Masak apa harini? CN masak simple je, kacang botol tumis pedas berasap. Blender bawang besar, bawang putih, cili padi dan sedikit ikan bilis. Kemudian tumis dan masukkan kacang botol yang telah dipotong. Kacau rata dan letak garam sedikit ! Tara, siap kacang botol tumis pedas berasap. Krup krap rangupnya ! Memang menambah makan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Eh, siapa cikgu yang suka selfie tu? Ni hah, nama dia Cikgu Norazimah. Asal stress dan macam malas buat keje, dia selfie la !! Tapi jangan fikir bukan-bukan, keje tetap siap ok. On time gituw.. kadang-kadang lagi cepat dari orang lain. Sebab tu kalau suruh senaraikan jawatan dekat sekolah, penuh muka surat tau!
![]() |
| Cikgu Norazimah suka selfie |
Saya Suka Jadi Cikgu !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ehem... "Bukan semua yang kacak dan cantik itu jadi selebriti. Kebanyakannya ramai yang jadi CIKGU ! "
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar tentang Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel? Gel ini adalah produk Korea yang amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sentisif kerana teksturnya yang lembut dan menenangkan. Selain itu, gel ini juga sejuk dan segar meresap terus ke dalam kulit tanpa kesan yang melekit. Ianya bertindak sebagai pelindung sinar uv juga kaya dengan vitamin dan mineral. Paling best sesuai digunakan untuk seluruh badan tanpa sebarang kesan sampingan.
![]() |
| Sentuhan tersayang lebih bermakna dengan Jayeon Aloe Vera |
Kegunaan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Kandungan di dalam Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel merangkumi beberapa bahan yang mampu memberikan kesan positif kepada kulit seperti :
>> Rosemary leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
>> Green tea leaf : Antioksidan
>> German chamomile leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
>> Aloe Baradensis leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
>> Byungpul extract : Membaiki dan melegakan kulit
>> Licorice root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
>> Mulberry root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
>> Artemisia absinthium extract : Anti bakteria dan melegakan kulit
Cara menggunakan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Cara penggunaan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini sama seperti anda memakai losyen badan. Bezanya adalah ia juga boleh disapukan pada wajah yang bertindak sebagai pelindung sinar uv selain melembapkan kulit.
Setelah anda membersihkan wajah, ambil gel dalam kadar yang mencukupi dan sapukan pada wajah atau tubuh badan anda. Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan keputusan yang lebih memuaskan.
Harga Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Harga gel yang wangi ini adalah RM19.90 sahaja.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar jenama Sothys? Ia adalah rangkaian produk kecantikan dari Paris. Kali ini CN ingin review satu salah satu barangan set kecantikan jenama Sothys iaitu Hydra-nourishing mask yang CN dapat dari 100comments.com. Setakat ini CN tak pernah dengar lagi jenama Sothys ni. Tapi bila dapat je parcel dari abang posmen, tak bukak lagi parcel dah boleh bau wangi. Ia bersaiz kecil iaitu 50 ml sahaja.
![]() |
| Sothys hydra nourishing mask dari Paris |
Review Sothys hydra nourishing mask
1. Mudah untuk digunakan
: Sapukan lapisan tebal Sothys hydra nourishing mask pada kulit wajah dan leher. Biarkan untuk 10 hingga 15 minit. Kemudian cuci muka anda dengan pencuci muka kegemaran. Anda akan rasakan wajah anda segar dan berbau wangi serta lembab.
: CN pakai mask ni selepas muka burn kena panas dek latihan rumah sukan. Lepas pakai, kulit wajah rasa segar, lembab dan hilang bintik-bintik merah. Dah tak ada rasa gatal-gatal sebab bila muka burn ni, rasa pedih dan gatal-gatal.
2. Bau
: CN suka sangat dengan bau Sothys hydra nourishing mask ni. Sangat wangi dan menenangkan.
3. Tidak menyakitkan
: Sesetengah mask menyebabkan muka tegang ketika dipakai dan menyakitkan apabila hendak dicuci. Tapi berbeza dengan Sothys hydra nourishing mask ni, anda terasa tidak memakai mask dan relax je. Cukup masa, cuci muka dan lap bersih. Mudah sangat !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Review for rewards! Macam menarik kan? Anda review dan anda diberi ganjaran. Semuanya ada di 100comments. Ada pelbagai contest yang dianjurkan oleh facebook 100comments. Hanya share, tag dan komen. Sangat mudah. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis produk untuk direview dengan hanya berikan review di lamanweb 100comments dan request produk apa yang diminati dalam senarai yang disediakan.
