Plaza Low Yatt
16 Mei adalah Sambutan Hari Guru ye. Alahai manusia. Kes #PlazaLowYat ni CN tak nak komen apa-apa lagi. Kita tunggu jela berita ye. Cuma tersentak dengan komen di fb ni, alahai ! Memang kelakar. Dia dah habis marah, tapi boleh silap pulak 13 Mei dengan 16 Mei.
"Abang, Sejarah SPM dulu lulus ke gagal ?" Ops ! Hehe
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari kelapanbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk "Nostalgia kad raya".
Amalan membalas kad raya semakin dilupakan di zaman ICT sekarang ni. Jika tahun lepas, CN dapat 3 kad raya, tahun ni CN baru dapat 2 kad raya, 1 dari sorang student & 1 lagi dari Kak SuriaAmanda.
Amalan membalas kad raya semakin dilupakan di zaman ICT sekarang ni. Jika tahun lepas, CN dapat 3 kad raya, tahun ni CN baru dapat 2 kad raya, 1 dari sorang student & 1 lagi dari Kak SuriaAmanda.
Nostalgia kad raya

Jika di sekolah lama CN iaitu SMK St. Mary KL, pengetua CN iaitu Cik Goh Hai Bee akan bagi kad raya kepada semua staff melayu dengan tulisan tangan beliau yang cantik. Memang 4 tahun di sana, setiap kali nak raya CN akan tertunggu-tunggu kad raya dari beliau. Setiap ucapan adalah berbeza mengikut cikgu. Memang menyentuh perasaan. Sampai sekarang CN masih menyimpan kad raya tu tau. Memang susah nak jumpa boss macam tu, walaupun tegas, tapi masih mengambil berat akan hal staff nyer. InsyaAllah, jika CN ditakdirkan menjadi seorang pengetua, CN akan jadikan Cik Goh sebagai rujukan. Antara top pengetua di KL tau Cik Goh CN tu !
Anda pula bagaimana, apakah nostalgia kad raya anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Sebelum ini CN pernah berkongsi Resepi Ayam Goreng Ayamas Telur Masin, kali ini kita tukar pulak ke sotong sebab CN memang suka sangat sotong. Mudah jer untuk menyediakan sotong goreng telur masin ini. Jom kita masak ye.
Sotong Goreng Telur Masin
Resepi Sotong Goreng Telur Masin Sedap
Bahan-bahan sotong goreng telur masin
1. Sotong yang dicelur sekejab
2. Beberapa biji cili api
3. 3-4 ulas bawang putih dicincang
4. Beberapa helai daun kari
5. 3 biji telur masin yang telah direbus dan diambil kuningnya sahaja
6. 5 sudu besar susu segar / susu cair
7. Stok ayam
8. Sedikit , telur, tepung jagung dan tepung gandum untuk menggoreng
9. Sedikit butter
Cara-cara penyediaan sotong goreng telur masin
1. Campurkan kuning telur bersama susu segar dan stok ayam, kacau rata dan asingkan
2. Celupkan sotong dalam bancuhan telur dan celup pula dalam campuran tepung jagung dan tepung gandum dan goreng sampai garing. Angkat dan toskan.
3. Panaskan butter dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili padi. Masukkan telur masin tadi dan daun kari dan kacau hingga garing. Masukkan sotong goreng tepung tadi dan siap sotong goreng telur masin yang sedap !
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Projek Kartun Sedekah
Sempena 10 hari terakhir Ramadhan ini, admin page KongsiNilai nak lukis PERCUMA karekter kartun anda.
Bagaimana caranya?

Cara Tebus Kartun Karakter Anda Percuma
1. Salurkan sedekah anda seikhlasnya ke mana-mana golongan yang memerlukan, contoh seperti dalam kartun disebelah.
2. Dapatkan resit/bukti sedekah yang anda berjaya salurkan. Resit zakat pun boleh !
3. Mesejkan/PM bukti sedekah dan gambar anda ke fanpage KongsiNilai untuk dilukiskan. (Anda boleh cover bahagian jumlah derma yang disalurkan)
Mudah bukan?
Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMKTPG memerlukan penderma seperti anda.
Perlukan resit? Cuma PM/Email CN untuk dapatkan resit.
Jom kita menderma dan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan ini.
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari ketujuhbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk "Menu wajib di pagi raya".
Menu wajib di pagi raya semestinya nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam & masak lodeh. Kalau di sebelah suami tambahan menu seperti ketupat nasi, serunding dan ayam masak kicap. Di kampung CN di Perak pula wajib ada ketupat daun palas. Walaupun ayah CN dilarang makan pulut, dia tetap langgar pantang juga dengan alasan raya 2 kali setahun je.
Menu Wajib Pagi Raya

2 kali raya tu termasuk raya qurban sebab di Parit Buntar agak meriah sambutan raya qurban. Alang-alang sebut tentang raya qurban, disebabkan sambutan cuma sehari sahaja, menu wajib adalah mee kari. Saudara mara yang datang rumah beraya ketika raya qurban memang akan mencari mee kari CN yang special tau..hehe. Nanti bila free CN share resepi mee kari special CN ye.
Anda pula bagaimana, apakah aktiviti menu wajib di pagi raya?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari keenambelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Aktiviti di pagi raya".
Aktiviti di pagi raya CN memang sibuk. Lepas subuh jer sudah sibuk di dapur memasak dan memanaskan juadah raya. Baju raya pastikan sudah di iron sehari sebelum untuk mengelakkan kekelam-kabutan di pagi raya. Yela, Encik Suami tu kalau tak disiapkan bajunya, alamat pagi2 raya dah menjerit duk tanya "Butang baju melayu abang mana yang?". Ingat cerita P. Ramlee ke?
Aktiviti di Pagi Raya

