Situasi 5
Cikgu Cantik : Ok pelajar, kalau pasaran saham kat Malaysia, kita ada BSKL. Tau tak BSKL tu apa?
Pelajar 1 : Cikgu, BSKL tu basikal la !
Cikgu Cantik : Bukan ! Tu bukan short form basikal la! Lain??
Pelajar 2 : Saya nak jawab cikgu !
Cikgu Cantik : Ok, apa dia BSKL?
Pelajar 2 : Budak Sakai Kuala Langat !
Cikgu Cantik : Yela, kamu la tu ! ^&#$%%
Situasi 6
Cikgu Cantik : Ok kelas, tahu tak apa nama sungai yang memisahkan antara Malaysia dan Thailand? Sungai ni merupakan sempadan antarabangsa.
Pelajar 1 : Sungai Golok ! Betul tak cikgu ?
Cikgu Cantik : Eh, pandai pulak awak !
Pelajar 1 : Mestilah kena tahu, tempat nak nikah dengan cikgu tu ! Nak tak cikgu ?
Cikgu Cantik : Ni nampak? (sambil menunjukkan penumbuk comel)
Situasi 6
Cikgu Cantik : Ok kelas, tahu tak apa nama sungai yang memisahkan antara Malaysia dan Thailand? Sungai ni merupakan sempadan antarabangsa.
Pelajar 1 : Sungai Golok ! Betul tak cikgu ?
Cikgu Cantik : Eh, pandai pulak awak !
Pelajar 1 : Mestilah kena tahu, tempat nak nikah dengan cikgu tu ! Nak tak cikgu ?
Cikgu Cantik : Ni nampak? (sambil menunjukkan penumbuk comel)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Wahai pembaca-pembaca tersayang & rakan-rakan blogger yang pakar lagi arif bijaksana. Tolong CN ! Kenapa yer bila search dekat google, keluar link CN. Tapi bukan direct ke blog, main pusing2 ke Google+ dulu baru boleh ke blog CN. Agak tak best sebab kalau pencari maklumat macam CN, memang tak kan klik link yang bukan direct ni..tolong....CN tak terer benda2 ni..huhu
~ Entry mintak tolong dari Cikgu Norazimah ~
Selamat Hari Guru 2014 !
Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
Tahun ni merupakan tahun ke-5 CN menyambut Hari Guru sebagai seorang Guru. Tahun ni juga merupakan tahun pertama CN menyambut Hari Guru di SMK Telok Panglima Garang. Tak sabar nak buat entry tentang sambutan Hari Guru di SMK Telok Panglima Garang.
Jadi, CN dengan rasa excitednya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu Mariam yang mengajar di Tadika Kemas Telok Gadong, cikgu2 di SK Telok Gadong, cikgu2 di SK Haji Ramli, cikgu2 di SMK Panglima Bukit Gantang, pensyarah2 di Kolej Matrikulasi Perak serta pensyarah2 di UNIMAS. Jasa kalian akan CN kenang sampai bila2. Ops, jangan terlupa, kepada IBU & AYAH yang merupakan cikgu2 pertama CN yang mengajar ABC sebelum CN ke tadika, yang mengajar CN membaca al-quran.. IBU & AYAH, you'r the greatest teacher for me ! Thank for everything..
~ Ucapan Selamat Hari Guru dari Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Boleh pulak CN mengidam nak makan donat Big Apple ! Aduhai..terasa pulak dekat tekak kesedapan donat2 gemok ni ! Kena singgah Jusco Bukit Tinggi balik sekolah nanti ! Huhuhu
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~