Setakat ni CN dah dapat produk kecantikan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster, Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo, dan Collagen by Watson dari 100comments.com untuk direview. Best sangat sebab semua produk ni beratus harganya. Sudah tentu hadiah paling lumayan dari 100comments adalah penginapan 2 hari 1 malam bersama buffet dan dinner berharga RM500.
Berminat untuk review pelbagai produk dari 100comments.com?
Layari facebook mereka >> 100comments.com >> untuk update terkini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cikgu juga manusia biasa mempunyai mood yang pelbagai. Ada masa, ceria sangat dan ada juga masa bertukar menjadi hulk! CN juga kadang-kadang tak dapat lari dengan bad mood bila masuk kelas untuk mengajar. Cuma kalau boleh elakkan bad mood tu sebelum masuk mengajar supaya tidak dilabel pelajar >> Cikgu cengeng, Cikgu hulk, cikgu muka ketat, cikgu poyo dan sebagainya.
Bagaimanakah mendapatkan mood yang baik sebelum masuk mengajar?
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mood yang baik sebelum mengajar. Meh CN kongsi 4 cara untuk mendapatkan mood yang baik sebelum masuk kelas.
1. Makan
: Pastikan perut anda kenyang kerana 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati!!'. Bila perut kenyang, confirm anda akan senang hati. Bila anda masuk kelas mengajar dengan hati yang senang, anda akan tersenyum riang dan relax untuk mengajar. Bila anda relax dan cool, confirm pelajar akan suka dan seronok belajar. Tapi jangan pulak relax sangat, risau pelajar hover dan pijak kepala cikgu pulak.
2. Pernafasan yang betul
: Apakata 10 minit sebelum masuk mengajar, duduk berehat dan tarik nafas dalam-dalam serta hembuskan dengan mulut. Ulang sampai anda rasa tenang.
3. 'Buang'apa yang patut
: Pastikan sebelum masuk mengajar, buang air besar atau kecil supaya tidak mengganggu mood anda ketika mengajar. Bayangkan tengah mengajar, tiba-tiba nak berak. Kan mengganggu mood gituw? Bila penat jalan pegi toilet, dah bertukar mood kan?
4. Tengok video kelakar
: 10-15 minit sebelum masuk mengajar tu, apakata rehat-rehat sambil tengok video kelakar. Macam CN sebelum masuk mengajar, wajib makan dulu sambil tengok Running Man. Tapi kena tengok jam ye jangan sampai terlajak seronok tengok Running Man sampai lupa masuk kelas. Dosa tau...no, no, no! Bila tengok video kelakar ni, kita akan ketawa dan dalam masa yang sama mood kita akan bertukar positif. Bila masuk kelas pun boleh senyum-senyum ceria gituww..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN juga manusia biasa yang pernah putus dalam cinta. Percaya tak, CN dah mula bercintun ni masa tingkatan 3? Hover kan? Tapi kan, tiba-tiba duk teringat dekat bekas teman lelaki yang sorang ni yang kini telah menjadi Suami CN untuk tahun ke-6.
Alhamdulillah, bekas teman lelaki yang sorang ni sentiasa dihati. Dialah yang sangat memahami CN, redha je dengar bebelan CN. Gaduh-gaduh manja tu biasalah. Lagi gaduh lagi mesra gituww..
![]() |
| Bekas teman lelaki aka Encik Suami |
Harini 4 Februari, genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Walaupun pernah 3 tahun pjj, alhamdulillah, kami mampu harungi cabaran & dugaan berpjj.
Semoga hubungan ini kekal hingga akhir hayat, amin....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Syeikh Abu al-Hasan asy-Syazili berkata:
- Kalau kamu ingin selamat dari kejahatan manusia, lazimlah membaca surah an-Nas
- Kalau kamu ingin benar dalam percakapan lazimlah membaca surah al-Qadar
- Kalau kamu mahu rezeki seperti hujan lazimlah membaca surah al-Falaq
- Kalau kamu mahu lepas dari kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan lazimlah beristifar
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Seronoknya cuti CNY kali ni agak lama berada di kampung. Memang puas hati walau hanya lepak-lepak saja di rumah sebab memang rindu sangat suasana di kampung. Kampung CN di Kampung Kedai Empat yang terletak antara Parit Buntar dan Tanjung Piandang. Cuti kali ni musim menuai padi. Kebetulan hari-hari hujan, terbantut niat murni Encik Suami nak memancing. Hanya lepak-lepak dirumah sambil buang masa di Mydin Mall je..hehehe
Disebabkan agak sibuk bila kembali bekerja setelah lama bercuti, layankan jela gambo-gambo kenangan CN di kampung sempena cuti CNY kali ini.
Disebabkan agak sibuk bila kembali bekerja setelah lama bercuti, layankan jela gambo-gambo kenangan CN di kampung sempena cuti CNY kali ini.
