Sambutan Hari Guru 2015
Alhamdulillah, sambutan hari guru SMKTPG pada tahun ini berjalan dengan meriah dan lancarnya dengan tema 'Back to School'. Boleh dikatakan 80% cikgu-cikgu sporting bergaya budak sekolah. Memang comel ! Pelajar yang datang pun terpinga-pinga confuse, 'betul ke cikgu aku ni?'.
Bagi CN, sambutan hari guru 2015 ni paling best sebab dah lama teringin nak pakai baju sekolah tau. Jeles tengok Nora Danish comey pakai baju sekolah dalam cerita Suami aku Ustaz tu. Akhirnya, setelah 12 tahun, CN kembali memakai baju sekolah ke sekolah ! Fuh ! Terus rasa muda dan perasan anak dara pulak ! Hehe
Paling best sekali mestilah menang Anugerah Guru Wanita Popular sesi pagi 2015. Tak sangka, Puteri Katak yang hidupnya mengadap laptop dan duduk tersorok di library (cikgu library katakan) dapat menang anugerah popular ni. Alhamdulillah, betapa besarnya pengaruh PT3 Geografi yer.
Guru-guru SMKTPG ni hampir 200 orang. Jadi, bila ada event dengan tema tertentu, mestilah meriah dengan pelbagai gaya cikgu-cikgu. Cuba tengok gambo di atas ni, kemain cikgu-cikgu. Kalah pelajar tau !
Gambar atas ni pulak adalah Cikgu Norimah iaitu Guru Angkat Kelas 3P, comel kan dengan baju sekolah baru beli lagi tau. Budak sekolah yang tengah duduk dekat belakang tu macam CN jer..hehe
Cikgu Ang pun sporting dengan baju sekolahnya. Cikgu Asmalina (tengah berdiri di depan) tu menang pakaian terbaik. Memang sebijik budak form 3 kawan CN sorang ni. Jeles i uolss.
Perkara wajib dalam entry CN mestilah menyelit gambo sendiri. Kemain bangga CN dengan baju sekolah pinjam dari Cik Zaty. Awal pagi sebelum ke sekolah, siap tanya Encik Suami lagi, "Abang, ada macam Nora Danish tak" dan Encik Suami dengan rela hati menganggukkan kepala tau. Pandai Encik Suami jaga hati CN ! Hehe
Antara hasil Sambutan Hari Guru 2015. Alhamdulillah...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~