Salam mesra..
15April2014 telah tiba ! My DAY ! Apa itu My Day ?
Nak cerita ni, My Day tu adalah hari birthday CN yang ke - (rahsia). Fuhh ! Dah tua diri ni, tapi alhamdulillah, masih lagi sweet 2+. Belum masuk 3 series yer ! Ahaks~
Gambo kek kat atas tu adalah surprise dari Encik Suami tahun 2011. Almaklumlah, baru kahwin, kemain lagi siap buat surprise datang KL dengan Mizah dan bawak kek dan bunga lagi ! Rupa2nya idea bagi bunga tu dari Mizah. Sudah dijangka ! Hehe. Tapi Encik Suami masih lagi romantik dan sentiasa 'unexpected' hingga hari ini.
Tahun ni?? Tak pasti lagi, entry ni dibuat pada 14 April 2014. Kalau ada cerita menarik, CN akan kongsikan dengan pembaca tersayang..
Sejambak bunga Ros Merah dari Encik Suami
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Ujian Bulanan 1 Tingkatan 3 telah berlangsung selama 3 hari dari 1 hingga 3 April 2014. Sebagai guru matapelajaran Geografi Tingkatan 3, CN telah berjanji dengan pelajar untuk memberi hadiah bookmark kepada mereka yang telah berjaya memperoleh markah tertinggi dalam kelas. Bila belek2 hadiah giveaway dari blogger, terjumpa sticker comey girl pakai tudung sekolah. So CN beri sticker comey ni kepada pelajar perempuan yang mendapat markah tertinggi dalam kelas. Kalau diberi kepada pelajar lelaki, agak tidak sesuai disitu... hehe
Bookmark wordmania ni adalah free gift dari FROG Asia kepada pihak sekolah. Jadi CN ada banyak koleksi bookmark ini. Dengan senang hati, hadiah bookmark diberi kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam kelas !
CN berharap semoga hadiah bookmark dan sticker yang tak seberapa ni mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk mendapat markah yang lebih cemerlang dalam peperiksaan seterusnya. InsyaAllah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
UNIMAS atau nama penuhnya Universiti Malaysia Sarawak menyimpan 1001 kenangan dalam hidup CN. Empat tahun disini berjaya mengubah CN dari seorang gadis kampung yang lembut ayu gituw menjadi seorang CIKGU yang awesome ! Chewah ! Bila ditanya kepada students CN, tahu tak di mana UNIMAS, pasti dengan konfiden akan jawab di Sabah ! Memang ramai student confius antara UNIMAS dan UMS. CN tak kira, dalam entry ni CN akan promote habis2 UNIMAS sebab dekat sini BESTTTT !
4 perkara yang perlu anda tahu tentang UNIMAS :
Salam mesra..
Ibu CN yang tersayang iaitu Puan Norijah binti Abd Razak menyambut ulangtahun yang ke??. Dah tua ibu CN ni ! Alhamdulillah..masih sihat dan mampu mengejar Irfan jika budak tu berlari2 ketika hendak dimandikan, mampu mendukung Irfan yang hampir 12 kg dan mampu bertahan jika kena 'buli' dengan Irfan ! Hehe...
IBU ...
Selamat hari ulangtahun yang ke?? (rahsia)
Akak, Abg. Arep & Irfan sayang ibu ketat2 ! Semoga IBU panjang umur & sentiasa dimurahkan rezeki ! LOVE u IBU !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~