" Everything can GOOGLE "
Itulah ayat yang CN cakap dekat ex-pengetua di SMK St. Mary. Sampai sekarang, Miss Goh akan ulang ayat tu dalam meeting. Ayat tu bermula bila Miss Goh mintak CN letakkan quote tentang sukan dalam buku program sukan. Dan berita baiknya, tetamu jemputan memuji quote yang CN letak tu. So dalam mesyuarat post-mortem, Miss Goh pujilah ketereran CN dengan quote yang awesome dan bertanya mana CN dapat quote power tu..so inilah jawapan CN " Everything can google ".
Hehehe..
Google adalah medium pelajaran masa kini. Semua permasalahan boleh diselesaikan dengan mencari solution di Google. Di sekolah baru, kalau tengok muka CN orang akan ingat pasal VLE FROG. CN ni bukan pakar sangat pasal VLE FROG, tapi CN suka google tentang sesuatu permasalahan.
Tiada masalah yang tiada penyelesaian ! Peace...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