![]() |
| CN bersama ayah tersayang yang tak berapa sporting bila bergambo..saja tau |
![]() |
| Adik bongsu CN yang akan menduduki SPM tahun ni, pantang ajak berjalan, laju je nak ikut ! |
![]() |
| Buang masa & duit di Mydin Mall..layankan je. |
![]() |
| Aktiviti wajib di kampung adalah makan sedap masakan Encik Suami. Suka adik-adik dapat merasa masakan sedap abang ipar dorang ni |
![]() |
| Kasi selfie satu berlatar belakangkan suasana kampung.. |
![]() |
| Bangun pagi tak mandi lagi terus keluar rumah menghirup udara segar |
![]() |
| Berwelfie dengan budak-budak bandar ni |
![]() |
| CN dan adik-adik, kurang 1 sebab tak join balik kampung kali ni. Berhimpit-himpit naik keta bila keluar jalan-jalan..sabo jela |
![]() |
| Seronok Irfan Hensem bersama Mak Uda yang tersayang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah gayanya apabila adik bongsu yang super manja dan duduk asrama disuruh tumbuk cili padi. Full aksesori gituw...😁
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hokay, harini CN pakai hijau. Warna faveret Irfan Hensem. Kemain dia puji CN pagi-pagi ni bila tengok mamanya pakai baju warna hijau. Siap cakap lagi " Eh, cantiknya mama ! "
Bodek gituwww...
Bodek gituwww...
Alhamdulillah, sekejab je anak dara CN yang super bambam ni, Dhia Zahra berumur 10 bulan. Sangat aktif dan nampak gaya suka 'cari pasal' dengan abangnya Irfan Hensem. Tak pandai yang kecil, suka kacau abangnya. Bila abangnya marah, pandai melawan pulak tu ! Mujurlah abang Irfan Hensem ini agak penyabar walaupun kadang-kadang 'terlepas' juga hayunan tangannya dekat adik !
Dhia Zahra menginjak 10 bulan, suka menolak kerusi atau apa-apa sahaja yang boleh ditolak. Kalau dekat rumah Opah, rajin dia meniti sepanjang dinding rumah Opah sampai ke dapur. Bila diajar bertatih, dia takmo ikut bajet nak independent konon-kononnya. Selera makan agak berkurang disebabkan dah ada 2 batang gigi di bawah. Mungkin rasa tak selesa kot. Tapi menyusu makin kuat. Kira kenyang susu la tuh. Its ok la, janji berat naik setiap bulan dah okay sangat.
Semoga Dhia Zahra membesar dengan ceria dan sihat ye !
Dhia Zahra menginjak 10 bulan, suka menolak kerusi atau apa-apa sahaja yang boleh ditolak. Kalau dekat rumah Opah, rajin dia meniti sepanjang dinding rumah Opah sampai ke dapur. Bila diajar bertatih, dia takmo ikut bajet nak independent konon-kononnya. Selera makan agak berkurang disebabkan dah ada 2 batang gigi di bawah. Mungkin rasa tak selesa kot. Tapi menyusu makin kuat. Kira kenyang susu la tuh. Its ok la, janji berat naik setiap bulan dah okay sangat.
Semoga Dhia Zahra membesar dengan ceria dan sihat ye !
![]() |
| Dhia Zahra 10 bulan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kali ini CN ingin review satu jenama shampoo yang CN dapat dari 100comments.com. Setakat ini CN tak pernah dengar lagi jenama shampoo ni >> Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo. Shampoo ini direka khas dengan bebas SLES untuk mengelakkan rambut gugur. Ia juga mengandungi POLYGALA yang berfungsi sebagai antibakteria untuk menjadikan kulit kepala bersih dan bebas bakteria supaya rambut kekal sihat.
![]() |
| Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo |
Kalau ditanya harga sebotol Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo ni, maaplah, CN tak perasan pulak berapa harganya. Cuma nak cerita, CN suka dan berpuas hati dengan Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo ini.
Reviw Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo
1. Bungkusan dan botol plastik
: Design nya simple dengan warna hitam dan putih. Botol plastik mudah untuk digunakan dan tahan lasak.
2. Mudah untuk digunakan
: Hanya picit sedikit dan sapu pada kulit kepala yang basah. Memang mudah untuk dikawal dan tidak membazir.
3. Bau
: Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo agak berbau ubat tapi memberi kesegaran pada kulit kepala kerana rasa beranginnya. Paling penting shampoo ni membantu mengurangkan masalah rambut gugur. Nak guna pun senang, picit sikit-sikit je.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ehem! Minggu depan merupakan anniversary perkahwinan CN dan Encik Suami yang ke-6. Ikut perancangan, kami akan dating berdua dan terpaksa tinggalkan budak berdua yang super aktif ni dengan Opah dan Mak Ngah Mijah. Ala, kasi la can untuk mama dengan ayah dating berdua pulok kan?
