Salam mesra..
Wanita dan warna tidak dapat dipisahkan. Setiap minggu CN akan duduk termenung depan almari untuk pilih baju apa yang akan dipakai untuk minggu tersebut. Dan setiap baju pastinya mempunyai pelbagai warna. Di sini CN ingin berkongsi dengan anda 7 warna serlahkan pesona anda mengikut hari.
1. Isnin : Anda disarankan untuk mengenakan pakaian atau aksesori berwarna putih. Warna ini lambang kesucian rohani. Pemakaian warna putih akan membuatkan anda berapa suci murni untuk memulakan hari anda !
2. Selasa : Apa salahnya anda memilih warna merah jambu atau pun ungu. Dua warna ini mewakili kasih sayang dan tumpuan.
3. Rabu : Pilih warna biru kerana ia akan mendorong anda berfikiran rasional dan membuat keputusan yang tepat.
4. Khamis : Apa salahnya anda memilih warna ceria seperti kuning atau oren. Baju batik kaler kuning memang cantik! Ini kerana warna ini akan memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.
5. Jumaat : Warna hijau sesuai untuk jumaat. Ia memberi ketenangan diri dan kembalikan keseimbangan emosi, rohani dan jasmani.
6. Sabtu : Hidupkan hari anda dengan warna merah kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai.
7. Ahad : Untuk hari penutup, pilihlah warna hitam untuk merehatkan minda, emosi dan fizikal.
~ Sharing is caring by Click G+ & LIKE fb ~

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Selamat Hari Pekerja ! CN cuti harini..hehe. Ada ke rakan2 blogger yang kena keje harini ? Its ok dear, "Berkhidmat untuk negara" ! Ahaks
Bulan Mei bermula harini, bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh guru-guru seluruh Malaysia. Kenapa? Sambutan Hari Guru pada bulan MEI. Apa yang best Hari Guru ni? Semestinya guru-guru perempuan akan tempah baju khas untuk Sambutan Hari Guru. Setiap sekolah pasti ada tema special untuk pemakaian pada hari tersebut. Dan yang paling best adalah HADIAH2 yang omel2 dari pelajar2. Tak perlu hadiah mahal, hadiah sebijik gula2 hacks pun dah mampu buat cikgu tersenyum mesra..hehehe
Sumber SINI
Salam mesra..
Bosan dengan penyediaan makanan yang biasa2?
CN kongsikan dengan anda 6 Idea Penyediaan Makanan Yang Awesome !
1. Homemade Cheesy Bread menggunakan roti sedia ada