100 Jenis Tugasan Guru 2015
Bukan mudah menjadi seorang guru masa kini. Terlalu banyak cabaran. 100 Jenis Tugasan Guru 2015 ini merupakan antaranya ! CN ulang antaranya. Sebenarnya ada banyak lagi seperti penyelaras pelbagai jawatan, Kbat, i-THINK dan macam2 lagi. Yang kelakar adalah nombor 72. Jumpa tok batin cari pelajar. Ada ke? Tapi tak mustahil kan? Semua adalah mungkin. 1001 tugas guru masa kini. CN bangga menjadi seorang GURU.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kelas Terbuka 3 KRK 1
Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada Sabtu lepas agak meriah dengan komitmen pelajar2 CN menyediakan makanan walaupun perancangan last minute. Memang awesome budak2 3 KRK 1 ni ! Yela, CN baru tahu tarikh confirm masa hari Khamis. Tapi kebetulan hari Khamis CN cuti sebab ayah saudara Encik Suami meninggal dunia. Datang sekolah hari jumaat terus arahkan dorang buat ala2 potluck. Jimat duit kelas ! Bila student tanya "Cikgu nak bawak apa??" Dengan muka relax dan confiden, "Cikgu bawak air la esok. Don worry, air sunquick yer." Dalam hati CN, fuhh ! Buat air senang jer...hehehehe
Geng Potluck PSS
Cikgu2 SMKTPG yang omel2
Geng potluck tercetus setelah ketidakpuasan hati geng2 CN di pusat sumber sekolah (PSS) dan rakan2 yang suka 'melepak' di PSS akan makanan di kantin sekolah yang semakin 'sedap'. Almaklumlah, masing-masing tekak chef dan terer memasak. Jadi tertubuhlah geng potluck yang bukan sahaja terer memasak, tapi juga terer bergaya. Memang best Geng Potluck PSS ni ! Layankan jela gambo2 kitorang setelah bunyi loceng tanda sekolah dah habis...hehehe
Shila Hamzah : Cinta Hati
Lagu siulan CN ketika drive. Memang layan lagu ni. CN suka lirik lagu Cinta Hati yang sweet2 gituww. Jom la kita layan sama2 lagu Cinta Hati dari Shila Hamzah.