. Agenda utama adalah aktiviti jalan-jalan selepas mesyuarat.
Kebetulan SyokFiesta sedang berlangsung di persiaran Stadium Melawati Shah Alam. Paling best adalah berjumpa dengan Upin-Ipin iaitu idola Irfan. Masa tengah mencari parking, kebetulan Upin-Ipin sedang melintas dihadapan kereta kami, Irfan bila nampak jer terus menjerit-jerit eksited duk mengulang-ngulang cakap " Mama, pipin ! ", " Mama, pipin ! " sambil jari duk tunjuk dekat Upin-Ipin yang riang berjalan.
Paling kelakar siap marahkan Encik Suami sebab tak parking kereta lagi sambil melihat dengan hampa Upin-Ipin yang berlalu pergi. Bila dah parking terus tanya "Mama, ne pipin" (Mama, mana upin ipin?). CN dan Encik Suami pun teruslah bawak Irfan cari Upin-Ipin kesayanganya yang sedang dikelilingi peminat yang ramai. Bila dekat je Irfan terus terdiam sebab tak sangka Upin-Ipin nya sangat besar !
Tapi masa tu CN tak berkesempatan nak bergambar sebab terlalu ramai orang. Kebetulan masa nak balik, terjumpa si Upin yang bergerak nak masuk ke bilik rehatnya. Apalagi, terus mintak izin nak bergambar. Dan akhirnya dapatlah Irfan dan CN bergambar bersama Upin. Tapi si Irfan pegang kuat tangan CN tau sebab takut ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Susu Untuk Ibu Hamil | Natalicious
Natalicious merupakan susu untuk ibu hamil dan juga ibu yang mahukan zuriat yang berkhasiat dan sedap. Mesti ramai pembaca blog CN tertanya-tanya kan CN dah preggy ke belum. Jawapannya adalah BELUM.
Jadi antara usaha CN untuk hamil adalah dengan minum susu kambing Natalicious perisa vanila yang sedap ni. Susunya warna kehijauan dan rasa vanila mengaburi rasa susu kambing tu. Memang sedap !
Istimewanya susu Natalicious ni adalah mengandungi stevia yang membantu mengawal tahap paras gula dalam darah kepada ibu hamil. Selain stevia, susu ini juga mengandungi delima, marin collagen, alfafa dan banyak lagi.
Antara mereka yang telah mencuba susu untuk ibu hamil Natalicious ini adalah pelakon Catriona Ross yang kini merupakan duta produk ini. Memang diperakui keberkesannya. CN dah cuba, anda bila lagi?
Berminat untuk mendapatkan Susu Untuk Ibu Hamil | Natalicious ini?
Hubungi : 012-6460421
Harga : RM80 (15 sachet) dan free postage
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor

Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor atau SGMS telah mengadakan mesyuarat agung tahunan ke 43 pada 7 Jun yang lalu. Elaun kehadiran RM100 diberi kepada ahli berdaftar yang datang. CN telah menjadi ahli pada tahun lepas akibat di'pujuk' oleh salah seorang ahli Lembaga SGMS iaitu Cikgu Maimon yang merupakan boss CN di pusat sumber SMKTPG.
Disebabkan CN merupakan antara pelajar nakal masa sekolah, perangai tu terbawak-bawak sampai sekarang. Dengan langkah anggun, selepas mendaftar jer CN terus keluar bersama Encik Suami & Irfan Hensem konon-konon pergi bersarapan sampai terlajak ke Taman Tasik Shah Alam !
![]() |
Irfan Hensem medang roti canai, sedap sampai menjilat tangan tau ! |
Tengah seronok merayap, Kak Mon (Cikgu Maimon) call suruh datang balik sebab mesyuarat nak mula. Dalam pukul 11 lebih CN kembali masuk ke dalam Dewan Raja Muda Musa untuk mendengar segala bebelan dalam Mesyuarat Agung Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor sambil tangan sibuk dengan henpon duk bertelegram dengan Geng EFG !
Untuk menarik kehadiran ramai ahli datang ke Mesyuarat Agung tersebut, diadakan juga sesi cabutan bertuah dengan grand prize adalah TV LCD 32 inci. Tapi bila disebut cabutan bertuah, CN memang selalu tak bertuah. Dalam banyak-banyak hadiah lucky draw tu, tak ada satu pun yang melekat nombor CN ! Alahai..
Its ok, habis jer mesyuarat, CN terus ke Stadium Melawati Shah Alam untuk tengok Upin-Ipin. CN lupa event apa di sana. Tapi memang meriah la. Next entry yer tentang event tu.
Jadi kepada guru-guru yang mengajar di Selangor dan Kuala Lumpur, jom beramai-ramai sertai Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor dan nikmati pelbagai kelebihan yang awesome. CN dah join, anda bila lagi?
![]() |
Ok, ready ke Stadium Melawati untuk tengok Upin Ipin |
Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor
TINGKAT 6, WISMA SGMS,
JALAN CHOW KIT,
50350,KUALA LMPUR
TEL: 03-40418857/03-40424211
FAK: 03-40432336
Website : www.kopsgms.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dryper Baby Club
CN dah dapat toddler backpack dari Drypers Malaysia setelah mendaftar sebagai ahli Dryper Baby Club. Comel sangat beg ni bila digayakan oleh Irfan.
Bagaimanakah untuk mendapatkan toddler backpack ladybird ni??
Amat mudah. Cuma daftar di sini : Dryper Baby Club
Anda dikehendaki mengisi maklumat anda dan ikut arahan langkah demi langkah. Sila pastikan alamat email yang diberi adalah aktif ye. Kemudian, anda boleh nikmati pelbagai kemudahan yang disediakan hanya untuk Dryper Baby Club sahaja.
Cepat-cepat mendaftar sementara stok masih ada.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semakan Penempatan Pegawai Pendidikan Siswazah Dg41
Sukacita dimaklumkan penempatan PPP yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) boleh membuat semakan penempatan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat seperti berikut :
http://egraduan.moe.gov.my
Tarikh semakan bermula 10 Jun 2015 sehingga 23 Jun 2015.
Tarikh kuatkuasa penempatan adalah pada 22 Jun 2015
Semoga berjaya kepada bakal-bakal pendidik Malaysia.
Selamat datang ke Dunia Pendidikan dari Cikgu Norazimah !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~