Ke manakah destinasi kami? Nantikan next entry ye. Fully sponsored tau. Alhamdulillah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semangat pagi !
Semoga pagi ini penuh barakah & senyuman...
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kalau anda peminat cerita Korea, pasti ada scene heroin duk pakai 'something' yang macam air sambil tepuk-tepuk lembut ke muka sebelum tidur. Nak kata krim muka, bukan sebab cair. Tapi nak kata toner pulak bukan. Inilah dia CNP Laboratory Invisible Peeling Booster ! Teksturnya cair dari krim muka tetapi lebih pekat dari toner muka. Warna jernih dan berbau segar.
Kalau tak silap CN, harga sebotol CNP Laboratory Invisible Peeling Booster ini lebih kurang RM104 di Hermo. Serius, memang sangat berpuas hati dengan produk Korea ini ! Apa yang best?
Review CNP Laboratory Invisible Peeling Booster
1. Bungkusan
: Design produk ni sangat simple putih bersih melambangkan produk dari klinik kulit yang professional. Dari bungkusan sudah nampak symbol kebolehpercayaan
2. Botol plastic
: Bagus menggunakan botol plastic sebab orang yang kelam kabut macam CN ni sering menjatuhkan barang, alangkah ruginya kalau botol CNP Laboratory Invisible Peeling Booster jatuh pecah berderai. Mujur plastic, bila jatuh pun masih okay gagah perkasa!
3. Selamat digunakan setiap hari!
: Sesetengah produk peeling booster hanya boleh digunakan seminggu 2 kali, memang susah untuk disiplinkan diri. Tapi dengan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster, ia lembut pada kulit dan selamat digunakan setiap hari. Ia membantu membuang sel kulit mati dan menghasilkan sel kulit baru serta membantu mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat.
4. Lembut pada kulit
: CNP Laboratory Invisible Peeling Booster menggunakan formula Polyhydroxy Acid (PHA). Ia mengandungi Gluconolactone yang bersifat lembut pada kulit yang membantu mendapatkan kulit yang cerah, lembab dan sihat secara semulajadi tanpa menggelupaskan kulit wajah anda.
5. Wajah lebih berseri dengan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster
: CNP Laboratory Invisible Peeling Booster mengandungi CNP anti-irritant yang membantu menggalakkan peredaran darah seterusnya menjadikan wajah lebih berseri-seri.
: Design produk ni sangat simple putih bersih melambangkan produk dari klinik kulit yang professional. Dari bungkusan sudah nampak symbol kebolehpercayaan
2. Botol plastic
: Bagus menggunakan botol plastic sebab orang yang kelam kabut macam CN ni sering menjatuhkan barang, alangkah ruginya kalau botol CNP Laboratory Invisible Peeling Booster jatuh pecah berderai. Mujur plastic, bila jatuh pun masih okay gagah perkasa!
3. Selamat digunakan setiap hari!
: Sesetengah produk peeling booster hanya boleh digunakan seminggu 2 kali, memang susah untuk disiplinkan diri. Tapi dengan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster, ia lembut pada kulit dan selamat digunakan setiap hari. Ia membantu membuang sel kulit mati dan menghasilkan sel kulit baru serta membantu mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat.
4. Lembut pada kulit
: CNP Laboratory Invisible Peeling Booster menggunakan formula Polyhydroxy Acid (PHA). Ia mengandungi Gluconolactone yang bersifat lembut pada kulit yang membantu mendapatkan kulit yang cerah, lembab dan sihat secara semulajadi tanpa menggelupaskan kulit wajah anda.
5. Wajah lebih berseri dengan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster
: CNP Laboratory Invisible Peeling Booster mengandungi CNP anti-irritant yang membantu menggalakkan peredaran darah seterusnya menjadikan wajah lebih berseri-seri.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Macam biasa soalan CN dan Encik Suami bila ambil Irfan dari sekolah adalah "Irfan belajar apa dekat sekolah harini?"
Irfan cakap, harini Irfan belajar sembahyang. Walaupun Irfan selalu ikut CN dan Encik Suami sembahyang, tapi dia masih belum pernah belajar secara formal. Kalini Irfan sembahyang ramai-ramai dengan kawan.
CN : Seronok tak sembahyang ramai-ramai dengan kawan-kawan?
Irfan : Seronok !!!
CN : Alhamdulillah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

































