Kereta GURU TERbakar bukan DIbakar
Agak ngeri menyaksikan kereta waja milik seorang rakan guru terbakar di di tepi padang sekolah. Kebetulan masa kejadian CN baru habis kelas. Memang kecoh sekolah dgn announcement mengarahkan cikgu yg mempunyai kereta berdekatan supaya mengalihkan kereta. Mujur ketika kereta tersebut terbakar, mangsa yang merupakan seorang cikgu tiada dalam kereta. Memang rentung kereta tu. Ngeri tengok. Sebab terbakar adalah masalah teknikal pada kereta tersebut, kemungkinan short circuit. Yang pasti kereta tersebut adalah TERbakar dan bukan DIbakar. Encik Suami kemain nyibuk pagi2 dah msg tanya kereta ckgu terbakar or dibakar, kemain cepat reporter menyampaikan berita kan?
Alat Bantu Dapur (ABD)
Jika di sekolah, guru-guru dikenalkan dengan istilah Alat Bantu Mengajar (ABM) atau nama baru Bahan Bantu Mengajar (BBM). Tapi harini CN ingin memperkenalkan kepada pembaca tersayang khas untuk surirumah atau mereka yang suka berada di dapur istilah baru iaitu Alat Bantu Dapur (ABD). Sebenarnya ada pelbagai ABD yang menarik di pasaran. Tapi harini CN ingin berkongsi dengan anda 2 alat yang unik dan 'rare'. Siapa tahu 2 benda ni ada jual dekat mana? Macam berkenan lak..amat memudahkan keje ! Hehehe
Sesuai untuk adik CN yang tengah belajar memasak tu..sangat2 sesuai ! Mesti cantik jer bentuk potongan bawang tu kan?
CN suka sangat benda ni. Sangat2 comel ! Takut Irfan buat main lak ingat permainan dia..ahaks ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bakawali atau nama saintifiknya Epiphyllum Anguliger merupakan pokok misteri kerana bunganya berkembang pada waktu tengah malam. Lagi menyeramkan bila ia berkembang pada waktu bulan mengambang dengan mengeluarkan bau yang wangi. Perghh !