
Salam mesra..
Segmen Sokong# kali ini adalah kicap jenama Jalen & Bilal. Kicap lama tapi masih diminati hingga sekarang. Dekat rumah mertua CN, kicap Bilal MESTI ada ! Kalau dekat rumah ibu pulak, kicap Jalen MESTI ada sebab ni favourite adik CN si Izzati. Entry ini bukan hanya ingin menyatakan bahawa kedua-dua jenama kicap ini sedap, tapi CN ingin menyatakana bahawa kicap sedap ini adalah 100% buatan bumiputera!

Kicap Bilal adalah keluaran Perusahaan Purimas Sdn Bhd yang beralamat di Bandar Semenyih. Jadi apa lagi pembaca tersayang, JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN !
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~