Biasanya selepas habis sembahyang raya, baru la bersalam-salaman memohon maaf dan sudah pasti aktiviti bergambar adalah WAJIB !. Lagi-lagi selepas jadi blogger ni, lagi lah sibuk duk upload gambo dekat blog la, instagram la..hehe
Dan jangan dilupa, sebelum beraya ke rumah yang jauh-jauh. Rumah jiran mesti dilawati dulu. CN akan pastikan beraya di rumah-rumah jiran yang sudah pasti rumah saudara terdekat sebelum mula beraya ke rumah saudara-saudara yang lain.
Dan jangan dilupa, sebelum beraya ke rumah yang jauh-jauh. Rumah jiran mesti dilawati dulu. CN akan pastikan beraya di rumah-rumah jiran yang sudah pasti rumah saudara terdekat sebelum mula beraya ke rumah saudara-saudara yang lain.
Anda pula bagaimana, apakah aktiviti anda di pagi raya?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Laporan UV/PV Blog
Laporan UV/PV blog bulan Jun cekgunorazimah.com adalah dari Google Analytic.
Bulan Jun merupakan bulan yang sibuk dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Geografi. Blog CN tidak terkecuali menerima bilangan pengunjung yang 3 kali ganda dari biasa ! Kenapa ? Kerana pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia sibuk mencari bahan rujukan untuk dimasukkan ke dalam laporan. Seperti tahun lepas, blog CN memang meriah ketika musim PT3. Cuma paling mengejutkan, blog CN menerima UV tertinggi pada 18 Jun iaitu 21,775 !
Alhamdulillah bila UV/PV meningkat, earning dari Google Adsense memang berganda. Betul orang cakap, Google Adsense memang masyuk berbanding Encik Nuff. Tak sia-sia CN break up dengan Encik Nuff dulu..hehe
Bulan Jun merupakan bulan yang sibuk dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Geografi. Blog CN tidak terkecuali menerima bilangan pengunjung yang 3 kali ganda dari biasa ! Kenapa ? Kerana pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia sibuk mencari bahan rujukan untuk dimasukkan ke dalam laporan. Seperti tahun lepas, blog CN memang meriah ketika musim PT3. Cuma paling mengejutkan, blog CN menerima UV tertinggi pada 18 Jun iaitu 21,775 !
Alhamdulillah bila UV/PV meningkat, earning dari Google Adsense memang berganda. Betul orang cakap, Google Adsense memang masyuk berbanding Encik Nuff. Tak sia-sia CN break up dengan Encik Nuff dulu..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Hah ! Siapa pernah buat mengaku cepat. CN selalu buat dekat anak orang masa bujang dulu. Bila dah anak sendiri, orang buat dekat anak kita pulak..hehe
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari keempatbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Memori Raya Zaman Kanak-Kanak".
Memori Raya Zaman Kanak-Kanak CN memang sangat indah bila dikenang. Habis satu kampung pusing kutip duit raya. Siap pegi kampung sebelah lagi tau. Zaman 90-an dulu best sebab kurang kes budak-budak kena culik dan macam-macam ni. Ibubapa memang tidak kisah melepaskan anak-anak mereka men'cari' duit.
Memori Raya Zaman Kanak-Kanak

Paling kelakar, dengan muka tak malu steady jer cakap "Makcik, kami taknak air, kami nak duit raya je". Hah ! Terus terang gituw. Lepas tu, biasanya bila dah petang, memang akan tinggal baju kurung dan seluar je. Kain dah cabut sebab panas ! Itulah CN zaman kanak-kanak dulu. Hari raya la hari yang paling best. Kalau best nak hari-hari hari raya tau.
Anda pula bagaimana, best tak memori raya anda ketika zaman kanak-kanak dulu?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Shopback Malaysia
Siapa lagi yang selain CN mempunyai masalah kekangan masa yang serius? Sebagai guru di sepenuh masa dan blogger separuh masa, jadual kerja CN amatlah padat dan kadangkala CN terpaksa ‘skip’ makanan dan menggantikan dengan pengambilan ‘junk food’ atau ‘fast food’. Lagi-lagi depan sekolah ada KFC, lagilah mudah kan?
Hidup di Lembah Klang yang sesak ini juga merupakan salah satu sebab mengapa CN lebih gemar membeli makanan ‘fast food’ secara ‘drive thru’ tanpa perlu mencari parking dan menghabiskan masa minima satu jam untuk menikmati satu hidangan makanan. Tetapi kan, baru-baru ini CN telah menemui satu penyelesaian yang terbaik iaitu servis penghantaran makanan foodpanda!
FoodPanda bersama Shopback Malaysia
Tidak dinafikan, nama FoodPanda masih
belum dikenali ramai lagi namun, setelah mencuba servis FoodPanda buat pertama
kali, CN benar-benar berpuas hati! FoodPanda bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan restoran yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur, malah proses
penghantaran juga amat pantas. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi FoodPanda dan buat tempahan makanan.
Dan..jika anda ingin menikmati
diskaun tambahan dan cashback ke atas setiap pembelian anda, anda boleh membuat
tempahan makanan anda melalui Shopback
Malaysia. Caranya amat mudah, layari laman web Shopback Malaysia, kemudian cari
page FoodPanda dan terus buat tempahan seperti biasa. Sebaik sahaja anda
selesai membuat tempahan, nilai cashback akan dikreditkan ke dalam akaun
Shopback anda dalam masa 1-3 hari bekerja.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~