
Tiada lagi baju sekolah untuk tingkatan 6 ! Sebenarnya, isu pemakaian baju bebas untuk pelajar tingkatan 6 telah dikeluarkan pada tahun lepas. Cuma pihak pentadbir sekolah tidak memberi kelonggaran kepada pelajar tingkatan 6 ni atas sebab mereka masih di sekolah dan takut ramai pelajar tingkatan lain akan mengambil kesempatan untuk turut tidak memakai pakaian seragam sekolah.
Walaubagaimanapun, untuk menarik lebih ramai pelajar menyambung pelajaran ke tingkatan 6, SMK Telok Panglima Garang telah memberi kelonggaran kepada pelajar tingkatan 6 bawah yang baru mendaftar 5 Mei lalu untuk berpakaian seperti pelajar di Kolej Matrikulasi. Bezanya cuma di matrikulasi, pelajar bebas membawa hp, tapi tingkatan 6 TIDAK boleh ! Kenapa? Mereka masih terikat dengan peraturan sekolah !
Sebenarnya isu pemakaian seperti di Kolej Matrikulasi ni adalah atas budi bicara pihak pentadbir sekolah. Setahu CN, SAMTAR dan SMKTD masih mewajibkan pelajarnya memakai baju seragam sekolah. Tapi kan, bila budak2 form 6 ni pakai baju bebas, ramai yang confuse antara cikgu dan pelajar ! Mentang-mentanglah CN ni cikgu baru kat SMKTPG ni, ramai gak students yang masih tidak mengenali CN. Almaklumlah, bilangan pelajar sahaja hampir 3K ! Yang paling geram tu, banyak lak duk dengar ayat-ayat macam ni :
"Eh, cikgu ke? Saya ingat akak form 6 tadi!"
"Akak, kelas form 6 dekat sana, sini kelas form 3"
Jadi, apa pendapat anda? Tensen tak jadi CN? Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Gambar sumber SINI
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu,
maka DIA menyayangimu..
Bila ALLAH lambat makbulkan doamu,
maka DIA ingin mengujimu..
Bila ALLAH tidak makbulkan doamu,
maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH
dalam apa jua keadaan pun..
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaannya
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Salam Jumaat
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~