Salam mesra..
Tugas Setiausaha PIBG tersesat sebagai salah satu search keywords dalam blog CN. Sebagai seorang Setiausaha PIBG sesi 2014/2015 yang telah diceritakan dalam entry SINI. Agak sukar tugas sebagai seorang setiausaha jika anda bukan pencinta komputer kerana semua kerja kesetiausahaan memerlukan penggunaan komputer ! Setiausaha PIBG juga mendidik anda untuk lebih bijak berkomunikasi sebab anda perlu berdepan dengan ibubapa dan orang ramai dalam menjalankan tugas sebagai seorang Setiausaha PIBG. Mujurlah CN pernah kerja part time dulu dalam bidang marketing dan pernah berkomunikasi dengan orang 'besar', itu merupakan bonus untuk CN! Hehe
Baiklah, berikut merupakan 7 Tugas Setiausaha PIBG seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Salam Jumaat..
Mari kita mencari kerehatan spiritual dan fizikal dengan bersolat
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Pembaca setia blog CN pasti dah baca entry tentang birthday CN yang ke 2+ selasa haritu. Jadi entry kali ni CN nk share gambo hadiah birthday dari students CN kelas 3 KRK 1. CN merupakan guru kelas dorang. Budak2 3 KRK 1 ni agak kecoh dan sporting. Memang enjoy mengajar dorang sebab dorang ni banyak tanya dan banyak idea yang unexpected ! Bila student excited, cikgu pun jadi excited bila mengajar. Betul tak?
Tahun ni merupakan tahun pertama CN mengajar di SMK Telok Panglima Garang. Kalau tahun2 lepas di SMK St. Mary, pasti meriah budak2 pompuan duk menjerit2 nyanyi lagu birthday kat cikgu dorang, tapi itu memang budaya SMK St. Mary. Kat skolah baru ni, CN tak bagi budak2 ni nyanyi utk CN. Kenapa ? CN tak berapa tahu lagi tentang budaya di skola baru, takmo la hover2..hehe
surat rasmi
AMARAN : Surat Panggilan Temuduga Untuk Tawaran Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan
April 18, 2014
Salam mesra..
KPM tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan sebarang bentuk surat panggilan Temuduga untuk program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah dan Sijil Kemahiran Malaysia dengan Skim Biasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi Terpilih dan/atau pinjaman Pendidikan MARA/PTPTN/PTPK kepada pelajar lepasan SPM/STPM seperti surat di atas.
KPM juga tiada kaitan dengan iklan berkenaan dan menegaskan supaya ibubapa dan pelajar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan iklan tersebut.
Sebarang pertanyaan berhubung surat berkenaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767 / 6777 atau dengan melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.moe.gov.my.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~